Episod 159 - 16 Januari, 1984

36 6 0
                                    

Selepas seminggu bercuti, Azlan kembali ke kelas dengan keadaan yang berehat. Dia pulang dari Belgrade ke Wijayapura dan berhenti di Istanbul sebelum terus ke Wijayapura pada hari Khamis, dan berehat tiga hari untuk membiasakan diri dari jet lag.

Sampai sahaja ke kelas, Azlan menghulurkan hadiah berupa patung kecil berbentuk serigala yang bernama Vucko, iaitu maskot Sukan Olimpik Saravejo '84 kepada Natasha.

"Wait, what is this?" tanya Natasha.
"Maskot Sukan Olimpik, I pergi Yugoslavia, singgah sana kejap."

Terkebil-kebil Natasha bila dia dapat hadiah dari Azlan yang begitu susah nak dapat. Bukan macam Damian anak Datuk Mohd Nor atau Harry anak Datuk Mubin.

Bagi hadiah bunga ros, atau kalau patung pun, teddy bear standard. Yang Azlan bagi ni, susah nak cari lagi barang dari Yugoslavia ni.

"You buat apa kat negara komunis macam tu?" tanya Natasha.
"Main ski, main luge. Having fun on winter."
"But in the communist country like Yugoslavia?" tanya Natasha, yang terus tarik kerusi sebelah yang kosong dan duduk berdepan dengan Azlan.
"Kenapa? Salji negara komunis ada beza ke dengan salji negara kapitalis?" tanya Azlan.
"I curious to know, why are you going to the place like that?"
"Tengku Ariffin yang ajak I. Dia kan baru set his own television company. Dia sedang memantau persiapan krew Wijaya TV for Winter Olympics. Lagipun ini latihan untuk Summer Olympics nanti."
"Wow, untungnya ada kenalan dengan keluarga diraja," kata Natasha.
"Kawan baik ayah."
"Alan, may I ask you a question?" tanya Natasha.

Azlan diam sahaja, dia keluarkan bukunya untuk dia hantar kerja sekolahnya ke cikgunya.

"You buat homework sekolah masa kat sana? Kelakarnya," kata Natasha.
"Apa yang kelakarnya?" tanya Azlan.
"You kan ke Europe, takkan you ada kesempatan buat homework sekolah you? Siapa yang beritahu you semua homework-homework kitorang last week?"
"You said a question, not few questions," kata Azlan.

Natasha berkerut dahi.

"Yihhhh! Orang nak tanya lain laaaa!"
"Nope, you told me that you want to ask me a question. Satu sahaja soalan. Tadi you dah tanya I tiga soalan. In fact, sebelum you tanya 'can I ask you a question', you dah tanya empat soalan. I discounted it, and count since you're asking 'can I ask you a question'."
"Kenapa you ni stuck up sangat hah, Alan?"
"Four," kata Azlan sambil tunjuk empat jari kepada Natasha.
"Why are you so weird?"
"Five."
"Lantak lah! Yihhhh!"

Marah-marah Azlan pun, dia simpan juga hadiah patung mainan Sukan Olimpik musim sejuk tu. Kalau jual ni konfirm harga berlipat-lipat.

--

Waktu rehat, Natasha dan Cindy makan bersama-sama di kantin, dan sekali lagi Damian hantar bunga ros kepada Natasha.

"Urrgghh not again," Natasha buat muka menyampah.
"Please, Natasha. Would you be my Valentine?" tanya Damian. Tiba-tiba Harry datang menumbuk meja. Bergegar makanan Cindy dan Natasha.

"Kau dah kenapa kacau Natasha je ni?" tengking Harry.
"Eh, suka hati aku lah."
"Kau kena ingat, bapak aku Datuk Mubin, taiko kawasan ni!"
"Habis tu bapak aku Datuk Mat Nor, kau tak takut pulak?"

Natasha dan Cindy angkat pinggan dan pindah ke tempat lain.

"Haiya, suwey la Nat kalau makan banyak tempat ni. Nanti kahwin banyak kali!" kata Cindy.
"You ni tak habis-habis kepercayaan karut tu. Takkan nak makan kat tempat lelaki tengah gaduh!" kata Natasha.

Harry bertumbuk dengan Damian di tempat letak kereta berdepan dengan kafetaria. Azlan, yang berada di tangki air, memandang dari atas, kemudiannya cuma senyum sahaja melihat gelagat Harry dan Damian bertumbuk di tempat letak kereta, sebelum Mr Christopher datang dan bawa rotan.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now