Episod 170 - 25 Februari, 1986

30 5 0
                                    

Faridah berada di Moscow untuk menghadiri jemputan Setiausaha Agung Parti Komunis Soviet Union, Mikhail Gorbachev dalam Kongres Parti Komunis Soviet Union yang ke-27 yang akan mengundi politburo yang baru.

Seminggu sebelum itu, Soviet Union telah melancarkan stesen angkasa, Mir, yang bakal menggantikan stesen angkasa pertama dunia, iaitu Salyut yang dilancarkan pada tahun 1971.

Sejak kejadian letupan roket Challenger di Amerika Syarikat awal tahun ini, Faridah sedar rakyat Amerika tidak mempunyai motivasi untuk eksplorasi angkasa, maka kerana itu Faridah melihat kepada Soviet Union yang meneruskan projek Mir yang dibina sejak 1970an walaupun berlakunya kematian terhadap tiga orang angkasawan Soviet dalam pelancaran itu.

Bagi Faridah, teknologi angkasa adalah penting sejajar dengan teknologi komunikasi yang semakin berkembang. Kos untuk membina stesen angkasa Mir ialah $2.2 billion, dan dalam keadaan ekonomi sekarang, mustahil sekali Mir dapat dilancarkan oleh Soviet.

Maka Soviet Union meminjam wang dari Faridah, dengan Faridah menyedari bahawa Soviet Union tidak akan bertahan lama, maka Faridah mengikat perjanjian dengan bank pusat Soviet, Gosbank, untuk mereka berhutang walau apa jua akan terjadi kepada Soviet Union.

Maknanya, katakan Soviet Union berpecah dan negara-negara Soviet ini mencapai kemerdekaan, bank-bank pusat di negara baru itu juga berhutang dengan Faridah. Faridah kenakan kadar faedah sebanyak 8.5% setahun selama 20 tahun. Bermakna untuk projek stesen angkasa Mir ini, Soviet perlu membayar $18.7 juta setahun dan kalau Soviet Union berpecah belah, negara-negara baru ini juga akan berhutang kepada Faridah.

Bermakna kerajaan Soviet Union berhutang dengan Faridah sebanyak $2.2 billion campur kadar faedah selama 20 tahun iaitu $374 juta sehingga tahun 2006.

Selain itu, hutang bekalan gandum, jagung dan yang lain-lain sejak Soviet Union dikenakan sekatan ekonomi dari era Jimmy Carter itu, juga perlu dibayar oleh Soviet Union.

Maka dalam Kongres kali ini, Mikhail Gorbachev melancarkan apa yang dipanggil sebagai 'glasnost' dan 'perestroika', iaitu 'ketelusan' dan 'penstrukturan semula ekonomi' Soviet bagi melunaskan hutang-hutang terhadap Faridah.

Seperti cara Deng Xiaopeng di Kwantong, Mikhail Gorbachev juga perlu melaksanakan perubahan sistem yang bukan dikawal oleh kerajaan pusat, tetapi dikawal oleh kapitalis seperti Faridah.

Selepas Gorbachev tamat memberi ucapan, Faridah yang berada di bahagian dif-dif terhormat bertepuk tangan dan tersenyum, kerana dia tahu, Soviet Union, walau apapun nasib negara ini kelak, akan terus dikawal ekonominya oleh dia dan anaknya, Azlan.

--

Welcome to your life
There's no turning back
Even while we sleep
We will find you

Acting on your best behaviour
Turn your back on mother nature
Everybody wants to rule the world

It's my own design
It's my own remorse
Help me to decide
Help me make the most

Of freedom and of pleasure
Nothing ever lasts forever
Everybody wants to rule the world

There's a room where the light won't find you
Holding hands while the walls come tumbling down
When they do I'll be right behind you

So glad we've almost made it
So sad they had to fade it
Everybody wants to rule the world

I can't stand this indecision
Married with a lack of vision
Everybody wants to rule the world
Say that you'll never never never never need it
One headline why believe it?
Everybody wants to rule the world

All for freedom and for pleasure
Nothing ever lasts forever
Everybody wants to rule the world

Lagu Everybody Wants To Rule The World daripada Tears For Fears berkumandang dalam kereta ketika Azlan memandu kereta Natasha untuk menuju ke pelabuhan, kerana jemputan dari Azham untuk majlis barbeku.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now