Episod 184 - 21 April, 1988

32 5 0
                                    

Demi negara yang tercinta
Dicurahkan bakti penuh setia
Demi Raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bahagi

Kepada pemimpin, kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja, sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua

Rela berkorban apa sahaja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar untuk setia
Untuk agama, bangsa dan negara

Lagu Setia mula berkumandang di RTG dan Wijaya TV mulai hari kebangsaan tahun ini. Lagu ini ditulis dengan kerjasama Jabatan Kreatif RTG, di mana Azlan berkhidmat di sebagai ketua di situ.

Hari kebangsaan yang ke-39 berlangsung dengan meriah, dengan perarakan tentera dan kakitangan awam dengan orang ramai mengibarkan bendera Gelanggayu.

Ketika perarakan itu, Perdana Menteri menerima satu mesej dari pegawainya.

Parti Komunis Gelanggayu kini bersedia untuk berunding untuk meletakkan senjata, kerana mereka mulai sedar, yang komunisme sudah semakin di penghujungnya.

Melalui perkara ini, Datuk Seri Azmi dapat menggunakan perkara ini untuk terus menang dalam pilihanraya. Maka perancangan Datuk Seri Azmi ialah menghantar Datuk Seri Imad ke Songkhla dan bermesyuarat di sana, dan pada masa itulah dia akan dibunuh untuk menamatkan cabarannya di dalam Parti Persekutuan.

--

Ketika Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Imad dihantar ke Songkhla, untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin Parti Komunis Gelanggayu, Chen Ping, dan bermesyuarat di sana.

Selepas bermesyuarat, Datuk Seri Imad dijadualkan untuk menginap di Hotel Le Garden. Di situ, Ali telah menunggu kehadiran Datuk Seri Imad dan menunggu dia untuk tidur.

Satu malam dia tunggu dalam almari baju hotel di bilik Datuk Seri Imad, dan tunggu sampai dia nyenyak, barulah dia dapat suntik virus Viper-X itu ke tangan Datuk Seri Imad.

Datuk Seri Imad terjaga, dan melawan, tapi Ali bergelut dan mengambil satu botol pil ubat lemah jantungnya dan masukkan ke mulut Datuk Seri Imad.

Akibatnya degupan jantung Datuk Seri Imad menjadi lebih kencang dan dia menggelupur. Ali terus keluar dari bilik hotel, dan kemudian memerhatikan kalau ada orang-orang yang sedang berjaga.

Ali kemudiannya keluar dari bilik hotel itu, dan berlari keluar dari tingkap, dan terjun ke tempat pembuangan sampah.

Misi yang diarahkan oleh Aunty Idah telah diselesaikan oleh Ali. Datuk Seri Imad, Timbalan Perdana Menteri telah dibunuh oleh Ali, sebelum Ali melarikan diri dari diburu oleh orang-orang Gagak Merah dan penguatkuasa di Songkhla.

--

Azlan

Aku dan Pengetua mengunjungi keluarga Allahyarham Datuk Seri Imad. Semua orang masih sugul, bersedih atas kematiannya.

Aku diberitahu oleh ibu yang ini adalah kerja Ali. Bermakna ibu dah berjaya hapuskan Datuk Seri Imad yang ada dalam senarai orang-orang yang terlibat membunuh ayah.

“Azlan, lama tak nampak kau?” Az menyapa aku dari belakang, sambil menyalakan rokok.
“Banyak kerja, Abang Az. Sibuk sikit. Pengetua hantar saya ke Hungary hari tu, ni baru je balik.”
“Kau rasa, dia ni memang mati sakit jantung ke, atau kena bunuh?” tanya Azham.
“Saya tak tahu, bang Az. Saya pun terkejut,” aku berlakon tak tahu. Padahal aku tahu ini kerja Ali sebab ibu yang suruh.
“Aku syak dia kena bunuh. Cuma aku tak tau siapa je. Kalau aku tau, nahas dia aku kerjakan.”

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now