Episod 84 - 7 Ogos, 1964

46 7 1
                                    

Selepas kapal perang USS Maddox dikatakan diserang oleh Viet Cong, pada malam tersebut, Presiden Johnson mengumumkan bahawa Gulf of Tonkin Resolution telah diluluskan oleh Kongres.

Maknanya kerajaan Amerika Syarikat tidak lagi melakukan covert operation, sebaliknya all out war.

Apabila mendengar perkara itu, bersinar-sinar mata Yahya kerana inilah peluang untuk buat duit.

--

Yahya

Gendang perang telah dipalu. Nampaknya Presiden Johnson bersedia untuk keluarkan $20 billion setahun untuk belanja perang ini. Dah tentu wang sebanyak ini akan melimpah banyak ke Gelanggayu. Dan kita akan dapat segala senjata canggih untuk lawan tentera Majapahit.

Tentera Majapahit pakai senjata gred C Soviet Union, tentera Gelanggayu pakai senjata gred A Amerika Syarikat. Melaut pakai, whateverlah. At this point aku tak rasa mereka ni patut melawan lagi. Menyerah je lah.

--

Pengumuman itu kemudiannya disusuli dengan pengumuman kerajaan akan melakukan kerahan tentera kepada semua warganegara Amerika Syarikat dari 18-24 tahun untuk dihantar ke Dai Viet Selatan.

Ini menyebabkan bantahan perang di seluruh Amerika Syarikat dari kalangan anak muda. Ada yang lari ke Kanada, ada yang lari ke Mexico. Ada yang bakar kad draf tentera.

Setiap kali Mamat nampak demonstrasi membantah perang, Mamat senyum dan gembira. Nampaknya benih-benih kebencian kepada kerajaan sudah merebak luas kepada generasi babyboomers ini. Operation Innocent Children dilakukan untuk mencuci otak generasi anak muda, dan ini telah menggembirakan Mamat dan Vyacheslav.

--

Vyacheslav minum vodka, tapi Mamat minum air kopi sahaja, dan mereka berlaga cawan dan botol.

"Tak sangka kita dapat nampak catharsis dari apa yang kita buat selama ni, Mamat!"

Mamat senyum menonton televisyen di kedai TV di luar kedainya bersama-sama Vyacheslav.

"Macam mana dengan kau, Vya? Nampak gayanya Khrushchev dah nak kena buang."
"Golongan hardliners dari golongan pro-Stalinist dulu dah mula bangkit. Brezhnev dah dapat kuasai parti. Aku dah tak nampak masa depan lagi. Mereka ni cuma golongan yang gopoh dengan kuasa."
"Nampaknya macam kau tak suka dengan Brezhnev ni, Vya."

Vyacheslav diam, kemudian berfikir panjang.

"Kau bila balik ke Melaut?"
"Tahun depan."
"Hmm, kau jangan ikut Krung Thep atau Temasik. Aku percaya orang-orang Sayap Kuning nak tangkap kau."
"Habis tu?"
"Mendarat di Bombay, kemudian jumpa dengan kawan aku, Yuri. Dia akan tolong kau dan kekasih kau masuk ke Melaut."
"Bombay?"
"Ya, jangan risau, Yuri ni budak baik orangnya. Dari Bombay, kau akan naik kapal sampai Colombo. Dari Colombo barulah kau terus sampai ke Kuala Melaut."

Mamat bersalaman dengan Vyacheslav.

"Terima kasih, sahabat."
"Apa yang aku buat ni kecik je, Mamat. Kau lagi banyak tolong aku dalam Operation Innocent Children ni."

Mamat memeluk Vyacheslav, tanda berterima kasih.

--

19 Ogos, 1964

Tour Amerika Utara The Beatles bermula di San Francisco. Berlangsung di California State Livestock Pavilion, 16,000 tiket semuanya sold out.

Petang sebelum konsert, The Beatles ada sesi autograf di Groovy Music cawangan San Jose di Palo Alto, kira-kira sejam dari San Francisco.

Semua album dan singles The Beatles sold out. Semua merchandise seperti T-shirt, pick gitar dan topi The Beatles yang kilang Faridah buat pun sold out.

Esoknya di Las Vegas, 20,000 sold out, dua kali show. 21 hari bulan di Seattle, 17,000 sold out. Kemudiannya di Vancouver, Kanada. 30,000 sold out. Los Angeles, 15,000 sold out.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now