Episod 86 - 28 Julai, 1965

47 8 1
                                    

Yahya

Presiden Johnson umum akan menambah tentera ke Dai Viet dalam 125,000 anggota lagi. Lebih banyak anggota, lebih banyak bajet diperlukan untuk perang ini dibelanjakan di Gelanggayu.

Sementara Timbalan Perdana Menteri I, David Achapillay dari Parti Buruh membantah kehadiran tentera Amerika Syarikat, tidak ada apa yang mereka boleh buat, sebab kalau mereka tarik diri dari kerajaan, adakah dorang boleh terima kerajaan right wing Kongmegayu dan Hizbul Muslimin?

Mereka boleh berdemo, mereka boleh membantah, tapi dalam parlimen mereka terpaksa undi ikut whip kerajaan Muhibbah.

Kalau tidak, kerajaan Datuk Seri Rizal akan tumbang dan parti right wing akan jadi kerajaan. Kalau nak merasa kerajaan right wing macam mana, persilakan.

Aku dan Jacob Chong juga merancang untuk keluarkan Temasik dari Gelanggayu dalam masa seminggu dua ni. Dengan cara ini barulah kita dapat bentuk sistem kerajaan yang aku nak - efisien, tanpa kronisme dan nepotisme dan tiada campur tangan istana.

Aku dah susun cantik dah semua ni. Tinggal nak tunggu bila Wan Zahir nak bertindak.

--

Faridah

Alhamdulillah, aku dan Mamat dapat bersihkan kubur arwah atok di Bombay ni. Kami berdua baca Yasin dan sedekahkan doa kepadanya.

Sekarang ni di Bharat, perang sedang berlaku antara Bharat dan Pakistan di Kashmir. Orang Islam sering dianggap sebagai orang yang mengkhianati negara dan menyokong Pakistan.

Di Masjid Jama', di Crawford Market, polis Bombay sentiasa memantau orang-orang Islam terutamanya semasa hari Jumaat. Mamat solat Jumaat sementara aku pergi ke pasar depan tu dan jalan-jalan.

Kawasan di Bombay ini cukup sesak, 5.3 juta penduduk di kawasan pulau ini, di kawasan muara sungai Vasai dan Thane.

Selepas Mamat selesai solat Jumaat, kami berdua makan nasi biryani di tempat arwah atok aku selalu makan masa kecik-kecik dulu. Ayah mungkin ingat tempat ni sebab masa dia baru kahwin dengan ibu dulu, dia selalu makan sini.

Aku kecik sangat, lahir di Bombay dan dua tahun tinggal di sini masa Perang Dunia Kedua.

Kat sekitar Bombay ni masih ada lagi hartanah atok aku yang masih ayah jaga. Ada juga bangunan yang ayah aku dah jual.

Sana-sini orang cerita pasal perang dengan Pakistan. Perang Bharat-Pakistan ini berlaku tiga tahun selepas perang Bharat-Kwantong, dan disebabkan berlakunya perpecahan antara dua negara komunis, Kwantong dan Soviet Union, jadi bolehlah dikatakan sebagai Communist Cold War. Kwantong tolong Pakistan, Soviet tolong Bharat. Cuma dalam hal ini Amerika pun tolong Pakistan tapi Britain tolong Bharat.

Kau pelik kan bila baca ni? Aku dengar cerita dari Mamat pun rasa pelik. Dah kenapa Amerika dengan Britain support geng lain-lain dalam perang ni? Mamat cakap, Amerika dan Britain ni bukan sokong sangat pun, lebih nak menjual senjata, tu je.

Politik ni pelik, kan? Dulu hari-hari Parti Buruh kutuk Parti Rakyat. Sekarang ni duduk dalam satu government pulak.

Mamat sedekah orang ramai yang miskin di sekitar Bombay bersama-sama dengan aku. Kami berdua dengan duit yang kami ada, kami beli nasi biryani satu periuk besar dan kami sendiri edarkan kepada gelandangan di sekitar bandaraya ni.

Kerajaan Bharat ni daripada sibuk nak berperang sana-sini, baik tolong orang miskin macam kat Bombay ni.

Yuri beritahu yang nak tak nak, memang kena naik flight pergi Temasik, sebab sekarang ni, tentera Gelanggayu dan Majapahit sedang blockade perairan Melaut. Maknanya orang Melaut tak boleh keluar, dan orang luar tak boleh masuk Melaut.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now