Seramai 300,000 penduduk Amsterdam turun dan membantah pendudukan tentera Nazi di Belanda. Demonstrasi yang dianjurkan oleh Parti Komunis Belanda (CPN), dengan dibantu oleh Comintern.
Tentera Nazi bertindak keras terhadap mereka yang membantah, dan meletakkan mereka dalam kem tahanan.
Di Somalia, tentera British dan Afrika Selatan berjaya menumpaskan tentera Itali di Somalia.
Pejuang kemerdekaan Bharat yang anti-British, Subhas Chandra Bose telah berjaya lari dari penjara dan kini berada di Kabul, Afghanistan.
Di Washington DC, Wan Zahir membantu kerajaan Amerika Syarikat membuat persiapan untuk berperang. Organisasi rahsia yang diberi nama Office No.12 dengan dikendalikan oleh Pengarah Bureau of Investigation, J Edgar Hoover.
Wan Zahir sedang memantau ucapan-ucapan dari Charles Lindbergh, dahulunya masa muda menjadi orang pertama menerbangkan kapal terbang dari New York City ke Paris tanpa henti pada tahun 1927, merupakan seorang yang popular di Amerika Syarikat.
Charles Lindbergh mahu Amerika Syarikat jadi neutral, dan Wan Zahir tahu bahawa beliau ini dibayar oleh Nazi untuk menghasut rakyat Amerika Syarikat agar tidak menyokong Britain dalam Perang Dunia kali ini.
Wan Zahir tahu yang dia menerima duit dari orang-orang Goebbels, yang dia kenal masa dia berada di Jerman dulu.
Dengan memberikan pengalamannya sepanjang membina Parti Nazi, Wan Zahir memberitahu setakat pengetahuannya, termasuklah rancangan membina peluru berpandu yang boleh merentas lautan yang diberi nama Projekt V2.
Albert Einstein juga sudah mendedahkan rancangan saintis Nazi untuk memisahkan atom yang akan menghasilkan tenaga letupan yang begitu besar.
Sultan Amiruddin mengeluarkan wang sebanyak $200 juta daripada kos $1 billion untuk menghasilkan apa yang dipanggil sebagai Manhattan Project.
Walaupun pendirian rasmi kerajaan Amerika Syarikat masih neutral, tetapi melalui desakan Sultan Amiruddin dan Winston Churchill, Rossevelt lebih cenderung ke arah perikatan menentang Nazi dan Imperial Ryukyu.
--
27 Mac, 1941
Berdasarkan peta yang disediakan oleh Aina, perisik Ryukyu mula memantau persekitaran di Pearl Harbor sebelum melaporkan kepada pihak tentera Ryukyu.
Aina kemudiannya menghubungi Wan Zahir, dan memberikan maklumat-maklumat dari tentera Ryukyu sepertimana yang ditugaskan oleh Wan Zahir.
Di Office No.12, Wan Zahir memberikan kod-kod kepada tentera Amerika Syarikat tentang kegiatan perisikan Ryukyu di Hawaii.
Persiapan dari sudut pembinaan kilang-kilang besi, kilang-kilang pemasangan kereta kebal, kereta perisai, pembinaan limbungan kapal serta pembuatan kapal terbang, yang sejajar dengan rancangan New Deal Rossevelt, ekonomi Amerika Syarikat kini kembali bangkit selepas hampir sedekad berdepan dengan Kemelesetan Besar.
Amerika Syarikat kini bagai seekor gergasi, yang menanti masa untuk dibangkitkan, dan Ryukyu telah memilih musuh yang salah.
--
Sir Douglas Shipway bersama dengan pegawai-pegawai British datang ke Bukit Istana untuk bermesyuarat bersama dengan Tengku Jaafar, Bendahara Tun Samad, dan Wan Husin sebagai wakil kepada Datuk Temenggong, Wan Zahir yang berada di Amerika Syarikat.
Tengku Jaafar meminta Sir Douglas dan tentera British agar menghalang Kassim untuk meneruskan usaha menubuhkan Perikatan Kesultanan Melayu. Sir Douglas berkata yang Kassim adalah orang penting dalam mempertahankan Gelanggayu daripada diserang, kerana katanya, perisikan dari MI6 mendapati yang Ryukyu akan menyerang ke arah Melaut.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Historical FictionMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.