Episod 63 - 19 April 1960

42 9 0
                                    

Rusuhan dan demonstrasi besar-besaran berlaku di Goryeo Selatan, membantah pemerintahan diktator Syngman Rhee. Pada ketika inilah, Yahya pantas menuju ke Seoul dan berjumpa dengan orang yang pernah dia bebaskan ketika Perang Goryeo dulu, Park Chung-hee.

Menerusi susunan Yahya, selepas tamat perang, Park Chung-hee dimasukkan ke dalam tentera Goryeo Selatan.

Selepas tamat perang Goryeo, Park Chung-hee dapat meneruskan karier tenteranya dengan berlatih dengan tentera Amerika Syarikat di Fort Sill, Oklahoma pada tahun 1953. Yahya berjumpa dengan Park dua kali antara Jun 1953 hingga Disember 1953.

Maka Park Chung-hee adalah orang kanan Yahya yang masih setia kepadanya. Dan tidak seperti Ngo Dinh Diem, Yahya ada kepercayaan terhadap Park dalam memerintah Goryeo Selatan.

--

Yahya

Kenapa aku lebih percayakan Park daripada Ngo? Hakikatnya Goryeo dan Dai Viet ini sama sahaja seperti Melaut. Sering diasak oleh kuasa besar. Maka masyarakat Goryeo, Dai Viet dan Melaut ini sama sahaja dari sudut mentaliti.

Tetapi apa yang membezakan antara tiga ini ialah Park Chung-hee adalah tentera, Ngo Dinh Diem ialah anak bekas Perdana Menteri kepada Maharaja Dai Viet dan di Melaut, mereka masih berfikiran feudal Melayu.

Selepas Syngman Rhee dijatuhkan, Presiden Yun Bo-sun dan Perdana Menteri, Chang Myon nak mengadakan sistem demokrasi berparlimen macam di United Kingdom. Kuasa presiden diterhadkan, sementara kuasa sebenar terletak kepada Parlimen yang diketuai Perdana Menteri.

Aku boleh agak yang parti dari sayap kiri, golongan pelajar dan golongan trade unionist yang akan menang bila berlangsungnya pilihanraya nanti. Dan perkara macam tu memang akan mencetuskan panik di Washington nanti.

Sama ada Kennedy atau Nixon yang akan jadi Presiden lepas pilihanraya November ini nanti, dia kena terima yang orang aku, Park Chung-hee di Goryeo Selatan.

Ramai dalam ahli Kongres di Washington DC ni mula tidak percayakan aku selepas kebongokan Ngo Dinh Diem dalam menangani komunis di Dai Viet Selatan.

Sekarang ni dengan perbelanjaan sudah pun melebihi $1.2 billion, dan sudah ada 900 pegawai tentera Amerika Syarikat melatih tentera Dai Viet Selatan, tapi masih lagi gagal menyekat Viet Cong dari terus menyerang.

Ramai menganggap aku menyonglap duit itu dan menyebabkan tentera Dai Viet Selatan menjadi lemah. Memang betul aku ambik duit dari situ, tapi itu adalah komisen untuk aku, dan aku gunakan duit itu untuk melabur dalam ketenteraan dan tenaga Gelanggayu.

Tapi Ngo Dinh Diem lagi teruk menyonglap dan bukan itu sahaja, kerajaan dia pinjam lagi duit aku. Tahun lepas pinjam $50 juta untuk bayar gaji tentera, tahun ni pun dia nak pinjam lagi banyak yang lama.

Aikkk hutang lama belum start bayar, dah nak buat hutang baru? Duit yang Amerika bagi $150 juta tu pergi mana? Kau nak tahu pergi mana?

Haaaa Ngo Dinh ni belanja la skandal dia rumah kat Paris, kat Monaco, beli kapal layar mewah dan parking kat Nice. Si ngok ni ingat aku tak tahu apa yang dia buat pada duit tu?

Tetapi kepimpinan Washington sekarang masih perlukan Ngo Dinh Diem buat masa ni. Tapi pada aku, dah tak lama. Ngo perlu dijatuhkan dan aku nak duit aku balik, atau sekurang-kurangnya memberi jawatan Presiden kepada orang yang boleh buat kerja.

Aku percaya masyarakat Goryeo, Dai Viet dan Melaut bila mereka berindustri, mereka akan jadi ekonomi yang sangat maju. Sebab struktur masyarakat mereka di samping mentaliti yang kuat. Tapi kena la letak pemimpin yang betul.

Kalau letak Park Chung-hee jadi pemimpin Goryeo, Goryeo Selatan akan jadi sebuah negara industri yang hebat. Dai Viet Selatan akan jadi negara industri yang hebat dengan Sai Gon menjadi pusat ekonomi, dengan syarat buang Ngo Dinh Diem ni.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now