Episod 117 - 27 Januari, 1974

35 6 0
                                    

Aziz menangis seorang diri dalam bilik sebab dia rasa sedih dia dihina sedemikian rupa oleh Marina tadi. Walaupun Marina baru berusia dua tahun dan dia darjah satu, dia rasa memang rasa terhina apabila kena kutuk sedemikian rupa.

Azlan bawa sebatang ais krim Gelanggayu (pop ice) yang dia buat sendiri, iaitu bekas air Milo yang ayahnya buat, dan dia patahkan pop ice itu dan berikan separuh kepada Aziz.

"Dah la tu, Abang Aziz. Janganlah menangis."
"Asyik-asyik orang puji kau! Asyik-asyik orang hina aku! Apa salah aku!"
"Ala abang ni, mulut orang. Kenapa nak terasa sangat? Nah, ambik pop ice ni."

Aziz terus ambil keratan pop ice Milo dari tangan Azlan. Azlan kemudian duduk di sebelah Aziz.

"Apa rahsia kau sampai kau tak pernah gagal apa yang kau buat?" tanya Aziz.
"Siapa cakap Alan tak pernah gagal? Nak buat pop ice ni pun pernah je tak jadi."
"Ye lah, memang la. Tapi lepas tu kau buat jadi je kan?"
"Sebab ayah ajar kita untuk ulangi apa yang kita belajar untuk kita mahir, untuk kita jadi kuat, bukan hanya pada badan, tapi pada otak kita. Kalau fikiran kita lemah, badan kuat macam mana pun kita akan jadi lemah. Macam ayah selalu ajar kita silat tu, bukan saja-saja ayah buat macam tu. Ayah nak kita kuat."
"Tapi aku selalu salah bila aku buat."
"Pegang ayat ni, Abang Aziz. Practice make perfect. Bila kita salah, kita buat balik walaupun kita rasa diri kita dah penat. Macam abang tanam kacang bendi belakang rumah tu. Mula-mula asyik mati je kan? Bila dah tahu macam mana nak buat, kan Abang Aziz dapat hasilkan kacang bendi tu? Kita semua pun dapat makan."

Barulah Aziz berhenti menangis.

Lepas pujuk abangnya, Azlan berehat sambil mendengar album kegemarannya dari kumpulan rock yang diminatinya, iaitu Pink Floyd - Dark Side of the Moon.

--

1 Februari, 1974

Faridah pulang dari Shanghai, dan membawa banyak pelaburan dari Kwantong.

"Mat, ni ada banyak projek kita kat sana ni. Rupanya, baru aku tau yang anak perempuan pegawai yang in charge pasal industri ni, girlfriend Tengku Norman rupanya!" kata Faridah.
"Tapi bukan ke awak pergi ke Kwantong ni sebab awak kata Yahya swing ke Kwantong lepas Nixon datang sana?" tanya Mamat.
"Betul, tapi rupanya Tengku Norman pun ada banyak connection kat sana rupanya. Mereka perlukan kita untuk bangunkan industri mereka."
"Jadi, apa idea awak, Idah?"
"Idea aku macam ni..."

Faridah tarik kerusi, keluarkan pen dan kertas, dan mula melukis rangka ideanya ke kertas itu.

"Sekarang ni, kita buat ikut zon. Kwantong ni besar gila mak datuk, Mat. Dah macam Amerika! Tapi rakyat semua miskin sejak kebuluran tahun 50an dulu, kau ingat tak?"
"Ingat..."
"Kita sekarang ni pioneer untuk semua ni. Sekarang ni, ramai investors Amerika belum berani lagi nak invest ke Kwantong. Faktor Cold War..."
"Ya..ya..."
"Aku akan gunakan Yahya untuk gunakan pengaruh dia kat Amerika Syarikat, untuk convince para pelabur melabur di Kwantong. Aku akan gunakan Tengku Norman untuk dapatkan pengaruh dapat urusan tanah kilang di sana, dan sekarang ni, aku minta tolong kau orang Melaut..."
"Tolong apa?"
"Ajar mereka semua ilmu yang kau pernah kutip masa kau kat Boston dulu, ilmu-ilmu yang kau simpan kat kutub khanah tu. In return, tiga-tiga ini akan perlukan kita. Amacam, terbaik tak idea aku ni?"
"Awak ni kalau bab strategi perniagaan, saya memang tak nafikan, Idah."
"Ala, kau jugak selalu cakap, Mat. Yang pandai tu Allah, yang bodoh tu aku. Tapi kita kira on je lah idea ni ya?"
"Nak gunakan emas-emas yang kita ada tu ke?"
"Gunalah sikit untuk investment, beli tanah ke apa kat sana. Cuma sistem kat sana teruk sikit. Rasuah teruk."
"Dan sebab tu awak cakap kena guna kabel Tengku Norman?"
"Ya, macam tu lah. Yang ikut zon ni, kita start buat kat Shanghai dulu. Lepas tu tengok keadaan macam mana. Kalau dorang dah start buka kawasan perindustrian yang lain, kita kena pastikan kita yang dapat dulu sebelum kita jual pada orang lain. Kita kena rapat dengan pucuk pimpinan komunis kat sana."
"Macam pelik je kena rapat dengan komunis ni tapi tak apalah, saya setuju dengan strategi awak ni."

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now