Tentera Jerman mula menyerang tiga negara serentak, iaitu Belanda, Belgium dan Luxembourg, dalam usaha untuk menakluk Perancis.
Di Lautan Atlantik, kapal-kapal Britain diserang dengan U-Boat, iaitu kapal selam Jerman, menyebabkan Britain terpaksa mengadakan catuan makanan.
Di Finland, tentera Soviet Union mula menyerang kawasan Karelia yang merupakan sempadan dengan negara itu, selain menggempur negara-negara Baltik seperti Estonia, Latvia dan Lithuania.
Situasi ini menyebabkan Ratu Belanda, Ratu Wilhemina bersama kerajaan Belanda terpaksa memindahkan kerajaannya ke London dan mentadbir Belanda dan jajahannya dari England.
Pada 17 Mei, 1940, Belanda menyerah kepada Jerman.
--
Situasi di Belanda membuatkan kerajaan Dutch East Indies yang memerintah Majapahit dalam keadaan yang tidak menentu.
Sebahagian daripada tentera Belanda, terutamanya di kawasan seperti Sumatera, Papua dan Sulawesi sama ada diletakkan di Betawi atau dihantar ke Belanda untuk melawan tentera Jerman.
Keadaan ini menyebabkan ada banyak kawasan yang tidak mempunyai tentera di Sumatera, menyebabkan Atan melihat ini adalah peluang terbaik untuk Kassim mendapatkan Acheh, memandangkan ibunda mereka, Tjut Aisyah adalah keturunan diraja Acheh.
--
21 Mei, 1940
Pasukan berkuda yang dipimpin oleh Atan masuk ke kawasan Acheh tanpa tentangan, dan disambut oleh orang ramai. Orang Melaut dan orang Acheh berpelukan dan mereka mengatakan mereka sudah bebas dari jajahan Belanda.
Ini memberi isyarat yang mengelirukan buat British dan Belanda, kerana ketika ini kerajaan Belanda yang dalam buangan dan berada di London, meminta bantuan British untuk menjaga wilayah-wilayah yang ditinggalnya bagi menjaga fokus di kawasan Jawa yang lebih banyak kepentingan dan memerlukan perlindungan.
British pula memberikan senjata kepada Kassim dan Gerakan Melayu Melaut untuk mempertahankan diri daripada Ryukyu. Tetapi dengan membawa senjata dan mengisytiharkan Melaut dan Acheh bergabung, ini di luar perancangan Britain.
"Melaut dan Acheh bergabung, kita merdeka!" jerit Atan Dahalan sambil disambut oleh sorakan orang ramai.
--
Tengku Jaafar tumbuk meja tanda marah.
"Mana boleh suka-suka hati Kassim nak buat macam tu! Dia ingat dia tu siapa!" kata Tengku Jaafar yang marah dengan tindakan Kassim yang isytiharkan Melaut bergabung dengan Acheh tanpa kebenaran Gelanggayu.
"Melaut ni tanah jajahan dalam Gelanggayu! Kalau Melaut boleh buat sesuka hati macam ni, ini dah menolak kuasa keluarga al-Daulah!" kata Tengku Jaafar.
Yahya yang sedang mengajar AR, mendengar kemarahan Tengku Jaafar, kemudiannya mendekatkan diri dengan Tengku Jaafar.
"Ampun tuanku...patik ada dengar yang Tengku sedang marahkan Kassim Dahalan apabila dia hantar orang dia takluk Acheh."
"Ya, aku sedang marah. Mana boleh dia buat suka hati macam tu. Tau la Belanda tengah kena takluk dengan Jerman, tapi jangan la main langgar macam tu. Sekarang ni Melaut ni cuma wilayah dalam Gelanggayu, mana boleh mereka bertindak sendiri."
"Begini, Tengku. Boleh tak patik ke sana, dan berbincang dengan Kassim Dahalan sendiri tentang tindakan ini?"
"Kau kenal dia ke?"
"Patik kenal dengan dia, Tengku Mahkota, sebab ayahanda patik orang berdagang, selalu ke Melaut dan kenal pembesar mereka. Tetapi sebagai orang Acheh, kami semua dahagakan kemerdekaan. Sekiranya patik berbincang dengan mereka tentang menjadikan Acheh sebagai naungan Gelanggayu, patik fikir mereka mungkin akan bersetuju."
"Macam mana tu?"
"Maksudnya, Acheh di bawah Gelanggayu, bukanlah di bawah Melaut yang merdeka."
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Historical FictionMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.