Aramil, berhampiran Yekaterinburg,
Sverdlovsk Oblast, Soviet Rusia,
Soviet UnionSebuah kapal terbang pengintip Amerika Syarikat U-2, terbang dari Peshawar, Pakistan, dan melalui kawasan Soviet Kazakhstan, di mana tempat rahsia kerajaan Soviet Union melakukan ujian nuklear dan teknologi angkasa.
Juruterbang itu, Francis Gary Powers menerbangkan kapal terbang U-2 itu terbang dalam ketinggian 70,000 kaki dari aras laut.
Operasi Grand Slam itu bertujuan untuk merakamkan gambar pusat pelancaran roket Baikonur Cosmodrome serta tempat menyimpan peluru berpandu jarak jauh (ICBM) di Plesetsk, tempat pemprosesan uranium bernama Chelyabinsk-65 serta kawasan perlombongan uranium di Pergunungan Ural.
Ketika kapal terbang itu melintasi kawasan kampung di Aramil, radar tentera udara Soviet dapat mengesan sebuah kapal terbang pengintip yang melalui kawasan Yekaterinburg.
Seorang juruterbang tentera udara Soviet, Sergei Safronov mengejar kapal terbang U-2 itu, tetapi ditembak oleh unit anti-pesawat Soviet.
Bagaimanapun unit anti-pesawat Soviet itu berjaya menembak pesawat pengintip itu, menyebabkan Francis Gary Powers jatuh di kawasan perkampungan pinggir Siberia.
Peristiwa intipan ini telah menghancurkan kepercayaan yang telah dibina oleh Khrushchev apabila tahun lalu dia melawat Amerika Syarikat.
Ketika Soviet Union sedang cuba mengendurkan keadaan sejak 1958 menerusi program pertukaran kebudayaan, diplomatik dan saintifik, serta lawatan muhibbah Komrad Khrushchev ke Amerika Syarikat, Amerika Syarikat datang dan mahu mengintip Soviet Union.
--
Di pejabat Kedutaan Gelanggayu, setiausaha politik Richard Nixon, Murray Chotiner dah masuk ke pejabat Yahya. Yahya dah tergaru-garu macam mana nak selesaikan masalah sebesar ini.
Pengarah CIA, Allen Dulles ada di pejabat ini. Setiausaha Negara, Christian Herter pun ada sekali.
Perkara macam ni Yahya tahu, Yahya kena slow talk juga dengan Vyacheslav. CIA tahu yang Yahya ada hubungan dengan Vyacheslav, tetapi mereka menganggap Yahya sebagai 'penghubung' sekiranya berlaku masalah krisis antara Amerika Syarikat dan Soviet Union.
"Let me talk to them, let me negotiate with them," kata Yahya.
"No, Yahya. You call Vyacheslav and you tell him to release our pilot, now!" kata Allen Dulles.Yahya terus capai telefon, dan telefon pejabat Vyacheslav di Berlin.
"Hello, Vya. Kau tau kan apa yang dah jadi?"
"Geng *Charlie ada situ ke?"*Charlie merujuk kepada CIA, codeword.
"Kepala dia."
"Let me speak to him," kata Vyacheslav.Allen Dulles minta agar pihak Moscow menyerahkan semula Francis Gary Powers serta bangkai pesawat U-2 itu. Vyacheslav ketawa dan berkata "what kind of negotiation is this? You intrude our space, and you want us to give your pilots back?"
"What do you want?"
"Don't ask me what do I want. You need to talk to Comrade Khrushchev what he really want. But let me tell you, Mr Allen, Comrade Khrushchev feels betrayed by Mr Eisenhower, that promised us the peaceful coexistence between United States of America and United Socialist of Soviet Republics. And he's rightly feel anguish about this."Vyacheslav letak telefon. Maknanya dia sendiri pun dapat arahan daripada Kremlin agar tidak melayan tuntutan Washington DC.
Nak tak nak, Yahya kena pergi ke Berlin dan berjumpa dengan Vyacheslav di sana untuk berbincang tentang isu ini.
--
"Adat masuk rumah orang, kalau nak masuk, minta kebenaran. Polis nak masuk pun kena ada waran geledah," kata Vyacheslav.
"Masalahnya bila palat dah berlaku, masa ni lah nak dengar cakap aku. Masa buat keputusan, CIA degil, tak nak ikut cakap aku. Aku dah cakap, risiko laluan yang dipilih tu bahaya. Ikut jalan lain. Dah tersepit macam ni baru nak cari aku. Amerika ni bodoh, Vya. Cukup kaya, cukup berkuasa, tapi tak tahu guna kuasa tu dengan elok."
"Jeneral Litmanov ikutkan ni, dia tak kasi aku jumpa sebarang perwakilan, tapi aku beritahu dia yang kau ni orang Gelanggayu. Walaupun kerajaan kau secara rasminya pro-Barat, orang Rusia tahu yang orang Gelanggayu ni boleh dibawa berbincang."
"Habis tu, sekarang ni, apa yang aku perlu buat?" tanya Yahya.
"Kau cuma cakap, pihak kami sedang dalam proses menyiasat Francis. CIA yang buat silap, pandai-pandailah mereka jawab. Kau dah bagi nasihat yang terbaik, mereka yang tak nak dengar," kata Vyacheslav.
"Hmm, nampaknya aku kena tolong Allen Dulles reka cerita dongeng la untuk cover story cerita ni," kata Yahya sambil bakar curutnya.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Historical FictionMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.