Sukan Olimpik Los Angeles 1984 berlangsung dengan meriah, meskipun terdapat boikot dari blok negara-negara komunis.
Pada ketika ini, Azlan yang mewakili sukan equestrian berlatih di kediaman Presiden Ronald Reagan di Rancho del Cielo. Azlan sedar yang beliau mungkin tidak akan layak ke peringkat ke peringkat seterusnya, tetapi cuba untuk lakukan yang terbaik untuk negara.
Azlan teringat kata-kata ayahnya semasa beliau bakal mewakili Gelanggayu dalam acara sukan ini. "Kita orang Melaut, bukan orang Gelanggayu", yang membuatkan jiwanya berbolak-balik tentang perkara ini.
Sementara benar, Gerakan Melaut Merdeka dan tentera kerajaan dalam keadaan yang tegang, jiwanya berbelah bahagi tentang perkara ini. Pun begitu, peluang sudah diberikan, maka dia perlu teruskan.
Azlan menunggang kuda Reagan yang bernama Sporty yang berwarna putih, dan ketika dia beraksi dalam acara show jumping, Azlan mendebarkan seluruh Gelanggayu yang mengharapkan untuk mendapat pingat pertama negara.
Pun begitu, Azlan meraih tempat kelima dan gagal mendapat pingat dalam acara tersebut.
Dalam acara dressage, Azlan mendapat tempat keempat, sementara dalam acara berpasukan dalam jumping, Gelanggayu gagal untuk layak ke peringkat seterusnya.
Walaupun dia telah lakukan yang terbaik, namun dia gagal meraih pingat. Apabila dia gagal, dia rasa tertekan dan merasakan semua orang bakal menghina kegagalannya. Tetapi apabila dia sedang kecewa dan duduk di kerusi penonton, Presiden Reagan datang memujuknya. Jurukamera Reuters telah mengambil gambar Ronald Reagan, Presiden Amerika Syarikat memujuknya agar tidak berputus asa.
Dan gambar tersebut, di samping gambarnya sedang menunggang kuda dalam acara horse jumping tersiar di dada akhbar seluruh Gelanggayu.
Pada 10 Ogos, 1984, ketika Azlan pulang dari Los Angeles, dia disambut ribuan orang, kali ini bukan diuruskan oleh Ali, tetapi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Daud Osman.
Pun begitu, orang-orang Ali telah sampai lebih awal dan ramai-ramai memakai baju gambar Azlan dengan tulisan "Juara Rakyat Gelanggayu".
"Ibu, not again," kata Azlan sebaik sahaja dia nampak kawan-kawan Ali datang menyambutnya.
"Nasib kau la, Alan!"
Walaupun pulang dari Olimpik dengan tangan kosong, tetapi Azlan pulang dengan orang ramai menyambutnya.
--
Adilah membeli semua akhbar-akhbar yang ada gambar Azlan, termasuklah bahasa Mandarin dan Tamil. Dia gunting gambar-gambar Azlan, kemudian dia tampal pada buku diarinya.
Setiap hari dalam diarinya, Adilah menulis tentang delusi dan fantasinya kepada Azlan, dan begitu obsesnya Adilah kepada Azlan, dia sampai merekod acara siaran langsung pertandingan yang disertai oleh Azlan dengan perakam video VCR.
Pada hari menyambut Azlan, sekali lagi, dia ditolak tepi, walaupun berusaha untuk bersalam dan memegang tangan Azlan. Azlan berlalu dan masuk ke dalam kereta bersama ibunya, sementara Adilah sekali lagi, dilanda kekecewaan.
Disebabkan itu, di biliknya, Adilah menjerit dan marah-marah seorang diri. Dia mula mengesyaki bahawa kemungkinan Ali sengaja menghalangnya daripada mendapatkan Azlan. Atau mungkin ibunya Faridah yang menghalangnya.
Dia memaki hamun Ali, memaki hamun Faridah, sebelum menangis seorang diri di bawah pancuran air di bilik airnya.
--
Keesokannya, Azlan ke sekolah, dan disambut dengan gilang gemilang. Siap ada bunga manggar dan kompang. Azlan jadi segan apabila disambut dengan begitu meriah di sekolahnya.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Historical FictionMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.