Episod 32 - 11 Mei, 1946

48 7 0
                                    

Melihat kepada situasi politik sekarang, serta kemarahan orang-orang Melayu terhadap Sir Harold MacMichael, maka Tengku Jaafar, seperti yang pernah dicadangkan oleh Yahya satu masa dulu, menubuhkan Parti Rakyat.

Memandangkan Bendahara Tun Samad kini sedang sakit, maka jawatan Presiden diserahkan kepada anaknya, Rizal. Dengan cara ini, Tengku Jaafar dapat mengurangkan pengaruh Kongmegayu yang cukup besar ini.

Sambil itu, Tengku Jaafar menantikan draf dari Yahya untuk menyiapkan Perlembagaan Gelanggayu. Ketika ini, Yahya yang sedang berada di London untuk belajar tentang ilmu ketenteraan di Sandhurst, turut belajar undang-undang English law untuk menyiapkan Perlembagaan seperti yang diminta oleh Tengku Jaafar.

Dalam pada sama, Sultan Amiruddin pun sudah semakin gering. Sejak berpindah dari Amerika Syarikat ke sini sejak tamat perang, serta diugut oleh Sir Harold MacMichael berkenaan Gelanggayu Union, Sultan Amiruddin rasa tertekan, dan merasakan perjuangannya selama ini sia-sia.

Baginda merasakan elok sahaja baginda lepaskan sahaja banyak tugas-tugas kepada Tengku Jaafar selaku Tengku Mahkota, walaupun jauh di sudut hatinya, baginda merasa bimbang kerana Tengku Jaafar dilihat terlalu bergantung dengan seorang budak muda yang bernama Yahya ini.

--

Di London, Yahya setiap malam di hadapan mesin taipnya dan menaip mengenai Perlembagaan Gelanggayu yang difikirkannya sesuai untuk dijadikan undang-undang negara pada masa hadapan.

Setiap malam, Laila sediakan air minuman panas untuk dia berjaga malam. Laila jadi bosan kerana dengan Yahya ni, macam jarang sangat berbual. Kena pula di negara orang, membuatkan dia rasa rindu dengan kampung halamannya di Melaut.

Kalau Yahya tak menaip pun, dia akan menulis atau membaca buku-buku undang-undang British yang tebal itu, dan mengkajinya.

Setiap hari Ahad pula, ketika hari cuti, awal pagi lagi dia dah pergi ke rumah Sir Douglas.

Ini membuatkan Laila rasa murung. Cuti pun dia duduk di rumah sahaja. Nak dengar radio pun dia dah bosan.

Satu malam, ketika Laila menyiapkan air teh untuk diminum suaminya, Laila bertanya kepada Yahya, memandangkan sudah tiba cuti musim panas, dia ajak suaminya untuk berjalan-jalan.

Yahya cuma jawab dua patah perkataan sahaja, "saya sibuk".

Laila tidak berani mempertikai kesibukan Yahya, tetapi dalam masa sama, kesibukan itu membuatkannya menjadi bosan ketika tinggal di London.

--

Di London, Yahya begitu aktif dalam kegiatan Freemason di sana. Ditambah pula dia dibawa oleh Sir Douglas. Yahya juga membawa AR untuk menyertai Freemason, kerana menurut Sir Douglas, ayahnya iaitu Tengku Jaafar juga menyertai Freemason, tetapi cabang di Amerika Syarikat.

Freemason adalah pergerakan fraterniti yang yang mengesan asal usul mereka kepada persatuan tukang batu tempatan yang, dari akhir abad ke-14, mengawal kelayakan tukang batu dan interaksi mereka dengan pihak berkuasa dan pelanggan.

Di Freemason's Lodge di London, Yahya mula membina hubungan dengan beberapa pemilik syarikat bank yang memiliki jaringan bank di seluruh dunia.

Memandangkan Sir Douglas, seorang tokoh yang bertanggungjawab memindahkan semua emas-emas di seluruh dunia ke Federal Reserve di Amerika Syarikat, dan arkitek kepada Bretton Woods, maka Sir Douglas mengajak Yahya untuk ke New York dan bertemu dengan pemodal di sana pula.

Kata Sir Douglas, hubungan Anglo-Amerika kini semakin rapat, dan walaupun sekarang pengaruh Empayar British semakin hari semakin melemah berbanding Amerika Syarikat, Sir Douglas melihat Amerika Syarikat adalah penyambung hayat kepada penerusan empayar British.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now