Episod 1 - 20 Jun, 1839

868 22 4
                                    

Di atas kapal HMS Nemesis, Sultan Muzaffar IV al-Daulah bertemu dengan Menteri Luar Britain, Lord Palmerston, sebagai wakil kepada Ratu Victoria dan Perdana Menteri William Lamb untuk menandatangani Perjanjian Wijayapura, sebagai perjanjian yang Gelanggayu akan membantu British dengan menjadikan Wijayapura sebagai pengkalan British untuk menyimpan candu dan senjata untuk menyerang Kwantong.

Lord Palmerston kemudiannya membuat satu perjanjian rahsia dengan Sultan Muzaffar IV al-Daulah yang mengatakan sekiranya baginda membiayai perang ini, keuntungan British dan keluarga al-Daulah akan diberikan 50-50.

British sedar yang Gelanggayu adalah negara yang banyak membantu kemerdekaan Amerika Syarikat dalam Perang Revolusi Amerika pada 1775, ketika era Sultan Tajuddin II yang dibantu oleh Wan Hassan.

Gelanggayu daripada dahulu lagi, mahir dengan perairan di Lautan Pasifik. Sebelum lautan ini diberi nama Mar Pacifico (laut yang tenang) oleh Ferdinand Magellan pada tahun 1521, nama lautan ini adalah Lautan Mahawangsa, di mana tanah jajahan kerajaan purba Melayu itu meliputi kawasan dari pinggir pantai Peru dan Mexico, hinggalah ke Madagascar.

Seluruh bangsa Mahawangsa, yang kini digelar sebagai bangsa Austronesia, di bawah pemerintah 'seorang raja yang memakai cincin zamrud', sebelum Maharaja Yu dari Dinasti Xia menumpaskan kerajaan itu, menyebabkan berlakunya perpecahan.

Sebelum adanya Gelanggayu, ada sebuah kerajaan yang berpusat di Wijayapura, yang bernama Mahawangsa.

Kerajaan Mahawangsa kemudiannya berpecah, sehingga pada akhirnya kerajaan Gelanggayu didirikan oleh Raja Gautama pada tahun 1000.

Walaupun kebanyakan bangsa Eropah ini memiliki sifat perkauman yang menebal dan melihat orang kulit selain putih sebagai 'kurang manusia', tetapi pandangan itu berbeza dengan apabila mereka melihat kaum pelayar ini, kerana ada ramai imperialis Eropah sebelum ini seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda gagal untuk menawan negara ini.

Ini kerana negara ini diperintah keluarga al-Daulah, tetapi mempunyai penasihat dari keturunan Wan Demang.

Keturunan Wan Demang, yang asalnya dari ketua lanun di Lautan Mahawangsa, yang berpengkalan di Kuala Kemuning, Sepetang, mempunyai organisasi perisikan yang dikenali sebagai Sayap Kuning.

Kehebatan Sayap Kuning ini diakui oleh para raja-raja di Eropah, Timur Tengah, dan di Bharat kerana efektifnya mereka menumpaskan musuh.

Keturunan Wan Demang ini mempunyai darah Hassan-i-Sabbah, yang mengetuai kabilah Syiah yang bernama Hashashin.

Di atas kapal, Sultan Muzaffar IV al-Daulah bersama-sama dengan Wan Ahmad. Wan Ahmad akan bersama-sama dengan Superintendent Charles Elliot, iaitu ketua nakhoda British untuk membantu British menumpaskan Dinasti Qing untuk mendapatkan tanah jajahan di Kwantong.

--

3 November, 1839

Wan Ahmad dan orang-orang Sayap Kuning sudah berada di Kowloon selama enam bulan, membantu British mengedar dadah kepada saudagar-saudagar Kwantong yang mahu mengelakkan dari ditangkap polis maharaja.

Polis Maharaja Kwantong akan menangkap sesiapa yang mengedar dadah candu, dan tugas Wan Ahmad di situ adalah untuk melemahkan pegawai polis Maharaja dengan merasuah mereka untuk melemahkan undang-undang di Hong Kong.

Sehari sebelum kapal-kapal British tiba di Kwantong, Wan Ahmad awal-awal lagi membawa tuak dari pulau Hainan dan tuba semua askar-askar pada malam tersebut.

Tidak cukup dengan itu, Wan Ahmad tuba pula askar-askar dengan candu sebelum keesokan harinya British menyerang Kwantong.

Pada keesokan harinya, berlaku pertempuran antara tentera Kwantong dan British di Chuenpi. Kekalahan tentera Maharaja yang dipimpin oleh Lin Zexu, berlangsung sehingga 1841. Sepanjang dua tahun, semua pelabuhan utama Kwantong telah dikepung oleh British. Pada akhirnya British menang Perang Candu, dan Wan Ahmad serta Sultan Muzaffar dapat keuntungan kerana membantu British dalam perang itu.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now