Episod 68 - 27 April, 1961

38 9 0
                                    

Hotel Waldorf-Astoria, New York

"The very word "secrecy" is repugnant in a free and open society; and we are as a people inherently and historically opposed to secret societies, to secret oaths and to secret proceedings. We decided long ago that the dangers of excessive and unwarranted concealment of pertinent facts far outweighed the dangers which are cited to justify it. Even today, there is little value in opposing the threat of a closed society by imitating its arbitrary restrictions. Even today, there is little value in insuring the survival of our nation if our traditions do not survive with it. And there is very grave danger that an announced need for increased security will be seized upon by those anxious to expand its meaning to the very limits of official censorship and concealment. That I do not intend to permit to the extent that it is in my control. And no official of my Administration, whether his rank is high or low, civilian or military, should interpret my words here tonight as an excuse to censor the news, to stifle dissent, to cover up our mistakes or to withhold from the press and the public the facts they deserve to know."

- John F. Kennedy

--

Ucapan Kennedy membuatkan Yahya membuat mesyuarat tergempar antara beberapa kumpulan kabal-kabal rahsia di Bilderberg Hotel, Belanda.

Mesyuarat dipengerusi oleh Putera Bernhard, suami kepada Ratu Juliana, Ratu Belanda. Yahya mewakili Freemason di seluruh Empayar British, yang kini berpusat di Temasik.

Yahya duduk mewakili tempat yang pernah diduduki oleh Sir Douglas Shipway, memakai pakaian istiadat Freemason ketika menghadiri mesyuarat.

Semua kumpulan-kumpulan rahsia ini menafsir ucapan John F. Kennedy sebagai satu percubaan untuk menghancurkan semua pertubuhan rahsia.

Freemason, Illuminati, Knight Templars, Skull and Bones, Order of St. Hubertus, macam-macam persatuan rahsia hadir dalam mesyuarat itu.

Yahya dalam mesyuarat itu menyampaikan maklumat tentang ketegangan antara CIA dengan pentadbiran Kennedy, terutamanya selepas kegagalan Bay of Pigs di Cuba.

Yahya juga berkata bahawa Kennedy 'mahu Amerika Syarikat berundur dari Dai Viet, dan menggantikan dengan Peace Corps, yang mana tentera Amerika dihantar untuk membina sekolah-sekolah, hospital-hospital dan infrastruktur negara mundur di seluruh dunia'.

Dalam mesyuarat itu, semua bersetuju untuk menghapuskan John F. Kennedy, dan Yahya dipilih sebagai ketua operasi ini.

--

Yahya

Aku arahkan pegawai aku cari lelaki yang mental tak stabil. Yang jenis mudah untuk dijadikan kambing hitam. Perkara ini aku berbincang dengan Allen Dulles, dan Dulles kata dia akan senaraikan beberapa orang yang boleh 'dikorbankan'.

Selain itu, aku perhatikan dahulu mood rakyat kepada Kennedy.

Kennedy ni first celebrity president. Sebelum ini, pengaruh televisyen tak sekuat macam sekarang. Maka Kennedy ni sementara dia kacak dan popular, dengan isteri yang pandai bergaya, Jacqueline, hakikatnya dia ni terlalu naif dalam politik.

Tak sampai 100 hari, Kennedy dah cari pasal dengan tentera, CIA, Freemason, Illuminati, Knight Templars, Skull and Bones, Order of St Hubertus. Dah cari pasal dengan Mafia, terutamanya Mafia dari Sicily, sebab adik dia Robert Kennedy sekarang jadi Peguam Negara, dan dia memang sapu habis.

Mafia-mafia yang aku minta tolong sokong Kennedy dulu semua marah pada aku. Nak tak nak aku kena bayar pampasan atas kerugian.

Aku naikkan Kennedy ni sebab Kennedy ni janji nak bagi peluang Mamat dapat PhD di MIT. Kalau tak kerana Mamat, lebih baik aku sokong Nixon.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now