Episod 95 - 8 Ogos, 1967

38 8 0
                                    

Nusantara Economic, Military and Commerce Associations (NEMCA) ditubuhkan bagi kerjasama negara-negara Pentas Sunda dan Asia Tenggara secara amnya.

Memandangkan Perang Dai Viet sudah berjangkit ke Laos dan Khmer, Yahya berpendapat semua negara-negara ini perlu bersatu berdepan dengan ancaman komunis yang mungkin bakal berlaku.

Suvarnabhumi, Temasik, Majapahit, Arroyo, Kundur-Sumatera, dan Gelanggayu berada dalam persatuan ini. Yahya melihat pergerakan seiring tentera-tentera Asia Tenggara berdepan dengan ancaman komunis adalah perlu demi keselamatan seluruh Pentas Sunda.

Mesyuarat berlangsung di Krung Thep, Suvarnabhumi menyaksikan keenam-enam negara menandatangani perjanjian dalam persatuan ini.

--

28 Ogos, 1967

Brian Epstein, pengurus The Beatles ditemui mati di dalam biliknya, disyaki overdosed barbiturate dan alkohol.

Epstein yang menguruskan band-band Merseybeat, selain The Beatles, seperti Gerry and The Pacemakers, The Moody Blues, Rory Storm and The Hurricanes dan Tommy Quickly, dilihat sebagai orang penting dalam industri muzik di Liverpool.

Sebagai teman rapat, Mamat dan Faridah, bersama-sama dengan Aziz turut hadir sebagai menghormati kawan lama ketika mereka tinggal di Liverpool.

The Beatles, yang berada di Bangor, Wales, tidak hadir dalam upacara pengebumian itu bagi mengelakkan daripada media-media antarabangsa dan memberi ruang privasi kepada keluarga Epstein.

Epstein dikebumikan di tanah perkuburan Yahudi di Long Lane Cemetery, Aintree, Liverpool.

--

Selepas menghadiri upacara pengebumian itu, Faridah dan Mamat pergi ke rumah lama mereka di Liverpool.

Faridah nampak kawannya, Jenna sedang buat rambut customer.

"Jenna!"
"Idah, it's you!"

Mereka berpelukan sambil Mamat di belakang senyum sahaja.

"He's your husband now? I told you that he's love you!"

Jenna kemudiannya mendukung Aziz dan berbual-bual selepas dia selesai membuat rambut pelanggannya.

Setiap bulan, Jenna membayar sewa kepada Faridah, dan hari ini, Faridah menyerahkan semua duit sewanya, dan menyerahkan kedai itu kepadanya.

"From now on, it's your own saloon."

Jenna terharu kerana sewanya yang dibayar kepada Faridah selama ini, dipulangkan semula.

--

Mereka mengambil kesempatan lawatan ke Liverpool sempena kematian kawan baik mereka itu, dengan berjalan-jalan di sekitar Liverpool. Mereka pergi ke Strawberry Fields, Cavern Club, Penny Lane, selain Anfield dan Goodison Park.

"Besok aku nak Aziz jadi Evertonian," kata Faridah.
"Nyehhhh, dia akan jadi Liverpudlian."
"Eiiiii takdenya! Kita tengok la nanti macam mana!"

Mereka berdua berjalan menuju ke kedai fish and chips David McGall. Faridah nampak kedai George dah jadi kedai lain.

"Eh, George mana?" tanya Faridah.
"George duduk Melaut sekarang. Dia nak duduk situ."

Mereka berdua pun datang ke kedai adik George, David yang merupakan penyokong Everton. David kata dia rindu Faridah dan Mamat, dan abangnya yang mengambil keputusan untuk berpindah dari Liverpool ke Kuala Melaut.

David terkejut melihat Faridah dan Mamat kini dah dukung anak, dan gembira bahawa mereka berdua telah berkahwin, dan ada anak. 'Birdies', seperti apa yang dipanggil ketika mereka berdua masih teruna dan dara.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now