Episod 4 - 28 Oktober, 1928

125 8 0
                                    

Betawi, Majapahit

Golongan pemuda di Majapahit berkumpul di rumah nombor 106, Jalan Kramat Raya, mengangkat Sumpah Pemuda, untuk memperjuangkan kemerdekaan Majapahit dari jajahan Belanda.

Ia adalah sebuah peristiwa yang signifikan kepada pergerakan nasionalis menentang imperialisme Barat.

Wan Husin berada di sekitar kawasan itu, dan melihat apa yang berlaku pada ketika itu. Selepas itu, Wan Husin balik ke bilik hotelnya, dan menaip surat kepada ibunya untuk dilaporkan kepada Kempeitai.

Sejak kematian Wan Majid, pengaruh Aina dalam Sayap Kuning agak besar, memandangkan tentera Ryukyu banyak membiayai perbelanjaan mereka.

Ketika kegiatan Wan Zahir di Jerman dibiayai oleh Sultan Amiruddin, sementara menunggu Adolf mendapat kuasa, dan Wan Hashim pula bekerja dengan Comintern yang berhubung terus dengan Moscow, Aina pula membuat kerjanya sendiri dengan menggunakan rangkaian Sayap Kuning yang sudah beratus tahun lamanya untuk kepentingan Kempeitai.

Dua minggu selepas itu, surat laporan dari Wan Husin tiba di rumah Aina. Aina pula menghantar telegram kepada ibu pejabat tentera Ryukyu di Tokyo untuk melaporkan keadaan semasa di rantau Asia Tenggara.

Nampaknya semangat nasionalisme sudah mula bertiup di negara-negara Asia Tenggara, menentang kuasa imperialisme Barat. Di Dai Viet, Lao dan Khmer, penentangan terhadap Perancis sedang bergerak di bawah tanah.

Melalui kerjasama Wan Hashim dan ketua Liga Pemuda Revolusi Dai Viet dan salah seorang pengasas Parti Komunis Perancis, Ho Chi Minh, penyebaran komunisme semakin meluas.

Ini menyebabkan pimpinan tentera Ryukyu tidak senang dengan pengaruh komunis yang semakin merebak di Asia.

Seperti Adolf dan Benito di Eropah, pimpinan tentera Ryukyu mempunyai aliran fahaman yang sama iaitu aliran fasis. Dan musuh utama golongan fasis ialah komunis.

Percaturan kuasa-kuasa asing ini nampaknya tidak dipedulikan oleh British di Gelanggayu. Tetapi sebagai seorang Sultan, Sultan Amiruddin nampak semua percaturan ini, dan sedang memantau pergerakan kuasa-kuasa besar ini.

--

6 November, 1928

Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat berlangsung pada hari ini. Penyandang jawatan, Calvin Coolidge enggan menyambung jawatannya sebagai Presiden.

Pertarungan antara Herbert Hoover dari Parti Republikan menentang Al Smith dari Parti Demokrat. Dalam keadaan ekonomi Amerika Syarikat yang cemerlang, digelar sebagai Roaring Twenties, Hoover sebagai Setiausaha Pembendaharaan atau Menteri Kewangan, dilihat sangat popular.

Sultan Amiruddin murka dengan tindakan presiden sebelumnya, Calvin Coolidge yang mengharamkan orang Asia dari datang ke Amerika Syarikat, memikirkan pilihanraya ini mungkin satu peluang untuk mensabotaj ekonomi Amerika Syarikat. Ini kerana pelaburan keluarga al-Daulah dalam proksi-proksinya sangat banyak di Amerika Syarikat.

Beberapa bulan selepas pilihanraya, barulah keputusan dapat diketahui dengan Herbert Hoover menang besar dengan 444 undi elektoral.

Selepas mengetahui keputusan pilihan raya di Amerika, Sultan Amiruddin menghantar telegram kepada Franklin Delano Rossevelt.

Hubungan keluarga al-Daulah yang rapat dengan keluarga sebelah ibu Franklin, iaitu keluarga Delano, bermula dengan hubungan antara Sultan Muzaffar IV dengan Warren Delano Jr, pengedar candu yang membantu British menjual candu di Kwantong.

Kebanyakan candu yang diperoleh datang dari Bharat dan Gelanggayu, jadi hubungan rapat antara dua keluarga ini memang ada. Keluarga Roosevelt menjadi kaya-raya kerana hubungan rapat dengan keluarga al-Daulah.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now