Episod 22 - 8 Februari, 1942

66 9 1
                                    

Di Temasik, pertempuran antara Askar Melayu bersama tentera British menentang tentera Ryukyu sengit di tebing sungai Tebrau.

Jeneral Tomoyuki Yamashita telah menghantar 30,000 orang tentera ke Temasik, dan pertempuran juga berlaku di Air Putih, di seberang Sungai Tebrau.

Di Kranji Road, tentera Ryukyu sudah mula berkawad masuk, menuju ke pusat bandaraya Temasik.

Adnan sedang membantu abangnya, Datuk Ali bersama-sama dengan keluarganya untuk melarikan diri dari Temasik, menuju ke Padang. Mereka sedar yang tentera British tidak dapat menahan lagi asakan dari Ryukyu. Datin Salwa, isteri Datuk Ali bersama-sama dengan dua orang anaknya, Ismail dan Iskandar, dah jalan lebih awal lagi.

"Barang-barang lain tu tinggal je lah, bang Ali! Saya bawak kereta je, bukannya bawak lori!" kata Adnan.

Adnan akan memandu dari Temasik ke Padang, sebelum menaiki kapal ke Melaut, kerana dijangka tentera Ryukyu akan mula menyerang Sumatera.

Keluarga Datuk Ali meninggalkan Temasik dalam keadaan sehelai sepinggang. Semua harta ditinggalkan, yang penting nyawa. Cuma kitab al-Quran dan sejadah sahaja yang dapat diselamatkan.

--

Sebagai seorang yang bertugas sebagai Ketua Kempeitai di Wijayapura dan dalam masa sama menjadi agen komunis, Wan Hamid menangkap orang-orang komunis pada waktu siang, tetapi pada waktu malamnya dia lepaskan mereka dan bekalkan senjata.

Dalam masa sama, Wan Hamid dapat mengesyaki bahawa Yahya ini pun double agent British dan Ryukyu.

Wan Hamid menepuk bahu Yahya yang sedang menaip laporan di mesin taip.

"Yahya, boleh aku cakap dengan kau kejap?" tanya Wan Hamid.

Yahya ikut belakang Wan Hamid, meninggalkan pejabat. Wan Hamid berjalan keluar dari pejabat Kempeitai dan pergi ke belakang lorong. Kemudian dia pandang kiri dan kanan, sebelum dia berbisik kepada Yahya.

"Kau budak Sir Douglas kan?" tanya Wan Hamid kepada Yahya. Yahya buat reaksi pelik. Dia tidak bercakap apa-apa.

Wan Hamid ambil rokok, dan bakar mancis dan membakar rokok di bibirnya.

"Baik kau cakap dengan aku terang-terang, kau agen British kan?"
"Encik Hamid pun agen Komunis, kan?"
"Kau jangan nak kalih cerita. Betul tak?"
"Saya tak kalih cerita. Kalau saya agen British, Encik Hamid pun agen Komunis. Dua-dua pun lawan Ryukyu."
"Itulah maksud aku. Sekarang, aku dapat arahan dari Comintern, suruh engage dengan agen British kat sana."
"Saya tak faham apa yang Encik Hamid maksudkan..."
"Kau tak payah drama la, Yahya! Sekarang ni..."

Wan Hamid terganggu bila dengar ada lori tentera Ryukyu yang sedang lalu.

"Ada 40,000 orang PKG di Temasik. Kebanyakannya orang Kwantong. Kita tak mungkin dapat selamatkan semua, tapi kita dapat selamatkan dalam 2-5 ribu pun jadilah. Kita akan gabung dengan kumpulan GPARA. Sekarang ni, Soviet Union dapat senjata dari Amerika, dan aku berjaya dapatkan senapang dari Amerika, dalam seribu laras. Sekarang ni, aku nak kau tolong aku, tolong beri latihan kepada mereka."

Yahya seperti ragu-ragu. Dia geleng kepala.

"Mak aku ketua Kempeitai, Yahya. Aku tak nak orang yang berbakat macam kau ni, dipersiakan macam tu je."
"Tapi kalau mak Encik Hamid seorang Kempeitai, kenapa encik Hamid nak khianati Ryukyu?"
"Sebab aku ni keturunan Wan Demang! Taat setia aku adalah kepada negara, agama dan Sultan Gelanggayu! Bukan dengan Ryukyu, bukan dengan Komunis, bukan dengan British! Kau faham tak?"
"Encik Hamid nak suruh saya buat apa?"

Wan Hamid serahkan kunci keretanya.

"Aku nak malam ni kau pergi ke Temasik, lepas tu kau pergi ke jeti Sungai Temasik. Nanti ada orang tunggu kau kat situ. Lepas tu kau bawak semua orang yang berkumpul tu naik sebuah bot yang aku dah sewakan. Dia akan bawa kau ke seberang sungai, pergi ke Sumatera. Kat situ kau latih mereka, kemudian senjata akan sampai dalam beberapa minggu. Makan minum kau pandai-pandai la cari ubi kayu ke kau rembat beras orang ke. Faham?"

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now