Episod 27 - 2 Mac, 1944

43 6 2
                                    

Tentera Amerika Syarikat dan Britain menakluki Papua New Guinea dan mula mengasak kedudukan tentera Ryukyu, 3,380 tentera Ryukyu maut.

Tentera Soviet mengasak tentera Jerman dari Talinn dan Leningrad. 579,985 tentera Jerman maut.

Tentera Amerika Syarikat bersama-sama dengan tentera Arroyo mula mengasak kedudukan tentera Ryukyu di utara Pulau Luzon. 10,000 tentera Ryukyu maut di Teluk Leyte pada serangan pertama sahaja.

Tentera Amerika Syarikat mendarat di Anzio, Itali dan membantu tentera Kerajaan Itali yang pro-Berikat menentang Republik Sosial Itali. 40,000 tentera Jerman dan RSI, maut.

Kapal selam USS Rasher membedil dua kapal selam Ryukyu, Ryusei Maru dan Tango Maru, 7,998 orang tentera laut Ryukyu maut. USS Snook membedil Lima Maru, 2,765 maut.

Kapal selam British HMS Sportsman membedil kapal selam Itali yang dirampas Jerman, Petrella - 2,670 maut.

Tentera Amerika Syarikat menakluk pulau Kwajalein, Marshall Islands, tentera Ryukyu maut hampir 90% - 7,800 daripada 8,000 tentera yang bertahan di situ.

Dan semalam, kapal selam USS Trout membedil kapal cruiser tentera Ryukyu Sakito Maru, 2,495 maut.

Dalam masa tiga bulan sejak Disember 1943 hingga Mac 1944, Axis Force sedang 'diterajang' dari pelbagai sudut.

Di Norway, golongan pemberontak telah meletupkan makmal R&D untuk menghasilkan atom, dan menyerahkan saintis Jerman ke Amerika Syarikat.

Di Denmark, golongan partisan mula memberontak menentang Nazi Jerman.

Di Betawi, rakyat Majapahit bangkit melawan tentera Ryukyu.

1944 adalah tahun malapetaka untuk Axis Force.

--

Yahya

Aku dah bunuh semua empat jeneral yang kuat menyokong Plaek Phibunsongkhram. Disebabkan kehandalan aku ini, aku mendapat pangkat Sarjan dari Tentera British.

Satu kali bunuh Jeneral, satu kali naik pangkat. Dari Private, naik ke Lance Corporal, naik ke Corporal, dan naik ke Sargeant.

Sebab nak bunuh seorang jeneral, aku kena banyak buat kerja perisikan, kena bunuh orang, dan aku dah ada di Krung Thep ini hampir 8 bulan.

Lagipun kenaikan pangkat aku ni datang dari recommend Sir Douglas. Aku rasa sepatutnya aku naik lebih tinggi lagi, sebab semua tindakan aku ini sebenarnya melemahkan sebuah negara yang tidak pernah dijajah oleh mana-mana imperialis.

Aku sorang je yang gather information, aku sorang je yang bunuh, aku sorang je yang buat kerja sabotaj. Kalau ada mana-mana tentera rasa apa aku buat ni tak hebat, cuba la buat sendiri kat semua tempat macam aku buat ni.

Apabila kerajaan Phibunsongkhram jatuh nanti, maka selamatlah tentera Berikat yang datang dari arah Ceylon menuju ke Bagan dan Melaut. Pembebasan Pentas Sunda dari jajahan Ryukyu bermula selepas ini.

--

Odessa, Soviet Ukraine

Sargeant Vyacheslav Borisov memimpin pasukannya dalam pertempuran di pelabuhan Odessa. Dia kini ditukarkan ke Divisyen Ukraine Pertama, yang telah menang satu demi satu perang menentang Nazi. Kini Nazi sedang ditolak keluar dari kawasan asal sebelum Operasi Barbarossa, dan sekarang giliran Soviet pula yang mengasak.

Pertempuran itu berlangsung sejak Disember 1943, tetapi bagi team yang dipimpin Sarjan Vyacheslav, mereka baru tiba hari ini dari kemenangan di Kiev.

Sarjan Vyacheslav menerangkan rancangannya dalam memastikan tentera Nazi berundur dari sempadan Ukraine dan masuk ke Romania.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now