Mamat, bersama-sama dengan kawan-kawannya, Booker, Saleem dan Elijah, bersama-sama dengan Selma telah menghadiri ceramah Malcolm X yang sedang memberi ucapan menghentam ketuanan kulit putih di Amerika.
Tetapi mata Mamat memerhatikan beberapa orang kulit putih yang memakai topi dan trench-coat yang sedang menulis di beberapa tempat. Mamat sedar, mereka ini adalah perisik FBI yang sedang memerhatikan Malcolm X.
Dari jauh dia nampak ada kilauan biru. Dia sedar yang polis akan sampai ke sini beberapa minit sahaja lagi. Dia capai tangan Saleem, dia cuit bahu Selma, dia tarik tangan Elijah dan dia bisik kepada Booker.
"Police is coming, let's go."
Booker membuat bunyi yang memberi isyarat yang polis akan tiba, dan semua orang terus bersurai. Malcolm X pula dibawa ke dalam kereta dan terus keluar dari kawasan.
Sementara itu, mereka bertiga jadi hairan macam mana Mamat boleh tahu yang polis akan sampai. Mamat cakap dia ada nampak seseorang yang pakai baju trench-coat dan topi sedang menulis pada tepi kereta di lorong sebelah dari bangunan itu.
Ternyata naluri Mamat tepat, dan Mamat sebenarnya telah berjaya menyelamatkan ramai orang kulit hitam daripada ditangkap polis.
Dalam usia muda, Mamat mula mempelajari bagaimana untuk mengelakkan diri daripada polis, bagaimana untuk berkempen secara senyap dan bagaimana untuk mengenali perisik FBI.
Mereka naik ke bumbung dan nampak ada beberapa kereta polis tiba, tetapi orang semua sudah pergi. Buat masa ini, dia masih lagi terselamat.
--
"Kau memang seorang yang sangat cekap, Mamat. Ternyata Aki mendidik kau dengan baik," kata Vyacheslav yang bertemu dengan Mamat di sebuah kedai menjual gula-gula di Alexandria.
"Terima kasih sebab Abang Vya banyak tunjuk ajar," kata Mamat.
Vyacheslav hisap rokok. Kemudian Mamat pun keluarkan gulungan ganja dari poketnya.
"Kau merokok?" tanya Vyacheslav.
"Bukan rokok, ini reefer."
"Ganja, marijuana..."
"Ya. Ia buat jiwa saya jadi tenteram," kata Mamat sambil ambil mancis dan bakar joint itu.
"Kau tak rasa kau terlalu muda ke hisap ganja ni?"
"Kalau saya boleh menang Kejohanan Catur Eropah dalam usia sekarang, kenapa saya tak boleh hisap ganja pada usia ni?"Vyacheslav geleng kepala, tapi membiarkan sahaja.
"Cuma jangan beritahu Yahya la," ekor ayat Mamat, merayu kepada Vyacheslav.
"Dah berapa lama kita kenal?"
"Entahlah, masa saya mula-mula jumpa Abang Vya, umur saya belum masuk sekolah lagi."
"Dalam lima tahun?"
"Lebih kuranglah."
"Jangan risau, aku takkan beritahu Yahya. Tapi, kau kena tolong aku. Nanti aku akan hantar satu kotak kat rumah kau. Jangan bagi Yahya nampak kotak tu. Dalam kotak tu, ada buku-buku tentang sejarah Amerika Syarikat yang menceritakan perkara jahat yang mereka dah buat. Perhambaan kulit hitam, merampas tanah orang Red Indians, menindas kaum pekerja..."Mamat mengangguk-angguk.
"Aku nak kau sebarkan buku-buku ni di sekolah, perpustakaan, gereja. Bagi pada kanak-kanak yang seusia dengan kau. Buku ni buku kanak-kanak, ada lukisan kartun..."
"Macam komik?"
"Ya, macam komik! Pandai pun kau! Tapi jangan sampai buku ni pada tangan orang-orang tua."
"Baik, Abang Vya."Operation Innocent Children berterusan berjalan, dengan Mamat menjadi agennya tanpa disedari oleh Yahya.
--
Vyacheslav
Aku masih ingat lagi kali pertama aku dapat panggilan telefon dari Duta Soviet Union ke Amerika Syarikat, Georgy Zarubin, tentang seorang budak yang berusia 10 tahun yang masuk ke dalam premis kedutaan Soviet di Wisconsin Avenue, dan menyebut nama aku, Vyacheslav Borisov. Budak itu kata dia ada maklumat tentang kerja Mossad terhadap Jerman Timur yang menyebabkan berlakunya rusuhan tahun 1953.
![](https://img.wattpad.com/cover/366060064-288-k790761.jpg)
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Fiksi SejarahMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.