Hasil perancangan Wan Radzi, Tengku Norman berkahwin dengan Wan Amisha binti Wan Hamid. Upacara disambut meriah di seluruh Wijayapura, dan mungkin setanding dengan kemeriahan di London ketika Putera Charles berkahwin dengan Puteri Diana.
Tetapi ketika sedang kemeriahan majlis perkahwinan Tengku Norman itu, Yahya mengarahkan agen Mossad memasang bom di sebuah persimpangan jalan tempat kereta Tengku Norman lalu.
Ketika kereta Tengku Norman bersama pasangannya lalu di persimpangan Jalan Sultan Amiruddin dan Jalan Wan Majid, bom meletup dan mengakibatkan orang ramai cedera.
Seorang anggota Sayap Kuning yang sedang bertugas maut sementara 31 orang iaitu orang ramai dan anggota polis mengalami cedera.
Serangan bom ini menyebabkan Tengku Norman menjadi berang, dan murka atas apa yang berlaku. Tengku Norman menitahkan agar Sayap Kuning menyiasat kejadian itu.
Tetapi Yahya tidak pendek akal. Dia tidak menggunakan bom C4 atau RDX seperti yang digunakan oleh CIA, MI6 atau Mossad, sebaliknya bom paku yang menggunakan nitrogylcerine dengan PVC sebagai shellnya. Melihat rekabentuk yang murah dan tidak begitu sophisticated begini, biasanya ada tiga: 1) Parti Komunis Gelanggayu 2) Lamas Liberation Front 3) Gerakan Melaut Merdeka.
Maka disebabkan serangan itu, Perdana Menteri mengumumkan Operasi Cantas dan bertindak menggempur tiga kumpulan ini.
--
Di Melaut, helikopter terbang rendah di kawasan Teluk Tenang, dengan tentera Gelanggayu berpusing-pusing di sekitar rumah yang didiami oleh Osman.
Kumpulan pemberontak bersedia untuk melancarkan roket sekiranya helikopter itu membahayakan keluarga Osman di dalam rumah itu. Bimbang dengan serangan anti udara dari pihak GMM, maka tentera Gelanggayu mengundurkan helikopternya dari Teluk Tenang.
Tindakan provokasi tentera Gelanggayu telah menyebabkan Gerakan Melaut Merdeka menggerakkan orang-orangnya mengepung Wisma Persekutuan di Kuala Melaut.
Osman memberi amaran kepada Perdana Menteri, agar tidak meneruskan niat menyerang Kuala Melaut.
"Kalau kailnya panjang sejengkal,
Jangan angankan tenggiri di laut,
Kalau Perdana Menteri panjang akal,
Jangan dicabar anak-anak Melaut!" kata Osman di hadapan hulubalang-hulubalang dan penyokongnya sambil disahut dengan jeritan dari pengikutnya.Osman kemudiannya mengarahkan wakil untuk ke Afghanistan untuk menyuruh Aki kembali pulang ke tanah air, kerana tentera Gelanggayu sedang mengancam mereka.
--
Yahya
Senang betul aku nak pancing provokasi Tengku Norman ni. Sekarang dia dah kacau Melaut, Lamas dan komunis, sekali lagi keadaan akan kacau bilau, hahaha!
Aku dengar cerita yang orang-orang kuat dalam Dewan Perniagaan Melayu Gelanggayu yang hampir 40% terdiri dari orang Melaut, membantah Operasi Cantas dan mengugut kerajaan Datuk Seri Azmi untuk menghentikan serangan atau memboikot projek kerajaan. Ha, bila dah buat Dasar Penswastaan ni, memanglah kerajaan kurang perbelanjaan tapi kalau salah kira dengan private sector ni, mampos nanti.
Pandai juga dorang ni. Kebanyakan mereka ni billionaire dan jutawan dan memiliki perniagaan yang besar. Mereka ini juga merupakan funder kepada Datuk Seri Azmi dan Parti Persekutuan.
Tapi dari mana dan macam mana mereka ni boleh kaya dan buat networking ni, aku syak ini dari kerja Mamat, dan lepas Mamat meninggal, semua ni dijaga oleh Faridah.
Kalau inilah kerja Mamat selama ni, baguslah. Kumpulan ini bila-bila masa boleh mendesak Datuk Seri Azmi kalau dia cenderung dengan Tengku Norman.
Aku tahu Mamat ni bijak dalam catur, tapi dia ni fikir jauh juga. Menyenangkan kerja aku. Lepas ni aku boleh fokus untuk buat kerja-kerja luar kalau dah ada orang tolong beri check and balance kepada pengaruh Tengku Norman dalam Datuk Seri Azmi.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Ficção HistóricaMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.