Setiausaha Agung Parti Komunis Soviet Union, Yuri Andropov meninggal dunia tanpa memberitahu siapa penggantinya. Ini menyebabkan Parti Komunis Soviet Union bergolak. Perebutan kuasa sedang berlaku antara golongan hardliner, reformer dan nasionalis yang mahu membebaskan negara masing-masing dari Soviet Union.
Pemilihan rahsia oleh Politburo menyaksikan Konstantin Chernenko dipilih sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Soviet Union yang baru. Pun begitu, Chernenko terlalu uzur dan dalam kelompok hardliners pun, ramai yang sakit dan tidak ada keupayaan untuk memimpin.
Maka Faridah mula bertindak dengan pergi ke Saravejo pada bulan Mac dan bertemu dengan Virgansky, anak menantu Mikhail Gorbachev untuk menyusun strategi untuk merampas kuasa dari kelompok hardliners.
Turut serta ialah Azlan, yang sekali lagi ke Saravejo dan menyusun strategi bersama dengan Adnan Masilajovic untuk menaikkan nasionalisme golongan Bosniak dengan memainkan retorik Islam, yang merupakan agama terbesar di Bosnia Herzegovina.
Di dalam keriuhan acara Sukan Olimpik musim sejuk itu, mereka menyusun plot untuk menghancurkan dua negara komunis ini untuk mengambil kesempatan ke atas kerapuhan sistem ini.
--
Sepanjang ketiadaan Azlan yang kini berada di Saravejo untuk menguruskan pembiayaan pemberontakan orang Islam Bosnia di Yugoslavia, urusan Hari Usahawan diserahkan kepada timbalan pengerusi, iaitu Cindy.
Berbeza dengan approach Azlan yang walaupun perfectionist tetapi mendengar permasalahan di bawah, Cindy ada perangai diktator. Ini menyebabkan pekerja bawahan yang dipimpin oleh Ali tidak selesa dengan Cindy, sehingga ada gelaran 'nyonya pok pek' oleh sesetengah pengikut Ali.
Ali bagaimanapun menegaskan yang Cindy bukan ketua utama, sebaliknya Azlan yang kini berada di luar negara. Kerja-kerja seperti pemasangan khemah yang sedang dijalankan tergendala kerana Cindy marah orang yang lewat kerana menunaikan solat Jumaat.
"Eh, Cindy. You ni dah kenapa marah dorang?" kata Natasha.
"Dorang ni tak datang masa tengah hari tadi. Patut dah siap dah semua ni tadi."
"You ni. Today is Friday praying la. Memang la dorang pergi solat dulu."
"Solat Zuhur macam biasa tak boleh ke?" tanya Cindy.
"Cindy, I ni sejenis yang tak berapa alim sangat tau. Tapi respect la religion orang. Solat Jumaat tak sama dengan solat Zuhur. Lagipun kan ada masa lagi. Apa kata you uruskan benda lain pulak, tak payah semak sangat fikir pasal khemah tu. Biar je pekerja Alan yang buat," kata Natasha.Natasha nampak jauh beza pekerja ni bila Azlan ada dengan bila Azlan tak ada. Bila Azlan ada, semua buat kerja bersungguh sebab Azlan pun ada tolong juga. Bagi Natasha, Azlan ni ada natural leadership. Bila dia cakap, semua orang dengar. Orang yang lebih tua daripada dia macam Ali tu pun dengar cakap dia.
--
I come home in the morning light
My mother says, "When you gonna live your life right"
Oh mommy dear, we're not the fortunate ones
And girls, they wanna have fun
Oh, girls they wanna haveHey now, hey now
What's the matter with you
Girls just wanna have fun now
Come onThe phone rings in the middle of the night
My father yells, "Whatchu gonna do with your life?"
Oh daddy dear, you know you're still number one
But girls they wanna have fun,
Oh, girls they wanna haveThat's all they really want, some fun
When the working day is done
You know girls they wanna have fun
Come onLagu Girls Wanna Have Fun dari Cyndi Lauper berkumandang di radio sambil Natasha santai membaca majalah hiburan dari UK, NME. Ketika sedang membelek-belek itu, kedengaran telefon berbunyi. Natasha cepat-cepat ke gagang telefon.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Historical FictionMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.