Anfield, Liverpool
Mamat, Faridah, George dan David menonton perlawanan antara Liverpool dan Arsenal. Perlawanan ini akan menjadikan Liverpool juara liga sekiranya menang dalam perlawanan ini.
Pemain-pemain Liverpool yang dipimpin oleh Bill Shankly telah bersemangat untuk menang dalam perlawanan ini, kerana pesaing terdekat ialah Manchester United dan Everton, dua musuh tradisi Liverpool.
Seawal minit ke-7 lagi, Liverpool sudah menjaringkan gol menerusi Ian St. John.
Nyanyian lagu You'll Never Walk Alone di The Kop membuatkan pemain-pemain Liverpool tampak bersemangat.
Musim lepas, liga Inggeris dimenangi oleh jiran Liverpool iaitu Everton. Dengan kemenangan Liverpool, piala liga Inggeris akan kekal di Merseyside, berpindah dari Goodison Park ke Anfield.
Kali terakhir Liverpool menang liga ialah pada musim 1946/47, iaitu 17 tahun yang lepas. Kemarau panjang kejuaraan liga ini perlu dimenangi untuk membuatkan kelab bersemangat semula.
Pada minit ke-38, Alf Arrowsmith menjaringkan gol ke gawang Arsenal. Bersoraklah Mamat dan George berpelukan sambil David dan Faridah yang merupakan penyokong Everton kunyah kuaci.
Separuh masa pertama berkesudahan Liverpool 2-0 Arsenal.
Ketika rehat separuh masa, Mamat nampak Dolah sedang membantu pemain-pemain Arsenal dalam memanaskan badan.
"Dolaaaaaahhh!"
"Bedooooolllll...."Dolah toleh kiri kanan, kemudian dia pandang ke arah The Kop, dan nampak Mamat menghayunkan scarf.
"Habis match jumpa kat gate depaaannn!" jerit Mamat.
Dolah pergi ke arah tepi padang.
"Jumpa jugak kau kat sini. Nanti kita jumpa. Aku tengah ada kerja ni."
"Baik, baik."Separuh masa kedua, pada minit ke-52, Peter Thompson menjaringkan gol ketiga untuk Liverpool. Lima minit kemudian, sekali lagi Peter Thompson menjaringkan gol, menjadikan kedudukan 4-0.
"We gonna win the league! We gonna win the league! We gonna win the leagueeeeeee! We gonna win the leagueeeee!" jerit Mamat dan George bersama-sama ribuan penyokong-penyokong Liverpool bersorak beramai-ramai.
Tiga minit kemudian, penyerang prolifik Roger Hunt menjaringkan gol kelima, seterusnya mengesahkan kejuaraan musim ini milik Liverpool, selepas kemarau piala liga selama 17 tahun.
Selepas tamat perlawanan, ramai-ramai menyanyikan lagu You'll Never Walk Alone, sambil kapten pasukan, Ronald Yeats menjulang piala liga dan penyokong-penyokong Liverpool bersorak.
--
"We are the champions of England, hurrah, hurrah! We are the champions of England, doo da doo da deyyy!"
"Diamlah, eiii...tahun lepas Everton menang, aku tak kecoh pun," kata Faridah.
"Tak kecoh apa? Yang gambar Everton julang piala kat office kat Boston tu apa Idah? Saya tahu awak jealous dengan kemenangan kami!"
"Jealous apanya, bukannya Everton tak pernah menang liga pun. Eiii!"Nampak di pintu pagar, Dolah dah menunggu.
"Aku boleh lepak sejam dua je ni, lepas tu kena balik London. Jap, korang ni asyik berdua je, Mat Nor tak marah ke?" tanya Dolah.
Muka Faridah dah merah padam, tapi Mamat buat selamba je.
"Dolah, kami berkawan je lah. Lagipun kat luar negara ni, kebetulan kami je yang duduk dekat-dekat. Birgitt Noraini apa khabar?"
"Khabar baik. Dia kat London, tak ikut match ni. Kau dah grade kan?" tanya Dolah.
"Final year tahun lepas, tapi kitorang ingat nak lepak dulu la sebelum balik," kata Faridah.
"Macam mana korang boleh berjumpa ni? Ini kalau Mat Nor tau ni, memang insecure jadiknya!"
"Bedol, kau punya makwe tu pun, aku tengok macam minat kat Mamat je. Dorang dulu pernah lawan chess dulu tau masa pertandingan Europe tu. Daripada kau fikirkan pasal Mat Nor, baik kau fikirkan pasal kau. Mamat ni boleh je tackle Birgitt kau tu."
"Mana ada lah, awak ni. Saya dengan Birgitt tu kenalan sebab sama-sama main catur je, mana ada apa-apa," kata Mamat.
"Hujung tahun ni, kami dah nak kahwin dah, tau," kata Dolah.
"Serius? Tak rasa macam awal ke?" Faridah tanya Dolah.
"Mana ada awal, umur 20 tahun, okay la tu kahwin."
"Kalau kahwin jangan lupa jemput," kata Mamat.
"Kahwin yang pertama kat Copenhagen. Yang kedua kat Wijayapura."
"Yang kat Wijayapura mungkin tak dapat datang la kot, sebab kami balik pun 1965," kata Mamat.
"Baik, jangan lupa datang tau!"
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Historical FictionMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.