Episod 155 - 1 Oktober, 1983

37 6 0
                                    

Main State Department Building,
Washington DC

Henry Kissinger, Zbigniew Brzezinski, Setiausaha Negara George Schultz dan Jeneral Yahya duduk di bilik cigar rahsia untuk semua pemegang jawatan eksekutif kedua tertinggi selepas Presiden. Jawatan ni macam lebih kurang Perdana Menteri, jika Presiden Amerika Syarikat seorang raja.

Yahya mengemuka satu cadangan, iaitu menaikkan Mikhail Gorbachev, Menteri Pertanian Soviet Union, sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Soviet Union.

Schultz berkata, Yahya ni beri idea yang paling mengarut sekali, dan tidak memahami betapa kompleksnya politik Rusia.

Yahya membalas: "politik Rusia memang kompleks, tapi politik komunis ni mudah nak faham. Mereka adalah golongan yang tamak haloba yang bersadurkan keadilan. Bagi duit, semua boleh selesai."

Dalam erti kata lain, Yahya nak 'beli' Parti Komunis Soviet Union, dan melantik Mikhail Gorbachev sebagai bonekanya.

Yahya menggunakan idea Faridah untuk menaikkan Mikhail Gorbachev, tetapi idea itu tidak disertai dengan niat Faridah, iaitu menukarkan ekonomi Soviet Union perlahan-lahan seperti Republik Rakyat Kwantong di bawah kepimpinan Deng Xiaopeng.

Yahya mahu hapuskan Soviet Union, agar komunis ini menjadi fahaman yang layak berada di 'bakul sampah sejarah (ash heap of history)', seperti yang dia beritahu speechwriter Reagan, Ken Khachigian sebelum perkataan itu digunakan oleh Reagan dalam ucapannya.

Brzezinski berpendapat rusuhan di Poland, yang digerakkan oleh agennya, Lech Walesa dalam Parti Solidarnosc, bukti bahawa semakin ramai rakyat Poland mahu menolak sistem komunis.

Akhir sekali, Kissinger cuma kata, "consider it done, Yahya."

Kissinger mengambil telefon bimbit yang sebesar batu-bata dari begnya, kemudian menekan nombor telefon Pengarah CIA, William Casey, dan menamakan operasi ini sebagai Operation Farmer, sempena pelan untuk menaikkan Menteri Pertanian, Mikhail Gorbachev untuk mendapat jawatan tertinggi di Soviet Union.

Yahya terus dapat idea tugas ni nak diberikan kepada siapa.

"Vyacheslav," kata Yahya, tersenyum.

--

"Vya, aku ada job untuk kau," kata Yahya sambil menepuk bahu kawan lamanya.
"Job? Lepas kegagalan aku di Afghanistan, aku ada kerja lagi?" tanya Vyacheslav.
"Apa kau buat tu, bagus. Tapi kau tak bernasib baik. Mujahideen tu ingat kau tu tentera Soviet betul. Padahal kau beri arahan palsu kepada tentera Soviet," kata Yahya.

Langkah pertama dalam Operation Farmer ini ialah membunuh Yuri Andropov, yang masih belum melantik timbalannya. Dan langkah kedua, ialah menyusun mana-mana ahli parti senior dari golongan hardliners zaman Stalin, untuk dinaikkan sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Soviet.

Tetapi disebabkan terlalu tua dan sakit, kerajaan itu mula akan berlaku krisis akibat ketiadaan arahan pemimpin.

Dan masa keadaan inilah, apabila pengganti Andropov ini juga mati, barulah ada alasan untuk memilih Gorbachev, seorang Menteri Pertanian menjawat jawatan paling tinggi di Soviet Union. Barulah Yahya akan serahkan talinya kepada Faridah untuk dijadikan sebagai boneka.

--

Di bilik hotel, Azlan bermain dengan Mr Snuggles, sambil menemani ibunya, Faridah yang sedang menaip typewriter untuk buat laporan.

"Alan, next year, kau sekolah kat Wijayapura ya?" kata Faridah.
"Eh, kenapa pulak? Alan dah suka dah sekolah kat situ."
"Ni bukan soal suka tak suka. Ibu risau la, buatnya Amerika dengan Soviet ni berkelahi lagi teruk, tiba-tiba dorang lancar perang nuklear, tak pasal-pasal Alan rentung," kata Faridah.
"Ibu ni, kan Uncle Ronnie dah janji yang dia akan berdamai dengan Soviet."
"Uncle Ronnie tu politisyen, Alan. Bekas pelakon filem pulak. Mestilah dia pandai berlakon depan kau, depan kamera. Matter of fact pun, kau pun masa jumpa dia dan bagi ucapan kat depan dia tu pun, tu kan scripted, kau dah hafal dialog, dah plan. Kau pun berlakon jugak masa tu."
"Tak sia-sia Alan masuk Theater Club selain Debate Club," kata Azlan.
"Boleh ek, Alan sekolah kat Wijayapura. Lagipun, ibu risaulah dengan Ali tu."
"Kenapa dengan dia, ibu?"
"Sejak dia ada girlfriend dia tu, dia macam tak fokus dengan kerja kita. Kalau aku cakap karang, dia buat halwa telinga je. Kalau kau yang cakap, kalau dia degil, kau petirkan je dia."

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now