Episod 92 - 20 Februari, 1967

39 10 1
                                    

Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) iaitu parlinen untuk Republik Majapahit bersidang pada hari ini untuk menyingkirkan kuasa Soekarjo sebagai Presiden dalam satu sidang khas.

Sidang itu menyebut bahawa Presiden Soekarjo telah gagal, ataupun berkomplot dengan Gerakan Tiga Puluh September (Gestapu) yang diterajui oleh Partai Komunis Majapahit.

Kemudian pada 7 Mac 1967, Sudarto telah membuat ucapan di stadium tertutup Istora Senayan, menolak dakwaan wujudnya penglibatan Soekarjo dalam Gerakan 30 September.

Pada 11 Mac, sidang khas itu disambung semula dan memutuskan bahawa Soekarjo gagal dalam mengawal Gerakan 30 September yang mengakibatkan tujuh orang penting dalam tentera telah tumpas dalam Lubang Buaya.

Maka pada 12 Mac, 1967, Sudarto memangku jawatan Presiden Republik Majapahit. Maka secara tidak langsung, bermulalah Orde Baru dibawah pemerintahan Sudarto, yang mendengar kata Yahya di Wijayapura.

Presiden Soekarjo pula dikenakan tahanan rumah dan tidak dibenarkan bertemu dengan sesiapa kecuali dengan kebenaran tentera.

--

Semua golongan kesatuan sekerja anti-komunis iaitu SOKSWAM (Sentral Organisasi Karyawan Swadiri Majapahit) dibentuk menjadi sebuah parti politik yang diberi nama Golkar (Golongan Karyawan). Sudarto kemudiannya menghantar wakilnya, Ali Murtopo untuk bertemu dengan Yahya untuk membentuk sebuah parti politik yang berkuasa.

Kumpulan-kumpulan NGO ini kemudiannya bernaung dalam sebuah parti, dan buat masa ini biar ia beroperasi sebagai sebuah parti yang menyokong Sudarto tanpa memerlukan Sudarto, seorang jeneral tentera menyertainya.

Melihat situasi ini, Yahya melihat perlunya Iskandar melawan kepimpinan parti Kongmegayu sekarang, yang kini dipimpin oleh Datuk Syafie. Walaupun Datuk Syafie adalah kawan sejak sekolah menengah, tetapi pertarungan harus dilakukan untuk menaikkan Iskandar yang jauh lebih popular.

--

25 Februari, 1967

Pemilihan Parti Kongmegayu menyaksikan Presiden parti, Datuk Syafie mempertahankan kerusinya dengan bertanding satu lagi penggal. Lawannya pula ialah Iskandar Ali, calon muda berusia 35 tahun yang popular, lantang bersuara serta hebat berpidato.

Tetapi ramai yang menganggap Iskandar terlalu muda dan mahu memilih Datuk Syafie yang tidaklah terlalu tua sangat, dalam usia 43 tahun sahaja.

Pemilihan dari 104 bahagian membuat pemilihan, dengan kemenangan tipis Datuk Syafie 53-51 berbanding Iskandar. Iskandar mendakwa Syafie main tipu dan golongan tua elit yang terdiri dari golongan pembesar yang tidak mahu kebangkitan orang muda dalam politik.

Keesokan harinya, Iskandar mendakwa 17 ahli parlimen Kongmegayu termasuk dirinya telah keluar parti, dan menubuhkan Parti Persekutuan Nasional.

--

Kedudukan semasa Dewan Rakyat:

Parti Rakyat: 34 kerusi
Parti Jujur (faction Robert Wong): 7 kerusi
Parti Persekutuan Nasional (faction Iskandar): 17 kerusi
Kongmegayu: 14 kerusi
Parti Buruh: 15 kerusi
Hizbul Muslimin: 9 kerusi
United Lamas Association Party: 8 kerusi

--

Melihat kedudukan politik semasa, melegakan Datuk Seri Rizal Samad sebagai Perdana Menteri. Tetapi ramai orang Melayu melihat Parti Rakyat mahupun Parti Kongmegayu sebagai pilihan yang 'membosankan'.

Sebaliknya kempen Iskandar, yang merupakan bekas pemenang Piala Thomas dan pemain badminton popular lebih bertenaga dan lebih merakyat.

Pilihanraya lagi dua tahun lagi, dengan keadaan sebegini, bakal mengundang keadaan yang tidak stabil.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now