Episod 156 - 11 Disember, 1983

33 6 0
                                    

Pagi-pagi lagi geng-geng Chaos dah terpacak kat depan rumah wakaf Ali. Ali dah bersiap-siap untuk menyambut kepulangan Azlan, yang dianggap 'godfather punk' di Gelanggayu.

Azlan tahu tentang ideologi Ali dalam geng Chaos ni. Ironi, sebab mereka kata mereka golongan anarkis, yang menolak sistem kelas dalam masyarakat tapi paling berhirarki sebab Azlan menjadi 'godfather' dan Ali jadi 'leader'.

Tapi Azlan tak nak berfalsafah sangat. Biarlah Ali dengan ideologinya, asalkan kesetiaan dia kepadanya.

Ali keluar dari rumah, dah ada 20 orang berbaris depan rumahnya. Ali keluar rokok, dan ada seorang pengikutnya membakar rokok untuknya.

Kecik, yang sekarang berumur 11 tahun, berdiri di sebelah Ali.

"Berapa orang kita dapat kumpul?" Ali tanya pembantunya.
"200, boss."
"200 kali 50..." Ali kira-kira guna jari. "Huish, 10k ni! Alan boleh bayar ke? Ah, kalau tak boleh, mintak Aunty Idah je lah!"

Sempena majlis menyambut kepulangan Azlan ni, Ali dah tempah tempat anjuran acara di Hotel Pan Pacific di Tanjung Emas, menghadap pelabuhan Wijayapura dan laut. View pemandangan cantik, rooftop.

Punk rocker amende buat majlis kat tempat elitis macam ni? Tapi, sebab Aunty Idah dah bagi duit pada Ali untuk uruskan welcome party untuk Azlan, Ali uruskanlah semua benda.

"Dila, bapak tebal make up kau!" kata Ali.
"Biarlah, apa masalah awak?"
"Masalahnya, kau tak nampak ke langit merah tu apa tandanya? Hari dah nak hujan. Karang kalau basah nanti, buruk juga make up kau tu nanti," kata Ali.

Ali geleng kepala dengan Adilah ni. Tak habis-habis berangan nak mengorat Azlan.

Pemandu bas yang Ali tempah untuk 30 orang dah sampai. Yang selebihnya naik motor beramai-ramai untuk jemput Azlan.

Flight Azlan dijadualkan akan sampai dari London jam 8 pagi. Maka Ali dah susun semua orang punya breakfast, siap ada baju khas lagi.

Disebabkan Aunty Idah janji nak bayar seorang 50 ringgit, semua pun sanggup datang. Tapi yang celakanya, semua kena pakai t-shirt gambar muka Azlan. Aunty Idah tahu, inilah caranya nak troll anaknya sendiri. Mesti Azlan akan segan bila nampak ada ramai-ramai orang pakai baju gambar mukanya.

100 orang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Jaafar, di Wijayapura. Ada yang naik Vespa, ada yang naik Lambretta, ada yang naik Yamaha RD350, Suzuki Katana...memang banyak jenis motor.

Selebihnya akan datang di hotel masa majlis nanti, buat ramai.

--

Kapal terbang jet peribadi Tengku Ariffin mendarat di Wijayapura jam 8:30 pagi, dan lewat setengah jam disebabkan ada kabus tebal akibat hujan di sekitar lapangan terbang pagi tadi.

Azlan memakai blazer double-breasted berwarna coklat gelap dari Ede & Ravenscroft, bertopi flat cap berwarna coklat, dan berkasut kulit buaya, turun ke lapangan terbang dengan menarik begnya. Ali nampak Azlan keluar dari balai ketibaan, dan beberapa orang mengikut Ali untuk mengangkat barangan Azlan di tempat mengambil luggage.

Azlan bawa beg suitcase berwarna hitam.

"Ali, ni 25k, bagi sama rata," kata Azlan.
"Fuhhhh! Lebih 15k ni. Bajet aku 10k je."
"Pandai-pandai la kau belanja. Eh, Ali. Tengok jap baju kau," Azlan meneliti baju Ali.

"Apasal muka ni macam muka aku?" tanya Azlan.
"Memang muka kau pun. Ibu kau suruh kitorang pakai," kata Ali.
"Aduhhhh, ibu niii...malunyaaaa aku!"

Ali dah ketawa berdekah-dekah. Azlan nampak kawan Ali yang kutip beg dia pun pakai baju gambar muka dia.

"Berapa orang kau bawak ni?"
"200 orang."
"200 orang pakai baju gambar muka aku? Teruk betul ibu aku ngakal aku ni. Dia tau aku tak minat benda-benda macam ni," kata Azlan.
"Ala, biarlah. Kau kan dah lama tak balik sini. Biarlah kau rasa special sikit," kata Ali.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now