Betawi, Majapahit
Perjanjian damai antara kerajaan Majapahit dan Gelanggayu berlangsung. Menteri Luar Majapahit, Adam Malik dan rakan sejawatnya, Datuk Syed Alwi menandatangani perjanjian itu. Turut menyaksikan perjanjian itu ialah Leftenan Jenderal Sudarto dan Jeneral Tun Yahya, yang turut menandatangani perjanjian antara tentera, menamatkan konflik tersebut.
Tentang keluarnya Majapahit dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Gelanggayu menaja kemasukan Majapahit dengan kerjasama Amerika Syarikat dan Britain untuk kemasukan semula, dan akan dijadualkan pada 28 September 1966.
Pada 17 Ogos, 1966 - sambutan Hari Kemerdekaan Republik Majapahit yang ke-21, Jeneral Tun Yahya menjadi tetamu khas dan semua tentera Majapahit yang berperang kepada Gelanggayu pada era Soekarjo tu, memberikan tabik hormat kepada Jeneral Tun Yahya.
Jeneral Tun Yahya membalas tabik itu, tetapi tidak dapat menyembunyikan senyuman sinisnya. Pada Jeneral Tun Yahya, adalah satu penghinaan bagi seorang tentera yang kalah perang untuk tabik hormat kepada jeneral musuhnya yang menang.
Sama seperti tentera Nazi yang kalah perang, tabik kepada Jeneral Eisenhower, sama seperti tentera Ryukyu yang kalah perang, tabik kepada Jeneral Douglas MacArthur selepas Perang Dunia Kedua.
--
Yahya
Look at them, those filthy maggots! Baru kau tau pemimpin kau tak boleh pakai. Soekarjo ni retorik kuat, mulut manis, janji bersepah, tapi tak boleh lawan kehebatan aku dalam menyusun catur geopolitik.
Kau bayangkan, tiga tahun kau kat dalam kem, dengar propaganda Soekarjo yang Gelanggayu ni anjing imperialis, budak suruhan Inggeris, anjing Amerika. Lihat, hari ini, siapa yang jadi anjing? Kahkahkah!
Hari ini kau tabik kepada aku. Pemimpin kau yang kau semua puja tu, apa dah jadi? Kena strok, macam si Jaafar tu jugak. Kahkahkah!
Dengan sakitnya Jaafar dan Soekarjo, berlakulah power vacuum di seluruh Pentas Sunda. Dan pada akhirnya, aku yang bijak ini berjaya menundukkan semuanya.
Sir Douglas Shipway tak salah pilih orang bila dia pilih aku sebagai successor. Walaupun pada awalnya aku fucked up masa Perang Suez di Mesir, tapi sekarang aku dah kembali tebus semula kegagalan aku yang lama.
Di Washington, kroni aku, Presiden Johnson dalam office. Di London, aku yang naikkan Harold Wilson dari Parti Buruh walaupun aku langsung tak suka idea-idea kirinya. Temasik dan Kundur-Sumatera basically mine.
Majapahit juga walaupun masih Soekarjo jadi Presiden, tapi dia dah duduk kat rumah sakit tu, lantak dia lah. Aku dah install boneka aku dan CIA, Leftenan Jenderal Sudarto. Dan di Gelanggayu, memandangkan si tua Jaafar tu masih belum kojol, Pemangku Raja ada kuasa yang sama macam Sultan.
Tengku AR pun aku pegang.
Perang Dai Viet masih berterusan, bahkan semakin meningkat keganasannya. Setiap tahun Kongres akan lulus belanja tentera $20 billion untuk perang Dai Viet. Divert ke mana semua duit tu?
Aku lah, siapa lagi.
Lepas tu jet pejuang, kapal perang, kereta kebal, kereta perisai, kapal pengangkut tu semua kena isi minyak. Mereka beli minyak dengan Calico Oil. Siapa owner Calico Oil tu? Aku lah, siapa lagi.
Masa aku kecik-kecik dulu, cita-cita aku ialah nak jadi King. Tapi aku sekarang lebih berkuasa dari King. Aku sekarang dah jadi G.O.D. No one can beat me.
Seribu tahun dari sekarang bila Gelanggayu dah jadi empayar yang besar, orang akan sebut nama Jeneral Tun Yahya sama nada macam Alexander The Great, Gengkhis Khan, Cao Cao, Julius Caesar, George Washington.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Fiksi SejarahMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.