Episod 97 - 10 Mac, 1968

36 7 0
                                    

It's a beautiful morning, ah
I think I'll go outside for a while and just smile
Just take in some clean fresh air, boy
(Ain't) no sense in staying inside
If the weather's fine and you got the time
It's your chance to wake up and plan another brand-new day

it's a beautiful morning, ah
Each bird keeps singing his own song, so long
I've got to be on my way now
(Ain't) no fun just hanging around
I got to cover ground, you couldn't keep me down
It just ain't no good if the sun shines
When you're still inside (shouldn't hide)
Still inside (shouldn't hide)
Still inside (shouldn't hide)

Still in-, oh, oh, oh-oh-oh
Oo-ooh-ah-ah
Oo-ooh-ah-ah

Lagu A Beautiful Morning dari kumpulan The Rascal berkumandang di radio sambil Faridah dan Mamat hidai baju mereka bertiga yang mereka baru basuh bersama-sama dengan kain lampin dan baju Aziz pada pagi hari Ahad.

"Janganlah kibas baju kat arah aku, Mat! Basahlaaaahhh! Mamaaaat, eiiii janganlaaaahhh! Ibuuuu, tengok Mamat niiiii!" kata Faridah jerit sebab Mamat main kibas-kibas air pada Faridah.

Ismail yang sedang sarapan pagi bersama Dahlia, hanya senyum melihat gelagat Faridah dan Mamat. Mamat ni walaupun ada sifat yang penyayang, tapi dia ni kuat menyakat Faridah. Tapi sebab sifat menyakat dia ni punca kemesraan dua pasangan sejoli ni.

"Jadi menantu kita rupanya si Mamat ni," kata Ismail.
"Saya gembira Mamat terima Faridah dan Aziz. Barulah nampak Faridah tu gembira sikit. Kalau masa time-time tu, keluar rumah pun dia tak nak. Hari tu sampai nak gantung diri. Mamat memang selamatkan maruah dan semangat Idah."
"Mamat betul-betul cintakan Idah. Boleh nampak. Dari dulu lagi saya dah nampak," kata Ismail.
"Dari dulu?"
"Ya, dari dia sekolah rendah lagi. Setiap pagi bila Idah nak kayuh basikal, mesti dia dah tunggu tepi pagar rumah Yahya tu. Pakai pun kemas-kemas, wangi-wangi."
"Tapi tu memang perangai dia sejak kecik dulu ke?"
"Tapi depan Idah, extra. Dia cuba nak impress Idah. Tapi Idah masa tu mana nak layan Mamat ni."
"Entah-entah Idah tu jatuh cinta dengan Mamat masa di States kot?"
"Dah kalau buat business sampai berjaya make money tu, nampaklah keserasian mereka ni."

"Ibuuuuu! Mamat main simbah airrrrr!"

Berkejaranlah mereka berdua, kemudian dua-dua berhenti depan Yahya yang sedang minum wiski sambil baca suratkhabar berita tentang Perang Dai Viet, yang dari tadi berbulu pandang betapa romantiknya dua orang ni.

"Peace, not war!" kata Faridah dan Mamat, serentak sambil tunjuk dua jari ke depan gaya hippie. Bila Faridah dah start berlari, Mamat tunjuk dua jari, tapi terbalik ke belakang. Yang tu maksud mencarut kalau di England.

Yahya berdengus sambil panas memandang Mamat yang terus bersikap kurang ajar padanya. Sejak Mamat tahu kelemahan Yahya ialah dia tertakluk kepada sumpah kepada cincin Raja Gautama, kalau dia sentuh Mamat, dia boleh kena serangan jantung, kalau boleh setiap hari dia akan menganjing atau bersikap kurang ajar kepada Yahya.

Yahya terus bengang, bawa surat khabar dan masuk ke dalam rumah.

"Ibuuuuuu! Mamat kejar Idaaaahhh!"

Mamat kejar kemudiannya memeluk Faridah dari belakang.

"Ya Allah, korang ni. Marah dah orang tua tu," kata Dahlia, merujuk kepada Yahya.

"Biarlah! Dia cemburu sebab masa dia ada isteri, dia tak reti hargaiiii! Pukul isteri, dera isteri. Kita yang ada isteri ni, kita sayanglah! Bukannya untuk kita sepak terajang!" Mamat sengaja tinggikan suara untuk biar Yahya dengar.

Mereka berdua sambung berkejar kemudiannya masuk ke dalam rumah.

Ismail memegang tangan isterinya.

"Kita kena cari juga isteri pertama Mamat tu. Kita dah janji pada dia," kata Ismail.
"Nak cari macam mana? Faridah beritahu saya, Mamat ni pun, gambar isteri, gambar anak tu pun dia tak pernah nak ambik."
"Saya cuba cari akaun bank, kalau jumpa. Siapa nama dia, saya boleh tolong carikan," kata Ismail.
"Bang, tu dah breaching privacy. Kita dah langgar bank policy. Nanti orang tak percaya dengan bank kita nanti. Maklumat peribadi pemilik bank tu dilindungi Akta Perlindungan Maklumat 1966. Kalau ada orang report, kita boleh kena dakwa tau."
"Habis tu, awak ada idea macam mana nak cari isteri dan anak Mamat ni? Saya dapat maklumat dari bank di Suvarnabhumi tu pun, kata selatan tengah bergolak. Pattani separatists tu satu hal, komunis pun dah naik balik. Nak pergi situ pun tentera tak bagi."

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now