Episod 152 - 7 Mei, 1983

39 7 0
                                    

Perdana Menteri melancarkan syarikat automobil pertama negara, Jentera Gelanggayu atau Jentayu, dengan bantuan pemindahan teknologi dari syarikat Mitsubishi dari Ryukyu.

Datuk Seri Azmi Ibrahim berpendapat, Gelanggayu berpotensi untuk menjadi hab pembinaan industri automobil di Asia Tenggara dan mampu melahirkan tenaga pakar dalam bidang kejuruteraan automotif.

Kereta keluaran pertama Jentayu dijangka akan dapat dipasarkan pada tahun 1985 nanti.

Sejak 1969, apabila negara bertukar tampuk pemerintahan daripada Parti Rakyat yang dipimpin oleh Tun Rizal Samad, kepada Parti Persekutuan pimpinan Tun Iskandar, perlahan-lahan Gelanggayu bertukar dari sebuah negara yang berasaskan pertanian dan perlombongan, kepada sebuah negara perindustrian.

Polisi ini diteruskan oleh Datuk Seri Azmi dengan Toh Puan Faridah menjadi sebagai pelabur utama projek-projek ini.

Ini ditambah lagi dengan Dasar Penswastaan yang menggalakkan pelaburan dari luar untuk masuk ke negara ini, serta pemindahan teknologi seperti yang dilakukan oleh syarikat Ryukyu iaitu Mitsubishi ke negara ini.

Selepas projek lebuhraya Wijayapura-Lingga yang mula dibina pada tahun 1957 dan siap pada tahun 1966, kemudiannya projek lebuhraya Wijayapura-Temasik yang dibina tahun 1964 dan siap pada tahun 1977, lebih banyak projek pembinaan lebuhraya akan dibina pada masa akan datang untuk membuka bandar-bandar baru dan merancakkan perindustrian di Gelanggayu.

Projek lebuhraya yang seterusnya ialah pembinaan dari Wijayapura ke Tanjung Batu, Kenidiri, iaitu sempadan Gelanggayu dan Majapahit. Tetapi projek itu mendapat tentangan dari Wan Radzi yang menguasai politik di Sepetang.

Faridah cuma kata, "boleh je dari Wijayapura tu lalu ikut Geri, kemudiannya terus tembus ke Kenidiri. Tak payah pun lalu Sepetang dia tu. Perasan. Biar negeri dia mundur. Tak ada highway lepas tu sistem perpaipan, elektrik pun banyak kawasan tak ada. Padan muka."

Cuma masalah kalau laluan itu dibina di kawasan itu, kemungkinan akan lalu di kawasan Bukit Besar, yang merupakan tempat penyimpanan emas-emas Raja Gautama itu.

Maka dia perlu melihat peta agar kawasan tersebut tidak diceroboh oleh sesiapa.

Faridah meneliti peta di kawasan itu, dan merasakan ada keperluan untuk membina lebuhraya di situ, tetapi dia perlu membeli tanah di seluruh kawasan gua itu dengan pejabat tanah di Geri, dan jadikan kawasan itu kawasan larangan untuk orang luar untuk masuk.

--

Wan Radzi mula memerhati Faridah yang mula mempunyai pengaruh yang kuat, terutamanya dalam bidang kewangan. Wan Radzi tahu yang dia ni ibu kepada Azlan, dan dia menyedari yang dia menghasut Tengku Norman untuk mengaudit Sayap Kuning, dan menyebabkan perbelanjaan Sayap Kuning dikurangkan oleh Tengku Norman.

Wan Radzi mengarahkan orangnya menghantar dua butir peluru berserta surat mengugutnya menghentikan audit ke atas Sayap Kuning, atau dia dan anaknya di England akan ditembak.

Apabila Faridah menerima peluru ini, pada awalnya dia panik. Menyedari bahawa Mamat mempunyai ramai musuh, dan kini dia dan Azlan berdepan dengan ugutan ini, Faridah menenangkan diri dengan berselawat, kemudian beristighfar sambil memikirkan apa dia perlu buat.

Selepas hampir dua jam menimbang apa yang perlu dibuat, Faridah bertindak bertemu dengan Tengku Ariffin di Jalan Cendana.

Faridah menunjukkan bukti dua butir peluru dan surat ugutan itu kepada Tengku Ariffin.

"Ini Sayap Kuning ni, Kak Idah. Sebab company akak audit dia punya department hari tu."
"Sekarang ni, nak buat macam mana ni, Ipin?" tanya Faridah.

Tengku Ariffin kemudiannya mengajak Faridah menaiki kereta menuju ke rumah Jeneral Yahya, dan membawa isu ugutan bunuh ini kepada Jeneral Yahya.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now