Episod 121 - 18 Februari, 1975

35 6 0
                                    

Disebabkan Republik Rakyat Kwantong sudah mengadakan hubungan diplomatik dengan Gelanggayu, dan Gelanggayu melalui Faridah membantu negara itu membangunkan negara mereka dalam perindustrian, dengan syarat Republik Rakyat Kwantong tidak menyokong pergerakan Parti Komunis Gelanggayu, kumpulan komunis pimpinan Chen Ping kini sudah semakin tertekan.

Disebabkan itu, beberapa siri serangan dilakukan oleh PKG dalam usaha untuk menyakinkan Republik Rakyat Kwantong dalam usaha mereka menyebarkan komunisme.

Dalam keadaan Mao yang semakin uzur akibat sakit tua, Parti Komunis Kwantong kini dalam perebutan kuasa, menanti kematian Mao.

Terdapat kumpulan yang diketuai oleh isteri Mao, Jiang Qing, Timbalan Premier iaitu Zhang Chunqiao, yang menggantikan Deng Xiaopeng dalam rombakan kabinet. Premier Zhou Enlai juga digantikan dengan Hua Guofeng, yang dikatakan bakal menjadi pengganti kepada Mao.

Selain Jiang dan Zhang, dua lagi ahli dalam kumpulan itu iaitu Yao Wenyuan dan timbalan pengerusi Parti Komunis Kwantong, Wang Hongwen, yang menjadi tonggak kepada Revolusi Budaya sejak tahun 1966, mereka berempat ini dikenali sebagai Si Ren Bang, atau Gang of Four.

Dalam erti kata lain, kumpulan ini yang menguasai deep state di Kwantong, dan sebagai isteri kepada Mao, nampaknya Jiang Qing tidak disukai oleh rakyat kerana dilihat seperti Empress Dowager, iaitu maharani dalam sejarah Kwantong dalam Dinasti Qing, dinasti terakhir sebelum menjadi sebuah negara republik, yang merupakan seorang maharani yang menunggang kuasa Maharaja yang sedang gering.

Premier Zhou Enlai, dalam keadaan sakit tenat terpaksa melepaskan kuasa kepada Hua Guofeng, dan Deng Xiaopeng telah diketepikan dalam organisasi parti.

Deng, yang berada di Kuala Melaut ketika political move itu dibuat, kini terperangkap dalam permainan politik yang dilakukan oleh Gang of Four.

--

Deng Xiaopeng berjumpa dengan Mamat dengan Faridah duduk di sebelah Mamat, menyusun strategi untuk merampas kuasa dari Jiang Qing. Deng sedar yang Hua Guofeng ini bakal menjadi boneka kepada Jiang Qing.

Mamat memberitahu Faridah yang Faridah perlu bantu Deng Xiaopeng dalam memastikan Deng Xiaopeng dapat mengawal Parti Komunis dengan membeli ahli-ahli politburo dan menukarkan sistem ekonomi Kwantong untuk tidak lagi menggunakan sistem ekonomi komunis, sebaliknya menggunakan sistem kapitalis tetapi dengan kawalan politik yang kuat dari Deng Xiaopeng bila dia berkuasa nanti.

Dalam masa sama, Mamat membenarkan Deng dan pengikut-pengikutnya untuk gunakan perpustakaan Kutub Khanah Kuala Melaut ini sebagai pengkalan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan di samping menyusun strategi melawan isteri Mao Zedong yang menguasai politik Kwantong.

Bagi Mamat, Deng ni dia bukan totok komunis, sebaliknya lebih kepada seorang nasionalis yang mahu menaikkan industri di Kwantong.

Deng, bersama dengan sekutunya, Hu Yaobang tinggal di Kuala Melaut buat sementara waktu politik di Kwantong masih dikuasai oleh Jiang Qing.

--

Perdana Menteri, Datuk Seri Iskandar Ali mengajak Faridah berbincang di Seri Bendahara untuk melihat perkembangan semasa di Kwantong, memandangkan komunis yang semakin mengganas ini.

Faridah berpendapat bahawa dalam Parti Komunis Kwantong sekarang, dalam keadaan Mao yang mulai sakit tenat, terdapat dua kumpulan dalam Parti Komunis Kwantong. Kumpulan pertama ialah kumpulan yang pro kepada Gang of Four, yang diketuai oleh isteri Mao, Jiang Qing.

Kumpulan ini yang merupakan golongan ekstremis dalam Parti Komunis Kwantong, yang menaja Parti Komunis Gelanggayu dalam siri serangan yang sedang berlaku di beberapa tempat di Gelanggayu.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now