Seorang lelaki yang memakai uniform Wehrmacht berlari menuju ke Sungai Bug, yang menjadi sempadan antara Poland jajahan Nazi dengan Poland jajahan Soviet, sejajar dengan perjanjian Molotov-Ribbentrop, pada jam 2120.
Dengan bantuan bulan mengambang yang terang, lelaki bernama Alfred Liskof, cepat-cepat berlari ke kem Tentera Merah berhampiran sungai tersebut.
Liskof kibar bendera putih, kemudian dia mengangkat tangan tanda menyerah kepada tentera Soviet. Liskof memberitahu kepada pihak tentera Soviet, bahawa pada jam 0400 pagi esok, tentera Nazi Jerman nak serang Soviet Union.
Liskof kemudiannya berkata dia adalah ahli Parti Komunis Jerman yang diharamkan Adolf. Melihat betapa seriusnya wajah Liskof, tentera Soviet membawanya ke ibu pejabat tentera Soviet untuk siasatan.
Pada jam 2345, telefon pejabat di Kremlin berbunyi. Alexander Poskrebyshev, ketua setiausaha dan setiausaha peribadi Jozef Stalin, mengangkat telefon. Seorang pegawai tentera dari Lviv, Soviet Ukraine memberitahu yang tentera Jerman mahu menyerang Soviet Union.
Poskrebyshev memberitahu Jozef Stalin, tetapi Stalin menganggap Adolf tidak segila itu untuk melanggar perjanjian Molotov-Ribbentrop. Pada Stalin, kata-kata Adolf cuma retorik politik untuk puaskan hati orang bawah sahaja.
--
Jam 0525, tentera Wehrmacht sudah berada di tebing Sungai Bug dan melintas ke Poland jajahan Soviet. Maka bermulalah apa yang dinamakan sebagai Operation Barbarossa, dengan kapal terbang Luftwaffe mula mengebom jalan-jalan untuk menghalang tentera Soviet daripada dapat menggunakannya.
Hanya menjelang tengah hari, barulah Jozef Stalin yang serangan ini adalah perkara yang benar. Pada ketika ini, semua tentera Merah Soviet dalam keadaan tidak ada persiapan secukupnya bertempur dengan Wehrmacht yang telah menakluk dari Perancis ke Poland di seluruh benua Eropah.
Seluruh Soviet Union terkejut dengan tindakan gila Adolf ini, dan dengan ini persiapan perlu dilakukan.
--
Jam 1415, ketika Wan Hashim sedang membantu isterinya mencuci pinggan, dan Vyacheslav sedang membuat kerja sekolah, ada dua orang pegawai tentera Soviet mengetuk pintu rumahnya.
Vyacheslav membuka pintu rumah, dan nampak dua orang askar itu. Dia terus panggil mana-mana lelaki yang sihat tubuh badan untuk keluar dari rumah. Wan Hashim nampak anaknya telah dipegang oleh tentera.
Wan Hashim jadi pelik, tetapi demi keselamatan Vyacheslav, dia pun ikut sekali.
Semua lelaki kemudiannya berbaris di depan pangsapuri. Katerina dari tingkap memerhatikan suami dan anak lelakinya. Mereka diberikan uniform tentera, topi dan senapang.
Katerina buka radio dan mendengar berita yang melaporkan Setiausaha Agung Parti Komunis Soviet Union, Jozef Stalin baru sahaja mengisytiharkan perang ke atas tentera Jerman.
Katerina terus menangis bercucuran air mata, bimbang tentang keselamatan suaminya dan anak lelakinya.
--
Wan Hashim dan Vyacheslav duduk bersebelahan. Vyacheslav jadi bingung, dan tak tahu nak ke mana dengan menaiki lori tentera ini. Vyacheslav memberitahu Wan Hashim yang kerja sekolahnya masih belum siap.
Wan Hashim berkata tak mengapa, perkara ini lebih mustahak. Wan Hashim memeluk bahu anaknya.
"Kalau betullah wujudnya Tuhan, Kau selamatkan Vyacheslav dalam malapetaka ini...." kata Wan Hashim sambil mengucup kepala anak tiri kesayangannya itu.
Konvoi lori tentera tersebut berhenti di sebuah kem tentera di Karachev, kira-kira enam jam dari Moscow. Di sini, semua lelaki dikehendaki beratur dan memotong rambut botak sebelum menerima latihan tentera pada esok pagi.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Ficção HistóricaMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.