Yahya
Tengku Jaafar dah bagi aku kunci rumah di Jalan Langgak Golf. Aku baru nak masuk Form Two, aku dah ada sebijik rumah berdepan dengan kelab golf, dengan menghadap Laut Wijaya.
Yang penting, kumpulan aku dah ada base. Apa-apa hal, rumah aku jadi safehouse. Kawasan rumah aku ni, ramai pemilik syarikat British, pegawai British, atau tauke-tauke dari Temasik atau Hong Kong. Mata-mata takkan cari pasal kat kawasan ini.
Bila kawan Syafie rompak bank, di rumah akulah mereka simpan duit ni. Aku pula akan tolong Datuk Izzat untuk cuci duit dari kegiatan haramnya. Dengan duit tu, aku beli kedai. Kemudian, aku sewakan. Duit yang aku dapat adalah duit yang halalan toyyiban dari sudut pandang kerajaan British.
Aku bayar cukai, aku beli loteri kerajaan, dan setiap kali Tengku Jaafar nak jumpa Residen British yang paling baru ni, iaitu Sir Douglas Shipway, dia akan bawa aku ke rumah Residen British di Jalan Cendana.
Dan disitulah, aku terserempak dengan gadis bernama Matilda. Aku ingat kepada Laila, setiap kali dia hantar surat, aku akan balas. Tetapi pandangan mata Matilda pada aku ni menusuk kalbu aku.
Ah, dugaan apa pulak aku ni! Sudahlah berjauhan dengan Laila, ada pulak gadis secantik Matilda ni. Aaaahh, aku tak boleh lemah dengan perempuan. Ini pantang aku. Sekarang aku kena tumpukan apa aku kena buat dengan si AR ni. Aku kena dapatkan kuasa dulu.
-Untuk dapatkan kuasa, kau perlu dapatkan kekayaan dulu. Kekayaan itu akan jadi bahan bakar untuk kuasa itu terus kekal bersama kau. Kalau tak ada kekayaan, kuasa itu akan perlahan-lahan mati.-
Pak Kassim tu berkuasa di Teluk Tenang sebab dia anak sulung Tok Dahalan, Tok Dahalan anak Tok Zainal, Tok Zainal anak Tok Patinggi, semuanya dari keturunan Tengku Ishak. Tengku Ishak yang buka negeri Melaut, sebagai wilayah pemberontakan menentang Gelanggayu yang dikuasai keluarga al-Daulah.
Tapi tu semua tanah sawah, tanah kebun. Patutlah struktur kuasanya pun agak feudal. Sebab itu orang-orang yang menyokongnya adalah orang kampung yang tak bertanah. Mereka tidak ada aset, jadi mereka menumpang tanah Pak Kassim untuk menanam padi, menternak ayam atau ikan, dan mereka akan bayar sewa kepada Pak Kassim.
Tetapi masyarakat agraria tidak sama seperti masyarakat yang berdagang atau berindustri. Kekayaan pertanian tidak dapat dijanakan sebanyak perindustrian atau perdagangan.
Kerana Revolusi Industri menjadikan Britain kuasa dunia, dan kerana perdagangan Britain menjadi kaya. Begitu juga dengan negara-negara Eropah yang lain dan Amerika Syarikat.
Semasa aku berpeluang untuk bertanya dengan Tengku Jaafar, kenapa tidak jadikan Gelanggayu seperti Britain atau Ryukyu, jawapannya ialah Sultan Amiruddin sendiri tidak yakin dengan pemikiran masyarakat Melayu.
Kata Tengku Jaafar, Sultan menggunakan kekayaannya untuk melabur di England, Jerman, atau Amerika Syarikat, dan keuntungan itu dibawa pulang ke Gelanggayu.
Orang Melayu, menurut Sultan Amiruddin, belum bersedia untuk menjadi masyarakat yang berindustri, kerana mentaliti feudal yang masih kuat.
Aku dah tentu bersetuju tentang ini, sebab aku pun datang dari Teluk Tenang. Tapi aku cakap pada Tengku Jaafar 'di Acheh pun begitu, cuma sekarang mereka ini jadi hamba kepada orang Belanda'.
Aku percaya lepas ini, Sultan Jaafar dah tentu mahukan Gelanggayu untuk menjadi negara yang berindustri. Tetapi ini memakan masa yang lama, kerana pemikiran masyarakat Melayu haruslah diubah dulu.
--
2 Januari, 1939
God save our gracious King!
Long live our noble King!
God save the King!
Send him victorious,
Happy and glorious,
Long to reign over us:
God save the King!
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Fiksi SejarahMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.