Episod 143 - 25 Disember, 1980

35 6 0
                                    

"Hari Krismas ni jugak kau ni nak jumpa aku. Kan hari ni cuti?" kata Faridah kepada Vyacheslav yang tiba di rumahnya di Puncak Jaya.

"Aku baru dapat alamat hari ni. Lagipun, kau bukannya Kristian pun nak sambut Krismas," kata Vyacheslav.

"Gelanggayu ni Vya, masyarakat majmuk. Semua perayaan kaum ada cuti.  Ha, duduklah dulu," kata Faridah.

Vyacheslav nampak Aziz sedang menggemburkan tanah untuk menanam pokok buah manggis yang dia semai sebulan yang lepas, dah mula keluar daunnya.

Faridah sediakan air kepada Vyacheslav, dan Vyacheslav minum air kopi yang dihidangkan.

"Yang tu ke, Azlan?"
"Tak. Kan lain design muka dia tu masa kau jumpa dia kat US dulu? Ni anak aku yang sulung, Aziz."
"Aku ingat ingat lupa. Azlan mana?"
"Dia kat England sekarang. Dia belajar kat sana."
"Oh, begitu."
"Ada apa hajat kau datang sini?"

Wajah Vyacheslav berkerut, dan matanya mula berair.

"Betul ke Mamat dah meninggal dunia?"
"Dah empat tahun lepas, Vya."
"Izinkan aku melawat kuburnya? Dia adalah seorang sahabat yang benar-benar membuatkan aku bahagia. Boleh aku tahu, siapa yang bunuh dia?"
"Sayap Kuning," jawab Faridah.
"Tak mungkin. Sayap Kuning yang aku kenal...mereka ada work ethic. Mereka takkan buat begini pada orang yang macam Mamat."

Faridah senyum dengan sedikit sarkastik kepada Vyacheslav.

"Sebagai agen perisik KGB, aku rasa kau tak cukup tahu apa yang berlaku kat negara ni dengan penuh pengetahuan yang mendalam. Sayap Kuning yang sekarang dan work ethics adalah dua perkara yang jauh panggang dari api. They don't have work ethics. All they have is ruthless attitude to those who against them."
"Ayah tiri aku, Wan Hashim, adalah orang Sayap Kuning. Dia banyak mengajar aku tentang work ethics."
"Tahun bila ayah tiri kau tu lahir? Kalau kau nak cakap sebelum era Wan Majid tu mungkin lah. Tapi sejak tu, mereka dah merosot dah, terutamanya masa era Wan Husin dan Wan Hamid tu. Zaman sekarang ni zaman Wan Radzi. Lagi teruk. Lagipun, kau tak tahu ke yang keluarga Tengku Ishak memang berperang dengan keluarga Wan Demang?"
"Maaf, mungkin aku dibesarkan oleh keluarga Wan Demang, jadi aku baca naratif yang berlainan dengan keturunan dia..."
"Mari, aku bawa kau pergi ke kubur arwah suami aku," kata Faridah sambil capai kunci kereta.

Faridah membawa Vyacheslav ke kubur Mamat, dan hatinya rasa sayu melihat sahabatnya itu telah meninggal dunia. Faridah membaca doa dan Al-Fatihah kepada suaminya sebelum dia mengajak Vyacheslav pulang.

Ketika mereka meninggalkan kubur Mamat, azan Asar berkumandang. Sekali lagi, Vyacheslav menangis. Faridah diam dahulu dan tunggu Azan tamat, dan membaca doa selepas azan, kemudian dia masuk ke dalam kereta.

"Lah, kenapa dengan kau ni? Menangis bila dengar azan?" tanya Faridah.
"Boleh aku tahu apa maksudnya?"

"Allahuakbar tu maksudnya, Allah Maha Besar. Asyhaduallah illaha illallah tu, aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah. Asyhadu annamuhammadu rasullullah tu maksudnya, aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Haiya'alal solah, marilah bersolat. Haia'alal falah, marilah menuju kejayaan."
"Ringkas, tapi padat maksudnya."
"Kalau subuh ada tambahan ayat lagi, assolatukhoirum minan naum. Maksudnya bersolat itu lebih baik daripada tidur. Kenapa, kau berminat nak masuk Islam ke?" tanya Faridah.

Vyacheslav diam, dan termenung.

"Sebab sifat Mamat, yang aku dah berkawan dengan dia sejak dia budak kecik lagi, membuatkan aku tertarik dengan Islam. Tapi, kau tahulah, kerajaan negara aku ni komunis, mengharamkan agama. Sampailah aku defect dari KGB," kata Vyacheslav.

"Kalau kau berminat, aku ada terjemahan al-Quran bahasa Inggeris."
"Boleh aku pinjam?"
"Ambik je terus. Kilang pencetak tu pun syarikat kawan Mamat. Bila-bila je aku boleh beli. Cuma, syarat aku, jangan letak buku tu sepah-sepah. Karang aku juga yang menanggung dosanya."
"Terima kasih."
"Boleh aku tahu, kenapa tiap kali kau dengar azan, kau mesti menangis? Sebab masa kat Uzbekistan dulu pun, aku perhatikan kau macam tu jugak."

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now