Kesemua mereka yang terlibat dalam kejadian rampasan Masjidil Haram telah dihukum pancung selepas mereka semua ditangkap oleh tentera Arab Saudi.
Juhayman al-Otaybi, dan hampir 600 pengikut gerakan Ikhwannya telah ditangkap dan dihukum pancung oleh kerajaan Arab Saudi atas kesalahan melawan kerajaan.
Tetapi kematian Juhayman telah mencetuskan kemarahan ramai golongan fundementalis di Arab Saudi, yang melihat kerajaan Arab Saudi menjadi boneka kepada Amerika Syarikat, dan peristiwa ini dilakukan oleh CIA untuk melemahkan perjuangan mereka yang mahu Amerika keluar dari bumi Arab Saudi.
Salah satu daripadanya ialah Osama bin Laden. Tetapi Osama bin Laden berfikir secara strategik, dengan pergi ke Afghanistan untuk mendapatkan sokongan dari golongan Mujahideen di sana, sebelum dia kembali ke Arab Saudi dengan pengaruh yang lebih besar.
Tetapi perkara sebegini tidak diketahui oleh Yahya. Pada Yahya, asalkan kerajaan Arab Saudi terus membeli senjata dari syarikat-syarikat Amerika Syarikat seperti Boeing, Northrop Grumman, Raytheon dan Lockheed Martin, Yahya akan memperoleh keuntungan lumayan dari semua saham-sahamnya dalam syarikat itu.
Setiap kali bila Azlan bertanya soal moral menjadi penjual senjata ni, Yahya akan menjawab, "aku ni penjual senjata, bukan ustaz yang menjual agama". Bagi Yahya, agama ini tidak penting, cuma boleh digunakan untuk tujuan politik kerana padanya, manusia akan percaya agama bulat-bulat tanpa menyelidik fakta sains yang lebih terperinci kajiannya.
Sementara itu, akibat Soviet Union menyerang Afghanistan, Presiden Jimmy Carter telah membatalkan penghantaran gandum ke Soviet Union sebagai deal kepada perjanjian pengurangan senjata nuklear Strategic Arms Limitation Talk (SALT) yang ditandatangani oleh Presiden Richard Nixon dan Setiausaha Agung Parti Komunis Soviet Union, Leonid Brezhnev pada tahun 1969.
Soviet Union, yang menguruskan ekonomi secara komunis, selama Leonid Brezhnev menjadi pemimpinnya, telah mengurangkan pengeluaran gandum dan memberi fokus kepada penghasilan senjata selepas Amerika Syarikat menghantar gandum mereka ke Soviet Union dalam perjanjian Nixon-Brezhnev itu, dalam era yang dikenali sebagai 'Detente Era', di mana Amerika Syarikat dan Soviet mengendurkan kepanasan dalam Perang Dingin sejak 1969.
Turut ikut sama ialah negara-negara sekutu Amerika Syarikat di Eropah, Kanada dan Australia.
Pembatalan itu telah menyebabkan harga gandum dan roti di Soviet Union melonjak tiga kali ganda kerana berlakunya kekurangan bekalan.
Ini menyebabkan Mikhail Gorbachev, yang kini sudah menjadi Setiausaha Jawatankuasa Pusat dalam Pertanian (setaraf dengan Menteri Pertanian) Soviet Union menjadi tertekan dengan situasi ini. Gorbachev menyuruh Virgansky, yang kini menjadi anak menantunya selepas berkahwin dengan anak perempuannya, Irina, ke Wijayapura untuk berjumpa dengan Faridah.
Bagi Gorbachev, hanya Faridah sahaja dapat menyelamatkan Soviet Union daripada kebuluran.
Di Wijayapura, Virgansky berbincang dengan Faridah untuk meminta bantuan untuk bekalan gandum. Faridah terus angkat telefon dan hubungi Premier Kwantong, Zhao Ziyang bahawa dia mahu bekalan gandum yang dipesan agar dipertingkatkan pengeluarannya.
Cara pembayarannya ialah Faridah meminta Soviet Union membayar dengan emas, dan emas itu dihantar ke sebuah syarikat proksi arwah Mamat yang berada di Istanbul. Syarikat ini juga selain Faridah, dikawal oleh jirannya, Ayuni yang kini sedang berada di hospital untuk melahirkan anak keduanya.
Gorbachev dalam keadaan terdesak, dan menyuruh Virgansky untuk bersetuju dengan syarat yang diberikan oleh Faridah.
Syarat Faridah pun tak berat sangat, tetapi nak mengelakkan sekatan dari Amerika Syarikat ni memerlukan kepakaran serta orang dalam dan proksi untuk membekalkan Soviet Union dengan gandum untuk mereka mempunyai makanan.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Historical FictionMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.