Episod 59 - 21 April, 1957

40 8 1
                                    

Sempena Hari Merdeka yang ke-8, Datuk Adam selaku Menteri Belia dan Sukan mengadakan Pestabola Merdeka.

Ada tiga pasukan jemputan iaitu Hong Kong, Suvarnabhumi dan Temasik serta Gelanggayu sebagai tuan rumah.

Kerja Abdullah dan Mat Nor ialah menjadi budak kutip bola di stadium sepanjang kejohanan. Orang panggil 'budak milo', sebab Milo, syarikat minuman coklat dari Australia jadi penaja acara ini.

Satu hari dapat upah sepuluh ringgit. Abdullah dan Mat Nor ni kawan rapat, tapi Mat Nor yang banyak dapat kabel kerja-kerja yang macam ni.

Satu hari sepuluh ringgit ni boleh dianggap lumayan untuk budak-budak macam Abdullah dan Mat Nor ni. Bukanlah mak ayah tak ada duit, tapi saja nak cari duit lebih disamping minat yang mendalam terhadap bola sepak.

Abdullah bersekolah di Henderson College, sementara Mat Nor pula dapat sekolah kat Kota Putra, tapi sekolah tu terceruk kat kawasan pedalaman sikit.

Dua-dua pun wakil daerah, cuma dalam bola sepak ni, Abdullah main dalam Liga Sekolah-Sekolah Daerah Wijayapura yang lebih kompetitif berbanding di Geri, yang dimain oleh Mat Nor.

Selain Milo, penaja yang lain ialah Calico Oil, yang akan menaja pengangkutan untuk pemain-pemain bola sepak ini. Mereka tinggal di Hotel Federal di Bukit Bulan, yang dimiliki juga sahamnya oleh Faridah.

Walaupun berkawan baik, Mat Nor dan Abdullah sebenarnya bersaing untuk merebut Faridah. Dua-dua pun ada hati pada Faridah.

Tapi Faridah ni dah la lebih tua setahun daripada mereka, lebih kaya pulak. Faridah ni sendiri lebih kaya daripada mak bapak mereka sendiri, jadi kedua-duanya pun sanggup jadi macai Faridah.

Kerja sekolah semuanya Faridah serahkan pada Dolah. Bab-bab suruh hantar barang, Faridah suruh Mat Nor walaupun Mat Nor ni suka kerja bertangguh.

Ramai juga senior kat Henderson College tu nak mengorat Faridah, tapi Faridah mana nak layan pun.

Si Hashim ni jenis tak bergaul dengan orang, tapi kat sekolah, dia memasuki kelab teater. Dia suka tengok filem P. Ramlee, Nordin Ahmad dan geng-geng Jalan Ampas. Hashim ada cita-cita nak bekerja di Jalan Ampas, Temasik. Katanya kalau tak dapat berlakon, kerja angkat lampu pun dia suka.

Hashim merupakan peminat filem dan suka bermain kamera milik ayahnya, Datuk Malik. Datuk Malik ni pemilik syarikat Pancha Delima - iaitu rangkaian pawagam (panggung wayang gambar) di Wijayapura.

Macam-macam filem mereka siarkan. Filem Hollywood, Bollywood, filem dari Majapahit, dari Ryukyu, dari Hong Kong. Tapi di Wijayapura tidak ada industri pembuatan filem, sebab dalam rantau ini, Temasik yang paling dominan. Syarikat seperti Shaw Brothers berada di Temasik, menyebabkan orang panggil Temasik sebagai 'Hollywood Pentas Sunda' sebab semua pelakon-pelakon hebat dari rantau ini pergi ke Temasik mencari makan.

--

29 Jun, 1957

Lim Kuan Yau menang pilihanraya di Tanjung Pagar, dalam pilihanraya kecil di kawasan itu. Lim Kuan Yau kini sudah bergelar Legco (Legislative Council) member. Bermakna dia sudah mempunyai kuasa untuk berbahas.

Situasi ini dipantau oleh Jacob, dan ketika Yahya dan Henry Kissinger berada di Sai Gon, Jacob sekali lagi membawa Lim Kuan Yau untuk berbincang untuk menjadikan Temasik sebagai pusat kewangan dunia di Pentas Sunda.

Disebabkan Yahya dah perkena wiski berapa cawan, dia pun terus setuju untuk letak duit pelaburan di Temasik. Yahya juga bersetuju untuk melabur dalam Parti Tindakan Rakyat, iaitu parti Lim Kuan Yau, serta mengimport orang-orang Kwantong dan Hoa dari kampung-kampung baru di Gelanggayu ke Temasik.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now