Episod 74 - 26 Oktober, 1962

36 8 0
                                    

Faridah

"Aunty dengan Minah nak balik Melaut, dah tak ada apa dah kat Amerika tu, Idah. Aunty ni sebenarnya dari dulu memendam rasa je. Boleh tanya Mamat," kata Aunty Laila cerita tentang Uncle Yahya pasang skandal perempuan Suvarnabhumi.

"Sabar je lah, Aunty. Idah harap, Aunty carilah kebahagiaan Aunty sendiri. Jangan harapkan orang lain. Habis tu, Aminah punya sekolah macam mana?"
"Itulah tu, Aunty fikir Aunty hantar dia kat sekolah lama Aunty tu."
"Aunty, dari dulu lagi Idah nak tanya. Kenapa orang Melaut tak anggap dorang ni rakyat Gelanggayu? Apa pandangan Aunty tentang ni?"
"Betul, Melaut ni negara sendiri. Tapi keluarga al-Daulah kuasai politik antarabangsa. Ada kawan dengan Spain, dengan British, dengan Amerika. Tapi bila dah berjiran dengan mereka, anak-anak mereka baik dengan Aunty. Alah, politik ni, Aunty tak nak cakap lebih lah."
"Aunty, betul ke, Mamat ni, putera raja Melaut?"
"Tengku Mahkota. Bakal warisi takhta dari ayahnya, Kassim. Cuma jadi keluarga Tengku Ishak ni, tak ada gelaran macam Tengku tu semua, sebab lepas perang saudara tu, keluarga ni tak nak orang-orang keluarga al-Daulah tahu."

Mamat mengigau dan meracau sambil tidur. Panggil ibu, panggil ayah dia. Nampak sangat dia ni rindu dengan keluarga dia.

"Mat...kau okay ke tu?"

Aku tuam tuala yang direndam air panas di dahi dan leher Mamat. Teruk ya bila Mamat ni sakit. Aunty Laila cakap benda ni akan jadi pada Mamat kalau dia overthinking.

Masa dia kena sawan tu, aku nampak tangan dia terlepas pegang suratkhabar tentang krisis peluru berpandu di Cuba.

Haih, aku risaulah dalam keadaan Perang Dingin macam ni. Dah masing-masing halakan peluru berpandu nuklear sekarang.

Macam aku tengok berita kat BBC, peluru berpandu Soviet tu dari sana nak ke England cuma dalam masa empat minit je. Dalam masa empat minit, kita semua pun rentung kena bom nuklear.

--

Aunty Laila, Aminah dan Encik Aki nak naik kapal keesokannya, dari Liverpool, mereka nak singgah Jeddah untuk menunaikan umrah bersama-sama. Kemudiannya mereka balik ke Melaut, dan menunggu sampai Aunty Laila habis iddah dia, kemudian mereka merancang nak kahwin.

Aku teringin la nak pergi Melaut tu, tapi aku difahamkan international airport cuma Temasik atau Krung Thep untuk ke sana, lepas tu kena naik bas atau kereta dengan perjalanan 10 jam macam tu. Aku rasa aku nak turun Temasik, lepas tu aku talipon ayah aku. Aku pun dah lama tak jumpa Tok Adnan, ayah Aunty Laila.

Lepas aku hantar mereka ke pelabuhan Liverpool untuk naik kapal, aku balik ke rumah, dan aku masak sup kegemaran Mamat, yang Aunty Laila ajar pada aku.

"Mamat, bangun...mari makan..."

Mamat bangun, dan nampak aku cuba hulurkan sudu di bibirnya.

"Idah, biar saya suap sendiri. Saya masih boleh suap," kata Mamat.

Eiiii, baru je aku nak sweet dengan kau.

"Baik-baik, panas mangkuk sup tu," kata aku sambil hulurkan mangkuk tu ke tangannya.

Dia pandang mata aku, kemudiannya dia senyum.

"Terima kasih sebab awak jaga saya. Aunty Laila, Minah dengan Abang Aki dah balik?"
"Dah, tadi mereka dah gerak. Kapal dorang hari ni. Dorang nak pergi umrah sama-sama, lepas tu dorang nak balik Melaut dah. Eh, kau tau tak kisah Aunty Laila cerai dengan Uncle Yahya?"
"Tau. Masa saya tidur tu saya dengar je perbualan awak semua. Tapi saya dah tahu tentang kecurangan Yahya sejak saya di Amerika lagi."
"Macam mana kau tau? Apasal kau tak beritahu awal-awal?"
"Macam main catur, semua langkah kena ada masa yang tepat."
"Mat, Aunty Laila cakap kau selalu kalau overthinking je, kau akan kena sawan. Kau overthinking apa ni sebenarnya?"
"Peluru berpandu di Cuba tu sebenarnya rekaan saya. Jadi, saya rasa tertekan bila Soviet ugut nak lancarkan peluru berpandu tu. Bayangkan, berapa ramai rakyat Amerika yang tak bersalah, termasuklah kawan-kawan kita yang akan mati. Kita yang duduk di UK ni pun, sebab kita rakan sekutu Amerika Syarikat, akan kena juga."
"Kenapa kau perlu reka peluru berpandu tu?"
"Sebab belakang Yahya ada Amerika Syarikat. Jadi untuk lawan Yahya, kena gunakan Soviet Union untuk sekat gerakan dia."
"Mat...jangan overthinking lagi, ya?"
"Macam mana saya tak overthinking, kalau apa yang saya cipta bakal memusnahkan dunia?"
"Kita doa je lah yang Kennedy dengan Khrushchev gunakan akal yang bijak untuk selesaikan masalah ini."

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now