Kampong Saom
Sempadan Gelanggayu-Khmer
Sempadan Wilayah Utara (Lamas)-Kampong SaomSempadan Gelanggayu-Khmer penuh sesak dengan pelarian dari Khmer untuk masuk ke Gelanggayu. Di situ, trak polis dan jabatan imigresen yang diarahkan oleh Azmi Ibrahim, Menteri Dalam Negeri sedang menunggu.
Mereka yang pelarian ini akan dibenarkan masuk ke dalam negara, kemudiannya akan diberi rawatan, vaksin serta memastikan sihat tubuh badan, kemudian mereka akan menaiki trak polis dan imigresen ini.
Yang mana ada keluarga, mereka akan hantar ke kawasan-kawasan perindustrian baru. Yang suami kerja buruh binaan, yang isteri kerja di kilang.
Yang lelaki bujang, mereka akan dihantar ke projek lebuhraya Wijayapura-Temasik. Yang wanita bujang - kalau tak cantik, kerja kilang. Kalau cantik, Azmi akan ambil dan jadikan mereka pelacur.
Azmi sebenarnya merancang, dalam masa beberapa tahun lagi, dia bercadang mahu mencantas Iskandar. Dia ni kawan baik Yahya sejak zaman sekolah di Henderson College, sebelum perang lagi. Tapi dalam masa sama dia juga rapat dengan Wan Hamid terutamanya masa zaman Kempeitai dulu.
Senang cerita, Azmi tahu apa yang perlu dibuat untuk jatuhkan Iskandar. Dia kena main dua kolam. Dia sedar, yang Yahya cari pasal dengan keluarga Wan Demang. Mana taknya, Azmi tahu kisah Yahya dan Aina masa zaman sebelum perang lagi.
Pada fikiran Azmi, kalau dia boleh seimbangkan pengaruh Yahya dan pengaruh Wan Hamid dan Tengku Norman, dia boleh jadi seorang Perdana Menteri yang kuat. Tapi untuk jadi Perdana Menteri ni perlu ada duit.
Iskandar takpelah, abang dia Gabenor Bank Negara, kemudian kakak ipar pula anak tauke bank terbesar di Gelanggayu dan Temasik, Bank Oriental.
Situasi di Khmer semakin huru-hara apabila Perdana Menteri, Jeneral Lon Nol isytihar Khmer sebagai sebuah republik.
Pro-republikan disokong oleh Amerika Syarikat dan Dai Viet Selatan, sementara pro-monarki pula dibantu oleh Khmer Rouge pimpinan Pol Pot, Dai Viet Utara, Laos dan dua pemberontak di Gelanggayu, iaitu Lamas Liberation Front (LLF) dan Gerakan Melaut Merdeka (GMM).
Cuma LLF dan GMM lebih kepada operasi penghantaran barangan dari pelabuhan Kuala Melaut dan melalui Sompoton di Lamas, sebelum tembus ke Khmer melalui jalan-jalan tikus di sempadan kedua-dua belah negara.
--
23-30 Oktober, 1970
Taufan Kate melanda Dai Viet Selatan dan kemudiannya berlaku banjir di merata tempat di negara itu. Ini menyebabkan tentera Amerika Syarikat tidak dapat melakukan serangan udara, dan membantutkan operasi.
Dalam pada itu, Presiden Nixon mengumumkan akan mengundurkan 40,000 orang tentera Amerika Syarikat menjelang Krismas ini, untuk menggembirakan rakyat.
Ini adalah sejajar dengan rancangan Daivietization untuk mengundurkan tentera Amerika Syarikat dari Dai Viet dan membantu tentera Dai Viet Selatan untuk bertarung melawan komunis di utara.
--
4 November, 1970
Majlis penyerahan kunci lapangan terbang tentera Soc Trang oleh tentera Amerika Syarikat kepada Dai Viet Selatan berlangsung hari ini.
Lebih ramai tentera Amerika Syarikat yang mula pulang ke negara mereka, singgah di Pulau Kelapa untuk menghabiskan dolar mereka di Gelanggayu.
Di Pulau Kelapa, lebih banyak pusat urut dan maksiat yang dibuka, diberikan kebenaran oleh Azmi sebagai Menteri Dalam Negeri dengan kerjasama bersama Menteri Pelancongan yang kini disandang oleh Datuk Syafie.
Jadi ada banyak hotel-hotel kini yang diuruskan oleh kroni Datuk Syafie, iaitu Datuk Salleh. Datuk Salleh yang kini bersara dari politik juga mendapat kontrak membina jalan kampung kerana anaknya, Imad menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar.
![](https://img.wattpad.com/cover/366060064-288-k790761.jpg)
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Fiksi SejarahMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.