Episod 57 - 7 Jun, 1956

48 7 1
                                    

Ketua Menteri Temasik, David Marshall meletakkan jawatan selepas gagal dalam rundingan bersama British untuk kemerdekaan Temasik.

Keadaan ini menyebabkan para pelabur merasa lega kerana David Marshall adalah seorang Ketua Menteri dari Parti Buruh, tetapi dalam masa sama satu rancangan perlu dibuat agar Temasik menjadi sebuah pusat kewangan yang stabil.

Maka Jacob Chong yang berkawan dengan pemimpin Parti Tindakan Rakyat Temasik, Lim Kuan Yau, yang pada tahun lalu baru sahaja mengasaskan parti ini dan menang 3 kerusi Legislative Council, mahu membawa Lim Kuan Yau ke Washington DC untuk berjumpa dengan Yahya di sana.

Jacob tahu yang Yahya boleh buat sesuatu ke atas Temasik. Maka dia bawa Lim Kuan Yau ke Amerika untuk berjumpa dengan Yahya di Kedutaan Gelanggayu.

--

"Jacob, Temasik is a landlocked, there is only a small port besides the Tebrau and Melaut River. How can you make this place prosper without some sort of involvement of British? While British keeps Temasik after Gelanggayu's independence is mind boggling for people like me, my only question is how you're going to do this right?" tanya Yahya sambil bakar curut dan tuang wiski ke cawan Jacob dan Lim.

"Switzerland is a landlocked country," kata Lim.
"Yes but it is in Europe, Lim. Unless if we can make South East Asia as rich as Europe, then we can talk. It is hard to create a country with great economy at the landlocked geography. It doesn't make any sense."

Tiba-tiba Yahya terfikir sesuatu.

"Unless you join Gelanggayu first, and then we could create some move later. But I won't start any move unless you sort out the issues that I told you just now."

--

19 Julai, 1956

Pertandingan catur antara Mamat menentang wakil dari Illinois, Robert Fischer berlangsung di Long Island, New York. Pemenang perlawanan ini akan bertemu dengan juara Amerika Syarikat, Donald Bryne. Pemenang akan menjadi juara Amerika Syarikat.

Tetapi Mamat tidak lagi berminat untuk membina karier dalam permainan catur ini, tambahan pula dia merasakan yang dia diperalatkan oleh Yahya dan Sultan Jaafar dalam permainan ini.

Dia nampak Sultan Jaafar sanggup datang dari jauh, dan dia tahu yang Sultan Jaafar bertaruh dengan kawan Yahya, Henry Kissinger sebanyak $10,000 dalam perlawanan catur ini.

Mamat pun menepuk bahu Robert Fischer sebelum masuk ke gelanggang, sedang membaca buku taktikal catur.

"Can we talk for a while?"
"Sure, what is it?" kata Robert Fischer.
"I'm going to pretend I'm losing to you. I don't want to carry on this fight. But I cannot surrender easily. I'm going to tell you my move, and you're going to defeat me. In return, I will teach you how to defeat Donald Bryne."
"You're facing him before this?" tanya Robert.
"No, but I know his game."
"May I know why you want to lose?"

Mamat memaut bahu Robert, dan menunjuk ke arah Sultan Jaafar, Yahya, dan Henry Kissinger sedang berbual-bual.

"You see all three old geezers there?"
"Yup."
"They're bet about our match. So I want you to win, so I can piss the hell that old geezer."
"You have personal grudge of them?"
"You betcha. Deal?"

Robert menghulurkan salam tanda bersetuju.

Mamat pun memberitahu apa yang dia akan buat dalam pertandingan itu, dan mahu Robert menang.

Nama Mamat dan Robert Fischer diumumkan dan pertandingan bermula. Maka Mamat pun buat-buat kalah dalam pertandingan itu, sekaligus tersingkir dalam pertandingan kebangsaan Amerika Syarikat.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now