Episod 146 - 12 Julai, 1981

40 6 0
                                    

Perhimpunan Agung Parti Persekutuan (Khas) diadakan bagi melantik Presiden yang baru. Ketika ini, Tan Sri Jeneral Zairi Abu Bakar hanya memangku jawatan Presiden Parti, dan menjawat jawatan Perdana Menteri.

Tetapi di dewan persidangan, dah mula tersebar cerita tentang anak Tan Sri Jeneral Zairi yang terlibat dalam kes rogol di Air Putih pada tahun 1977, yang menjadi huru-hara sehingga darurat di sana.

Sudah pasti ini adalah gerakan yang dilakukan oleh Datuk Seri Azmi untuk menggulingkan Tan Sri Jeneral Zairi Abu Bakar.

Dengan duit yang diberikan oleh Faridah serta sokongan dari Tengku Ariffin, Datuk Seri Azmi mula menyogok delegasi yang hadir.

Politik wang mula bersebaran di dalam Parti Persekutuan, sejajar dengan kekayaan yang baru diterima dari pencapaian ekonomi Gelanggayu di bawah kepimpinan Parti Persekutuan sejak 12 tahun yang lalu.

Di saat akhir sebelum pengundian bermula, Datuk Seri Azmi tiba-tiba umum mahu mencabar Tan Sri Jeneral Zairi Abu Bakar dalam pemilihan dalam merebut jawatan kerusi Presiden.

Tan Sri Jeneral Zairi kemudiannya mula mendengar desas-desus tentang cerita kes anaknya mula tersebar. Di dalam perhimpunan agung itu, Tan Sri Jeneral Zairi tiba-tiba sakit jantung, dan rebah, seterusnya meninggal dunia di dalam dewan.

Datuk Seri Azmi diisytiharkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan tersebut dalam keadaan Parti Persekutuan baru sahaja menukar Presiden Parti yang baru, 3 bulan yang lepas.

Kejadian itu menyebabkan Jeneral Yahya terkejut dengan political move dari Datuk Seri Azmi. Jeneral Yahya tahu yang Azmi ni main dua kolam, dan tidak mempercayainya sepertimana Tan Sri Jeneral Zairi.

Jeneral Yahya mengesyaki ada percaturan dari Sayap Kuning untuk menggulingkan Perdana Menteri pilihannya. Kali ini, Yahya memang terkejut sehingga dia merasa dadanya sakit, dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

--

Dengan menguasai Parti Persekutuan, semua ahli parlimen pun mula berjumpa dengan Datuk Seri Azmi dan menyokongnya sebagai Perdana Menteri. Speaker Dewan, Tan Sri Zainur Zainal Abidin mengumumkan sidang parlimen khas pada hari Rabu untuk memilih Perdana Menteri yang baru berikutan kematian Tan Sri Jeneral Zairi Abu Bakar.

Tan Sri Jeneral Zairi Abu Bakar cuma menjadi Perdana Menteri dalam masa 3 bulan 13 hari, dan tidak dapat membentangkan polisi-polisi Yahya yang ingin dilaksanakannya. Sebaliknya kini kuasa politik dikuasai oleh Datuk Seri Azmi.

Walaupun Datuk Seri Azmi ni masa sekolah dulu, cuci kasut sekolah Yahya ketika di dalam High Council, tetapi sifatnya yang talam dua muka serta lincah mengumpul pengaruh membuatkan Yahya terpaksa berhati-hati.

Di hospital ketika dia terlantar, dia berfikir, dalam hal begini, gencatan perang antara dia dan Tengku Norman perlu diadakan.

--

13 Julai, 1981

Sidang dalam Parlimen membincangkan tentang perlantikan Perdana Menteri yang baru. Datuk Seri Azmi, yang selama ini diketepikan oleh Tun Iskandar sejak persaingan politiknya sejak 1974 lagi.

Datuk Seri Azmi dipilih sebulat suara oleh semua ahli-ahli parlimen Parti Persekutuan, dan seterusnya mempunyai mandat untuk menjadi Perdana Menteri, termasuklah Tun Iskandar yang masih lagi ahli parlimen, walaupun beberapa tahun sebelum itu cuba menghalang Datuk Seri Azmi untuk menentangnya.

Di bahagian atas Dewan Rakyat, Azlan duduk bersebelahan dengan ibunya, Faridah.

"Bila kau dah besar nanti, kau akan duduk di kerusi ni. Mewakili Puncak Jaya. Kawasan Puncak Jaya tu rancangan aku, kemudian ayah kau yang bantu bina bandar tu sebagai bandar satelit Wijayapura."
"Tapi tu kan kerusi Uncle Daniel? Suaminya Aunty Kathy?"
"Sekarang, akan datang jadi kau punya lah."
"Tapi itu kerusi pembangkang?"
"Aku tengah susunkan semua ni untuk kau. Kau jangan nak buat benda pelik, bakar kereta orang, bakar rumah orang macam dulu lagi. Jenuh aku nak cover kau nanti."

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now