Episod 16 - 14 Jun, 1940

62 7 0
                                    

Apabila Wehrmacht mula berkawad di Champs Elysee, melalui Arc de Triomphe, yang mencatatkan sejarah kemenangan tentera Perancis dalam Perang Napoleon, kemudian beberapa hari kemudian, Adolf bergambar di hadapan Menara Eiffel, dunia sudah semakin sedar yang perang ini jauh lebih serius daripada sebelum ini.

Ternyata Adolf adalah 'kuda' yang terlalu liar untuk dijinakkan. Disebabkan itu, Sultan Amiruddin memanggil Wan Zahir, kerana 'menunggang' Adolf sepatutnya menjadi tugasnya.

Wan Zahir sudah mengetahui yang Adolf ni mentalnya tidak stabil akibat pengambilan dadah jenis methamphetamine, sejenis kimia yang digunakan untuk merawat trauma akibat beliau berhadapan dengan Perang Besar.

Sultan Amiruddin melihat semua ini sukar untuk dikawal. Para pelabur saham di New York juga semakin bimbang dengan perkembangan terkini.

Ramai pedagang-pedagang Perancis, terutamanya yang Yahudi, mula berpindah ke New York, kerana bimbang harta mereka dikaut Nazi. Dengan SS yang mula berkawad di lorong-lorong di Paris, ini amat membimbangkan dunia.

Empat hari sebelum itu, lebih 300,000 orang tentera Britain terperangkap di Dunkirk, di utara Perancis.

Terkini, Raja Norway, Raja Haakon VII memindahkan kerajaannya ke London. Selepas Belanda dan Belgium, Norway pula berpindah ke London.

Sultan Amiruddin fikir dia perlu bertemu dengan Franklin Rossevelt dan cuba untuk memujuk Kongres untuk menyertai perang. Keadaan begitu kronik, Amerika Syarikat tidak lagi boleh bertindak neutral.

Memandangkan keadaan di Lautan Atlantik cukup tidak selamat dengan kapal-kapal selam U-boat Jerman terus menyerang mana-mana kapal yang melalui kawasan itu, menyebabkan Sri Kuning terpaksa melalui laluan di Lautan Pasifik yang lebih luas.

Lagipun Franklin Rossevelt sedang bertanding untuk penggal yang ketiga, paling banyak dalam sejarah Amerika Syarikat.

Oleh itu, Wan Zahir ditugaskan oleh Sultan Amiruddin untuk ke Washington DC untuk memujuk Amerika Syarikat menubuhkan pasukan perisikan negara, kerana sejak Perang Saudara, agensi itu tidak lagi aktif.

--

Ketika Wan Zahir keluar dari kamar pejabat Sultan Amiruddin, Wan Zahir nampak Yahya sedang mengajar Tengku Aminul Rasyid tentang geometri.

"Siapa pulak budak ni?" tanya Wan Zahir kepada hulubalang istana.
"Dia ni cikgu matematik Tengku AR."
"AR ke nama panggilan dia sekarang? Oh, okay. Kau dah check background dia?" tanya Wan Zahir kepada hulubalang istana itu.
"Dia sekolah di Henderson College."
"Sebab pandai ke kaya?"
"Pandai. Ayah dia guru mengaji Quran kat kampung."
"Kampung dia kat mana?"
"Acheh."

Wan Zahir peka dengan perkembangan politik terkini kat sana. Sejak Kassim Dahalan dan adiknya Atan dah menggabungkan Melaut dan Acheh, orang dari kawasan macam tu dia ada rasa skeptik sikit.

"Perhatikan budak ni. Aku nak tahu dia ni siapa. Aku kena pergi Amerika dengan Sultan, apa-apa hal, kau report pada Husin atau Hamid," kata Wan Zahir.
"Baik, Datuk Temenggong."

--

Kassim memanggil semua kerabat dan keturunan kerajaan-kerajaan di sebelah Sumatera, untuk membentuk sebuah Perikatan Kesultanan-Kesultanan Melayu, di mana semua kerajaan dari Pagar Ruyung sampai ke Acheh untuk menubuhkan sebuah persekutuan.

"Kalau sebatang lidi, mudah dipatahkan. Kalau seberkas lidi, tak mungkin dapat dipatahkan."
"Tapi siapa yang nak jadi ketua? Takkan keluarga Tengku Ishak sahaja?" tanya seorang kerabat dari Langkat.
"Soal siapa ketua, kita gilir-gilir. Yang penting semua orang Melayu, bersatu tubuhkan negara," kata Atan.
"Melaut keluar dari Gelanggayu la kalau macam tu?" tanya kerabat dari Batubara pula.
"Kita kena bentuk kerajaan ini dulu."
"Apa jaminan yang kamu tak sama macam Belanda?" tanya kerabat Inderagiri pula.
"Kita sama-sama orang Melayu, kita sama-sama Islam. Sama-sama berpegang kepada kitabullah. Kita tubuhkan kerajaan Melayu, supaya kita tidak akan dijajah lagi," kata Kassim selaku ketua.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now