Episod 124 - 15 Jun, 1975

38 5 2
                                    

Mamat sekali lagi berjumpa dengan Virgansky, kali ini dia bawa Faridah dan Azlan bersama. Kata Virgansky, hari ini ayah kepada kekasihnya, Mikhail Gorbachev akan membuat ucapan sempena sidang Liga Belia Komunis yang berlangsung di Florence, Itali.

Selepas Mikhail Gorbachev memberi ucapannya kepada golongan belia dalam Parti Komunis di seluruh Eropah, Virgansky memperkenalkan ayah kekasihnya itu dengan Mamat dan Faridah, yang mahu membantu situasi kemarau di Stavropol Krai.

Faridah berkata dia akan mendermakan sebanyak $50 juta untuk membantu kerajaan wilayah Stavropol Krai yang dipimpin Gorbachev, dan sebagai balasannya, Gorbachev perlu membantu Mamat untuk menjatuhkan Gang of Four di Kwantong.

Melihat Soviet Union dan Kwantong yang sedang bersaing sejak ucapan Khrushchev yang mengkritik Stalin pada tahun 1956, Gorbachev bersetuju untuk membantu Mamat, melihatkan keadaan di wilayah yang dipimpin olehnya iaitu Stavropol Krai sedang mengalami masalah kemarau.

Gorbachev, yang memang memerlukan sumber untuk menyelesaikan masalah di wilayahnya, tak banyak fikir pun bersetujulah untuk membantu Mamat.

Gorbachev berkata kepada Virgansky yang dia akan pulang ke Stavropol Krai pada keesokan hari, dan dia mahu Mamat dan Faridah untuk ke sana dan melihat sendiri apa yang mereka boleh bantu.

--

Pada sebelah malam, ketika Mamat dan Faridah sedang tidur, Azlan terbangun untuk pergi ke tandas. Selepas selesai ke tandas, ketika dia mahu ke katilnya semula, dia ada ternampak lembaga yang memerhatikannya.

"Siapa pulak tu?" hati Azlan terdetik. Dia menjenguk ke tepi pintu bilik air.

"Virtu...fortuna...necessita...virtu...fortuna...necessita...virtu...fortuna...necessita..."

Azlan amati bunyi suara itu. Sekali dia nampak lembaga itu menyerupai Niccolo Machiavelli, berada di sebelah katilnya.

Lembaga itu merenung tepat ke arah mata Azlan. Diulangi lagi tiga perkataan itu ke arah Azlan.

"Virtu...fortuna...necessita!"

Azlan jadi takut dan terus menyorok ke dalam bilik air, dan tertidur di situ sampai pagi.

--

"Eh kau ni, Alan. Dah kenapa kau tidur kat bilik air ni?" tanya Faridah yang bangun pagi untuk solat Subuh.
"Ibu, tadi ada hantu..."
"Dah, dah. Siap lekas. Ayah kau baru je nak suruh aku kejut kau bangun tidur. Sekali aku tengok kau, tak ada kat katil. Sekali tidur kat bilik air ni. Lekas ambik wuduk, kita solat jemaah."
"B..b..baik ibu!"

Selepas solat Subuh, Virgansky menghantar pemandunya untuk menjemput mereka bertiga, dan mereka bersarapan di Cafe Firenze bersama-sama Virgansky, kekasihnya Irina bersama-sama dengan ayah Irina, Mikhail Gorbachev.

Mikhail Gorbachev tidak pandai berbahasa Inggeris, dan Virgansky menjadi penterjemahnya. Menurut Virgansky, Gorbachev selalu mengadu yang wilayahnya sering berdepan dengan kesukaran apabila berdepan dengan masalah.

Kata Virgansky, Stavropol Krai ni selalu ada masalah kemarau, dan Khrushchev membina terusan dari Sungai Kuban ke kawasan yang sering terjejas. Bagaimanapun sejak Brezhnev memegang tampuk kuasa di Kremlin, projek itu diabaikan dan sering memberi fokus kepada projek ketenteraan.

Kata Virgansky, bagi pihak Gorbachev, dia mengucapkan terima kasih kerana sudi membantu Stavropol Krai.

"Spasiba," kata Gorbachev dalam bahasa Rusia bermaksud terima kasih.

Tiba-tiba Faridah menyahut, "pozhaluyzhta". Maksudnya sama-sama dalam bahasa Rusia. Gorbachev tersenyum dan Virgansky tepuk dahi rupanya Faridah boleh berbahasa Rusia.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now