Episod 5 - 14 April, 1931

75 7 0
                                    

Kemenangan golongan republikan dalam pilihanraya Sepanyol kelmarin, seterusnya mengisytiharkan Sepanyol sebagai negara republik, mencetuskan panik dari kalangan monarki di seluruh dunia.

Sultan Amiruddin belek balik buku Hikayat Sayyid Muluk di kutub khanahnya. Salah satu petanda nak dekat bahawa ramalan Sayyid Muluk yang mengatakan keturunan ke-16 Tengku Ishak akan bakal tiba dan menggulingkan keluarga al-Daulah, ialah banyak kerajaan monarki akan runtuh akibat kelalaian raja menjaga rakyat.

Dari zaman Revolusi Perancis lagi, keluarga al-Daulah dah mula memantau fenomena kerajaan monarki dijatuhkan, dan digantikan dengan republik.

Maka setiap kali sebuah kerajaan monarki bertukar jadi republik, maka ini menggusarkan hati setiap Sultan dari keluarga al-Daulah ini.

Tetapi Sultan Amiruddin sedar, yang keluarga keturunan Tengku Ishak ni ramai warlord-warlord Melayu yang sokong. Umpamanya keturunan Yom Puteh, iaitu keturunan yang banyak berniaga dengan peniaga herba-herba Kwantong di Temasik.

Keluarga Yom Puteh dari dulu pun selalu berperang dengan keluarga Wan Demang. Dan pengaruh keluarga ini juga besar.

Tetapi Sultan Amiruddin sangat memerlukan keluarga keturunan Tengku Ishak tidak memberontak pada ketika ini, kerana musuh yang lebih besar seperti British dan komunis perlu diperangi.

Sudah pastilah satu perkara yang baginda cukup menyesal ialah apabila Wan Majid bersama-sama golongan Bolshevik menjatuhkan Czar Nicholas pada 1917. Walaupun tindakan itu berjaya menukar dimensi Perang Besar itu, tetapi baginda sedar, Revolusi Bolshevik itu cukup ditakuti oleh semua keluarga monarki.

Baginda menghantar telegram ke Wan Zahir di Berlin, dan cuba bantu keluarga Raja Alfonso XIII.

--

Hamburg
16 April, 1931

Wan Zahir menaiki kapal dari Hamburg, dan menuju ke Gibraltar, sebelum merentas selat Gibraltar dan menuju ke Morocco, untuk bertemu dengan Brigedier Jeneral Francisco Franco.

Wan Zahir menunjukkan surat dari Raja Alfonso XIII dan surat dengan cop mohor dari Sultan Amiruddin untuk berjumpa dengannya.

Wan Zahir berjanji akan dapatkan bekalan tentera dari Jerman sekiranya berjaya memenangkan Adolf dalam pilihanraya akan datang. Buat sementara waktu ini, Wan Zahir minta pihak tentera yang pro-raja agar tidak mengganggu keadaan. Apabila berjaya Adolf mendapatkan kuasa, semua senjata yang Brigedier Jeneral Franco mahukan, dia sendiri akan bekalkan kepadanya.

--

Tengku Jaafar dan adiknya, Tengku Johari sedang berada di London untuk menghadiri majlis perkahwinan kerabat England yang merupakan kenalan rapat. Tetapi kehadiran Tengku Jaafar di London ialah untuk mencari di mana Wan Yunus.

Di London, Tengku Jaafar cuba mencari di merata-rata tempat. Dia naik semua kereta api, dia berhenti di semua stesen. Dia cari satu per satu, tapi tidak jumpa.

Sehinggalah Tengku Jaafar rasa penat, dan dia berhenti rehat di sebuah kedai di tebing Sungai Thames. Sedang dia nak memesan makanan, dia pandang pekerja yang sedang mengelap meja di meja sebelahnya.

"Pakcik Yunus?" tanya Tengku Jaafar.

Lelaki itu menoleh ke tepi, kemudian memandang Tengku Jaafar, terkejut. Kemudian dia menitiskan air mata.

"Tengku Jaafar?"
"Ya, saya."

Tengku Jaafar terus memeluk Wan Yunus. Rupanya Wan Yunus kerja di kedai roti, dia jumpa cucu Tengku Pancalela, iaitu Tengku Mahalil dan kemudiannya dia bekerja di kedai milik Tengku Mahalil.

"Pakcik Yunus apa khabar sekarang?"
"Sihat je, alhamdulillah."
"Pakcik balik lah Wijayapura."
"Nantilah, pakcik dah tak larat nak teruskan hidup macam yang lain-lain dalam keluarga Wan Demang tu. Pakcik bukan spy material. Pakcik tak tahan kerja macam tu. Baik pakcik buang diri pakcik dari keluarga tu. Penat."
"Janganlah sampai macam tu..."
"Tengku takkan faham macam mana keluarga Wan Demang ni. Akan sentiasa ada pergaduhan sesama sendiri, akan ada persaingan. Pakcik nak tenang je lah, buat roti macam ni. Lagi aman hidup ni," kata Wan Yunus.
"Kalau itulah hasrat Pakcik Yunus, saya turutkan sahaja. Tapi bila-bila Pakcik Yunus perlukan pertolongan, pakcik baliklah ke Wijayapura. Saya akan tolong pakcik," kata Tengku Jaafar.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now