Episod 139 - 1 Januari, 1980

36 8 0
                                    

Azlan menaiki bas awam untuk ke studio jamming tempat Ali selalu main, studio jamming yang dahulunya diuruskan oleh ayahnya. Selepas kematian ayahnya, studio itu diuruskan oleh Samsul, seorang ahli GMM yang diberi kepercayaan untuk menguruskannya.

Ali yang pakai baju leather jacket, dengan spike dan baju lambang anarki, seluar jeans koyak-koyak, dan kasut but Doc Marten yang dibeli oleh Faridah ketika Faridah di London.

Ali dengan anggota bandnya, Wijayapura Chaos, sempena tribute kepada band punk Suvarnabhumi kegemarannya, Krung Thep Chaos, sedang merokok di tepi tangga.

Azlan pakai baju kemeja, seluar slack dan tali leher, seperti seorang yang baru balik kerja pejabat. Ini kerana dia baru sahaja bertemu dengan Tan Sri Jeneral Zairi Abu Bakar, Timbalan Perdana Menteri yang Pengetuanya arahkan untuk pengurusan hal pendidikannya.

Pengetua kini berada di Amerika Syarikat untuk urusan kerjanya.

"Ali, dia ni ke yang kau kata godfather punk Gelanggayu? Dress up macam orang baru balik office je. Rambut pun macam budak nerd je," kata kawannya yang merupakan pemain bassist.
"Kau nampak je luaran dia macam tu. Tapi, pada aku, dia ni manusia paling punk sekali yang ada kat Gelanggayu ni," kata Ali.
"Apasal kau cakap macam tu? Macam budak baik je," kata drummer dia sambil mengetuk kayu drum ke dinding.
"Entah. Macam budak elitis je!" tambah bassistnya pula.
"Kau kenal je lah dengan dia dulu. Ehhh, Alan! Lama tak jumpa! Kau kat Temasik apa khabar?" tanya Ali.
"Laaa, kat sini rupanya studio jamming ni. Ni dulu studio jamming arwah ayah aku la. Masa aku baby aku selalu datang sini. Pusat tuisyen kat tepi tu, ayah aku punya," kata Azlan.

Ali perkenalkan Azlan kepada kawan-kawannya, tapi kawan-kawannya pandang slack je pada Azlan sebab cara pemakaian macam budak nerd.

Mereka semua naik ke atas, dan Azlan terus capai gitar, dan terus tune gitar menggunakan lagu Queen, Mustapha, semua kawan-kawan Ali tercengang.

"Umur kawan kau ni berapa tahun?" bisik si bassist kepada Ali.
"10 tahun."
"Bapaklah! Dia main macam professional!"
"Aku dah cakap, budak Alan ni memang punk. Dia ni jenis tak banyak cakap, tapi main gitar, power. Main piano, power. Main violin pun aku pernah tengok dia main. Power gila."
"Drum?" tanya si drummer.
"Aku tak tahu sebab tak pernah tengok dia main drum. Alan!"

Azlan pandang Ali, naik kening.

"Kau reti main drum?"
"Bak datang drumstick," kata Azlan.

Azlan capai drumstick, dan dia rolling drumbeat dengan menggunakan cymbals, snare, tom-tom dan lain-lain dengan hebat. Sampai terus jatuh morale drummer band Ali dibuatnya dengan skill permainan drum oleh Azlan.

"Gila la dia ni, umur 10 tahun tapi main pro gila!" kata bassist. Si drummer dah tekup muka.

Azlan berhenti main drum, kemudiannya menyerahkan drumstick kepada drummer Ali. Dia terus jadi segan nak main depan Azlan.

Samsul buka pintu studio.

"Siapa main gitar dan drum tadi?" tanya Samsul, kemudian dia nampak Azlan angkat tangan.

"Patutlaaaahhh! Anak Mamat rupanya! Bapak borek anak rintik!" kata Samsul kemudiannya bersalaman dengan Azlan.

"Korang main la dulu, aku nak borak dengan abang Samsul jap," kata Azlan, membiarkan kawan-kawan Ali tercengang dengan skill hebatnya.

--

Ketika mereka semua selesai main jamming, mereka semua rancak berbual dan ketawa terbahak-bahak di warung mamak. Tapi apabila Azlan sampai, semua jadi segan nak bercakap.

Azlan angkat tangan dan pesan makanan. Dia kemudiannya melonggarkan tali lehernya.

"Kenapa senyap? Tadi rancak je berborak, dari jauh dah dengar," tanya Azlan.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now