Pilihanraya presiden Amerika Syarikat menyaksikan penyandang Presiden, Gerald Ford tewas dalam pilihanraya ini kepada calon Demokrat dari Georgia, Jimmy Carter.
Carter, seorang bekas petani yang menanam kacang di Georgia dan menang bertanding menjadi Gabenor, menang dalam pilihanraya ini dalam keputusan yang paling tipis, iaitu 40.8 juta pengundi berbanding Ford yang mendapat 39.1 juta pengundi.
Carter memenangi 297 undi elektoral berbanding Ford yang memenangi 240 undi. Dari segi jumlah negeri, Ford lebih banyak memenangi jumlah negeri iaitu 27 buah negeri, berbanding 23 negeri campur 1 wilayah persekutuan di Washington DC yang dimenangi oleh Carter.
Kali terakhir penyandang presiden yang tewas dalam pilihanraya ialah Presiden Herbert Hoover pada pilihanraya presiden 1932.
--
Yahya
Senanglah kerja aku. Kalau Ford yang menang, susahlah aku nak naikkan Reagan, sebab mesti establishment Republikan akan backing presiden untuk penggal kedua.
Tapi kalau Jimmy Carter menang macam ni, hah, senanglah kerja aku sebab dia Demokrat dan Ronald Reagan dari Parti Republikan.
Aku bawa Azlan menyaksikan sendiri pilihanraya presiden di Amerika Syarikat, dan dia sendiri nampak pengundian berlangsung di California.
Dalam pilihanraya kali ini, dua-dua pun aku tak sokong, sebab dua-dua bukan kuda aku. Aku dengar dari Idah yang Jimmy Carter ni kuda tunggangan kepada Tengku Norman.
Tapi tak apa, empat tahun ni kita akan persiapkan Ronald Reagan untuk ke White House pada tahun 1980 nanti. Sementara tu, kita bagi je dulu Carter pegang presiden ni bila dia angkat sumpah pada 20 Januari tahun depan.
--
Aku pulang ke Wijayapura dan sebaik sahaja aku tiba, Iskandar datang berjumpa dengan aku dan menceritakan apa yang telah berlaku sepanjang aku tidak berada di Gelanggayu. Dia beritahu aku yang anaknya Sulaiman kena culik, dan dia mengesyaki bahawa Azmi terlibat dalam hal ni, kerana itu dia tak mengadu kepada polis kerana polis dikawal oleh Azmi.
"Macam mana kau nak jadi Perdana Menteri, kalau kau tak percaya kepada polis, Iskandar? Polis yang iring kau, polis yang jaga keselamatan kau?"
"Kalau betul polis jaga keselamatan saya dan keluarga saya, sekarang ni anak saya dah kena culik, dan orang saya dah membuat laporan, tetapi tidak ada tindakan yang boleh dibuat," Iskandar menekan suaranya.
"Wijayapura ni bandar besar, Iskandar. Macam mana nak cari anak kau?"
"Saya ada kuasa nak pecat Azmi, kan?"
"Technically, yes. Tapi hakikatnya kau tak ada kuasa. Dan Azmi adalah rakan aku sejak aku sekolah. Dan hakikatnya, kuasa ada di tangan aku. Sejak 1969, aku yang berkuasa dalam negara ni. So, unfortunately, no. You don't have power to do that."
"Jadi Pengetua nak biarkan sahaja anak saya hilang kena culik? Pembunuh Mamat dibiarkan bebas? Lepas ni apa pulak?"
"Iskandar, dalam politik ni kau tak boleh personal. Everything is business. Kalau kau campur adukkan politik dengan isu peribadi, tak ke mana-mana karier kau."
"Jadi Pengetua nak ahli politik ni tak ada hak peribadi?"
"Aku tak cakap macam tu."
"Pengetua, selama ni saya setia dengan Pengetua. Apa yang Pengetua arahkan, semua saya buat. Apa yang saya minta ni, cuma sedikit dari apa yang sepatutnya saya dapat. Tapi kalau macam ni lah sikap Pengetua, jangan marah kalau saya bertukar untuk sokong Tengku Norman."Aku terus genggam bajunya dan tarik bajunya ke arah aku.
"I dare you, Iskandar. Aku cabar kau, kalau kau berani langgar aku, kau tahulah apa nasib kau! Stay in the line!"
--
Isu penculikan dan kehilangan anak di Wijayapura semakin berleluasa, namun akibat kemajuan dan modenisasi serta kesibukan ibu bapa bekerja, isu ini tidak dapat ditangani secara tuntas.
![](https://img.wattpad.com/cover/366060064-288-k790761.jpg)
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Historical FictionMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.