Episod 178 - 14 Februari, 1987

30 4 0
                                    

Azlan

Kereta tiba di perkarangan stadium Puncak Jaya, yang mempunyai kapasiti 5,000 tempat duduk. Kelab bola sepak ini kecil, bukanlah kelab besar seperti Wijayapura United yang mempunyai modal besar untuk menjadi juara liga setiap tahun.

Aku nampak Datuk Bakri, yang merupakan orang kanan Datuk Rahizan berada di dewan, sedang duduk bersama dengan Uncle Daniel, ahli parlimen Puncak Jaya, yang merupakan pakcik saudara aku sebab dia kahwin dengan Aunty Kathy.

“Azlan, apa khabar?” Datuk Bakri bersalam dengan aku.

“Jemput duduk, Azlan.”

Aku rasa janggal, sebab ini pertama kali aku nampak wakil pemimpin Parti Persekutuan, Datuk Bakri, yang mewakili Datuk Rahizan, sedang mesra bersama Uncle Daniel, yang merupakan ahli Parti Jujur.

Aunty Kathy pun ada. Kenapa dia ada kat sini?

“Azlan! Ibu sihat?”

“Alhamdulilah, sihat. Apa Aunty Kathy buat kat sini?”

“La, ni Aunty kau ke?” Datuk Bakri tanya aku.

“Dia adik mak saya, jadi dia aunty saya.”

“Nanti bila senang, jenguklah aunty kat Puncak Tropika. Aunty duduk sana sekarang.”

Apa yang aku faham, baru-baru ini Datuk Syafie telah membeli kelab bolasepak Wijayapura United untuk mencuci duit rasuahnya, dan disebabkan itu, Datuk Rahizan melalui Datuk Bakri, melaburkan wangnya untuk satu lagi kelab bolasepak yang baru.

“Minat bolasepak?” tanya Uncle Daniel pada aku. Aku mengangguk-angguk.

“Minat macam tu je lah. Aziz yang minat bola lebih daripada saya.”

“Favorite football club?”

“Liverpool. Sama macam arwah ayah.”

“Haha, macam tu pulak. Takpe, isi borang fan club, dan jadi membership. Nanti dapat discount kalau beli merchandise,” kata Uncle Daniel.

Rupanya Uncle Daniel, melalui wang Datuk Bakri, dan melalui dana pembangunan sukan dari Gabenor, yang merupakan gabenor dari parti pembangkang, menjadi pengerusi kelab bolasepak Puncak Jaya FC.

Dan aku dapat tahu yang Puncak Jaya FC ini pun dapat funding dari Tengku Ahmad, seorang kerabat keluarga al-Daulah.

“There will be more money pouring in, soon, this team will kicking Wijayapura United and Syafie off the perch,” Datuk Bakri menepuk bahu Uncle Daniel.

Selepas sesi bergambar dan sesi berkenalan dengan pasukan, upacara pun bersurai.

Selepas bersurai, aku terus ke Paragon Mall dan ke St Pierre. Aku nampak Natasha dah muncung depan pintu restoran.

Hari ini hari Valentine's, jadi memang la kena merayakannya walaupun ramai geng Gagasan Ummah membantah sambutan hari Valentine's ni. Aku sebenarnya malas nak sambut hari ni, tapi kau boleh ke bagi alasan tak nak sambut Valentine's dengan orang macam Natasha ni?

"You're late!" kata Natasha, membentak.
"I ada kerja kat Puncak Jaya."
"Kerja apa weekend ni?" tanya Natasha.
"Launching of Puncak Jaya FC. Kelab bola sepak kat daerah kami. Kan my uncle is MP kat sana, kena la datang," kata aku.
"Tu uncle you, biar je lah uncle you tu. Kenapa you kena pergi pulak? Lama tau I tunggu!"
"Okay, you nak membebel, atau you nak makan? Kalau you nak membebel, I left you outside, I eat alone," kata aku, terus masuk dalam restoran.

"Alaaaaannn! Datang la perangai asshole dia ni balik, yiiihhhh!"

Aku peduli apa. I'm not sorry. Aku memang ada kerja.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now