Episod 187 - 8 Ogos, 1988

34 6 0
                                    

8 Ogos, 1988. Tarikh yang cantik dan ada 'ong' bagi masyarakat Kwantong. 8888, angka yang cukup bertuah mengikut kepercayaan mereka.

Tetapi buat pertama kalinya, Faridah membuat satu kerugian besar, apabila bursa saham Nikkei di Ryukyu mengalami kejatuhan yang teruk. Hampir $2.5 billion nilai asetnya lesap sekelip mata sahaja.

Faridah menekup mukanya, dan rasa kecewa. Selain bursa saham di Ryukyu, Faridah juga mengalami kerugian di Bursa Saham Wijayapura di mana Indeks Wijaya mengalami kemerosotan sebanyak 5.3%.

Ini menyebabkan Faridah terpaksa menjual saham-saham yang telah jatuh itu dengan harga yang murah, bagi mengurangkan kerugian.

Jadi petang itu, Faridah pulang awal, dalam keadaan yang tertekan. Hari hujan lebat. Dari kereta, Faridah duduk di buaian dan termenung tentang kerugian yang berlaku.

Dan ketika itulah, dia nampak Merlina dan kawan baiknya, Kamariah dengan muka yang penat dan dalam keadaan basah kuyup, tapi gembira, membawa balang air yang penuh. Nampak macam Merlina rugi berniaga hari ini.

Faridah tahu, yang Merlina dan Kamariah selalu berniaga jual air di tepi padang untuk mendapatkan duit poket. Tetapi dalam keadaan hujan lebat ni, sudah tentulah tidak ada orang di padang.

"Aunty, kenapa Aunty monyok je?" tanya Merlina yang basah kuyup sambil menolak troli yang membawa balang air balik ke rumah.

"Aunty rugi hari ni. Saham syarikat yang Aunty beli semua merah. Harga jatuh," kata Faridah dengan nada kecewa.

Merlina letak balang airnya, kemudian mengajak Kamariah pergi ke rumah sebelah.

"Aunty, Aunty rasa hari ni Mer untung ke rugi?" tanya Merlina.
"Rugi la, tak ada siapa yang nak beli air time hujan lebat macam ni."
"Aunty rasa Mer sedih tak?"
"Mestilah sedih."
"Tak, Mer tak sedih. Nak tau tak kenapa?"
"Kenapa?"
"Sebab Mer percaya rezeki datang dari Allah. Mungkin Allah tangguhkan dulu pemberian rezeki untuk Mer, untuk Mer terus mengingatiNya."
"Tapi kau rugi ni baru dalam lima ringgit je modal kau ni. Aku hari ni rugi $2.5 billion. Apa aku nak jawab dengan shareholder nanti?" tanya Faridah.
"Aunty, sama ada lima ringgit atau $2.5 billion, rezeki itu datang dari Allah. Soal shareholders rugi tu, biasalah adat berniaga. Macamlah mereka tak pernah rugi. Aunty selama ni pernah rugi?"
"Pernah je, biasa la. Tapi tak pernah teruk macam ni. Terduduk Aunty dibuatnya."
"Macam ni, Aunty. Kadang-kadang Allah sengaja jatuhkan kita supaya kita bangkit semula, untuk jadi manusia yang lebih kuat. Dalam cerita Dragonball, bila Goku naik ke menara untuk mendapatkan air sakti dari seekor kucing sakti bernama Karin, ada satu masa tu, Goku jatuh ke bawah. Tetapi bila dia naik balik, dia jadi lebih kuat untuk lawan dengan kucing tu."
"Aunty tak fahamlah apa yang Mer cuba sampaikan. Aunty mana tengok cerita kartun Ryukyu ni..." kata Faridah.
"Masa mula-mula Goku nak panjat menara tu, dia ambil masa sehari. Tapi lepas dia jatuh tu, dia belajar balik dari kesilapan tu, dia panjat menara tu tiga jam je. Bermakna bila dia jatuh tu, dia bina kekuatan baru. Kadang-kadang kita kena jatuh dulu untuk kita dapat ilham untuk bangkit lebih tinggi," kata Merlina.
"Betul tu, Aunty. Merlina ni kalau dia bagi motivasi kat kami semua bila berniaga, bila kami rugi, dia buat kami bersemangat balik!" kata Kamariah.

"Betul la kata kau tu, Mer. Tapi pening juga aku nak menggantikan $2.5 billion tu," kata Faridah.
"Aunty solat hajat lah. Insya-Allah akan selesai masalah Aunty tu. Mer balik rumah dulu. Jom, Kamariah, kita tukar baju lepas tu kita sambung tengok cerita Dragonball!"
"Ish, tak nak la! Tengok Doraemon la."
"Doraemon kan kita sewakan tape tu kat Azimah budak 2 Delima tu."
"Kita tengok wrestling lah Mer! Dragonball kau tu semua aku dah tengok. Nak tengok Hulk Hogan lawan Ultimate Warrior!"
"Ha, bolehlah. Tape yang tu baru aku beli hari tu."

Faridah cekak pinggang.

"Kau buat business sewa tape?" tanya Faridah.
"Haah. Mer belilah tape tu semua. Satu harga tape dalam sepuluh ringgit kalau biasa. Tapi Mer dapat harga diskaun 20% sebab Mer ni regular customer, lepas tu beli banyak. Lepas tu Mer sewakan kat kawan-kawan. Satu hari seringgit. Biasanya orang sewa dalam seminggu. Kalau dua tiga orang nak tape tu, dah balik modal. Kalau budak lelaki pulak, dorang suka tengok tape wrestling. Jadi Mer belilah tape wrestling, sewakan kat dorang jugak."
"Kalau dorang tak pulangkan tape tu?" tanya Faridah.
"Mer biasanya akan minta yuran pendaftaran sepuluh ringgit dulu sebelum dorang boleh sewa. Yuran tu Mer buat modal beli tape. Lepas tu, kalau dorang tak pulang tape tu, lain kali dorang tak boleh sewa lagi. Dorang nak sewa kat kedai Abang Fauzi tu, lagi mahal. Lepas tu Abang Fauzi mana bagi budak-budak tengok wrestling, cerita ganas macam Rambo tu."
"Kira kau dah study market la?"
"Semua tu Mer taip kat komputer, kat Lotus 123. Setiap bulan Mer kira. Boleh tahanlah Mer untung dalam dua ratus sebulan," kata Merlina.
"Banyak lagi business kitorang ni, Aunty. Dah besar nanti, cita-cita kitorang nak buat syarikat konglomerat!" kata Kamariah pula.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now