Ali rasa teruja apabila Faridah membawanya bersama-sama Aziz dan Azlan menaiki kapal terbang.
"Weh, Alan, Aziz. Kita naik kapal terbang ke?" tanya Ali dalam perasaan terkejut.
"Haah, cepat sikit sampai. Kita naik private jet Tengku Ariffin. Dia ikut sekali. Lagipun tak lama lagi Island Festival akan berlangsung," kata Azlan.
"Ooohh aku tau! Yang ada pesta orang main lagu rock sambil hisap ganja tu ya!" jerit Ali.Faridah tepuk bahu Ali.
"Shhh! Kau ni kat airport jugak nak cakap benda terlarang! Kang kena tahan polis, sia-sia!" Faridah jeling tajam.
"Oops, sorry Aunty Idah," kata Ali.
"Ibu, nanti bila kita pergi Pulau Kelapa, boleh tak kita pergi ladang buah pala? Aziz nak tengok cara dorang tanam buah pala," kata Aziz."Buah pala ni kat Wijayapura mana boleh tanam, kau ni. Tanah tak sesuai. Tanam la benda lain. Lagipun kalau kau pergi ladang buah pala, takkan kitorang nak melanguk takde hala tuju? Kau lepak dengan Alan dengan Ali la kat villa tu. Mandi swimming pool, boleh main bola tampar pantai kat private beach tu. Nak pergi ladang buah pala, buat apa? Tau la kau suka pertanian," kata Faridah, membebel.
"Ye la ye la ibu," Aziz mengalah.
"Ibu nak pergi Pulau Kelapa ni nak jumpa CEO Intel, Gordon Moore ke?" tanya Azlan.
"Ya, kenapa Alan?"
"Pengetua minta Alan interview someone yang jadi captain of industries. Mula-mula Alan cadangkan nama ibu, tapi Pengetua kata, dia kata interview orang lain. Jadi, boleh tak Alan interview dia untuk Alan tuliskan esei tentang dia?" tanya Azlan.
"Nanti kena tanya dia dulu lah, takut dia ada hal lain," kata Faridah.Mereka masuk ke gate VVIP, dan terus sahaja menuju ke kapal terbang peribadi Tengku Ariffin. Tengku Ariffin bersama isterinya, Suzaine dan anaknya, Tengku Aminah menunggu mereka berempat.
Ali teruja tengok enjin kapal terbang. Selalu dengar je kapal terbang mendarat di lapangan terbang di Bayan Timur semasa dia tinggal di Pulau Kelapa.
Masing-masing duduk di kerusi yang ditetapkan.
"Ah, kena duduk dengan dia ni lagi!" Azlan mengeluh, dia kena duduk sebelah Tengku Aminah.
Aziz duduk sebelah ibunya, Faridah. Tengku Ariffin duduk di sebelah isterinya, sementara Ali pula duduk di sebelah pegawai dari istana yang bernama Jamil.
Ali merasa gementar. Dia pertama kali naik kapal terbang. Dia takut kapal terbang terhempas, dalam masa sama dia teruja kerana nak melihat pemandangan dari udara.
"First time ke naik kapal terbang?" tanya pegawai yang bernama Jamil tu.
Ali terangguk-angguk.
"Jangan risau sangat. Baca selawat, dan pakai tali pinggang keledar kat pinggang tu."
"Baik, pakcik. Nama pakcik siapa?"
"Nama pakcik, Jamil. Pakcik pegawai istana. Sebarang pergerakan Tengku Ariffin, pakcik kena jaga protokol," kata Jamil.
"Protongkol tu apa, pakcik?" tanya Ali.
"Bukan protongkol, protokol. Protokol ni peraturan yang ditetapkan istanalah, supaya senang pegawai keselamatan dari Sayap Kuning untuk menjaga keselamatan Tengku," kata Jamil.
"Sayap Kuning tu apa?" tanya Ali lagi.
"Sayap Kuning tu macam sekumpulan anggota bersenjata yang ditugaskan melindungi kerabat diraja," kata Jamil.
"Kalau saya nak jadi Sayap Kuning, boleh?"
"Mereka ni kebanyakannya lantik orang-orang dia je. Orang luar dia takkan ambil kecuali atas titah Tengku Mahkota."
"Ooo," Ali oookan je, malas nak tanya banyak. Dia tak faham langsung pun apa yang diterangkan oleh Jamil. Tetapi Ali berminat untuk sertai unit beruniform. Jadi dia ada perasaan ingin tahu terhadap pakcik tu."Kalau saya nak jadi pegawai istana macam pakcik?"
"Ada tiga lapisan ujian. Tiga ujian saringan ni nak tapis permintaan untuk kerja ni, ramai. Tapi Tengku Mahkota nak yang terbaik sahaja bertugas di istana. Jadi kalau adik berminat nak sertai, kena belajar rajin-rajin," kata Jamil.
"Ooo, macam tu."
![](https://img.wattpad.com/cover/366060064-288-k790761.jpg)
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Historical FictionMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.