Episod 114 - 21 April, 1973

38 8 0
                                    

Hari Kebangsaan Gelanggayu yang ke-24 di Wijayapura disambut meriah, tetapi hari ini lebih meriah kerana pusat membeli-belah pertama di Wijayapura, Paragon Mall dibuka hari ini.

Turut sama yang buka hari ini ialah KFC yang pertama di Gelanggayu.

Selepas iklan di televisyen sejak bulan Mac lepas, KFC di Paragon Mall diserbu oleh orang ramai yang teringin untuk menikmati makanan ayam goreng, kentang putar, coleslaw, dan french fries gaya Amerika.

Dan francais KFC ini sudah pastinya dibawa dari Amerika Syarikat ke Gelanggayu melalui Mamat.

Sebaik sahaja Paragon Mall dibuka, orang ramai berpusu-pusu untuk masuk ke KFC dan bersesak-sesak.

Mamat, yang merupakan pakar kepada masakan orang kulit hitam di Amerika, telah mengarahkan Harun, pekerja kafe di IPM untuk mengajar pekerja bagaimana untuk menggunakan periuk tekanan tinggi untuk menggoreng ayam.

Hasilnya, ayam yang digoreng menjadi lembut dan rasanya begitu enak.

Bagi keluarga Mamat yang dah selalu sangat makan ayam goreng, KFC ini tidak setara dengan ayam goreng yang dimasak oleh Mamat. Azlan sendiri tahu macam mana nak goreng ayam di rumah walaupun berusia empat tahun.

Goreng sambil berdiri atas kerusilah.

Di Paragon Mall juga, selain KFC, ada juga kedai pakaian, kedai album muzik, kedai peralatan sukan, kedai buku dan di tingkat bawah, ada pasar raya Cold Storage untuk orang membeli makanan import seperti keju, sosej, salami dan sebagainya.

Sudah pasti ada yang bertanya, apakah makanan ini semuanya halal? Sudah semestinya, kerana semua produk ini datang dari ladang yang dimiliki oleh Faridah dan Mamat di New Hampshire yang mereka pernah beli dulu ketika mereka masih bujang.

Ladang itu juga merupakan ladang yang pertama mengeluarkan daging dan produk tenusu halal di Amerika Syarikat, memandangkan demografi umat Islam yang semakin bertambah di sana.

Sejak awal April lalu, mereka sekeluarga sudah ke rumah baru mereka di Seksyen 14 Puncak Jaya. Rumah dua tingkat banglo, tidaklah sebesar rumah di Jalan Cendana, tapi okay lah rumah ni. Masih lagi selesa.

Mamat lebih suka rumah ini berbanding di Jalan Cendana kerana rumah ini tidak besar dan kalau nak bersihkan rumah, tak ada la luas sangat. Tengku Ariffin lain cerita, dia boleh je 'import' pekerja istana untuk mencuci dan membersihkan rumahnya jika perlu.

Masa nak pindah rumah hari tu pun, Tengku Ariffin yang panggil pekerja istana untuk tolong angkatkan dan susun perabot dan barangan ke rumah Mamat.

Lagi satu, di rumah Jalan Cendana, rumah tu ada hantu yang muka macam Azlan yang selalu buat Aziz takut.

"Eh, Hashim, Yuniiiii! Berjiran kitaaaaa!" kata Faridah.
"Seronoklah kalau macam ni, bolehlah kita selalu berborak!" kata Ayuni.

Marina, baru umur setahun, didukung oleh ayahnya.

--

Faridah

Sebagai sebuah syarikat pengurusan aset (asset management company) Oriental Asset Management (OAM) merupakan anak syarikat kepada Bank Oriental yang kini diuruskan oleh Uncle Jacob di Temasik.

OAM pun ada dua, satu di Gelanggayu dan lagi satu di Temasik. Di Temasik, ia diuruskan oleh Taha, adik kepada Ayuni dan kat sini, aku yang jadi asset management director.

Selain aset aku dan Mamat di Gelanggayu yang ada 100 juta ringgit (yang lain-lain memang sengaja letak bersepah-sepah supaya Yahya tak dapat detect, dan kebanyakannya simpan di tempat macam Luxembourg, Cayman Island atau Barbados), syarikat ini juga menguruskan harta orang ramai yang bernilai 20 billion ringgit.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now