Pada hari pengundian, Faridah bawa Ali membeli-belah sebagai persiapan untuk bulan Ramadan dan Syawal pada tahun hadapan. Faridah bawa Ali pergi menempah baju Melayu Haji Tarmimi.
Ali urut dada melihat harga sepasang baju Melayu yang berharga 5,000 ringgit. Takut nak pegang, takut kotor dan kena ganti.
"Mahalnya baju Melayu ni, Aunty Idah?"
"Mana? Yang 5,000 ringgit tu level entry je. Level macam kitorang ni pakai lagi mahal daripada tu."
"Ye ke?"
"Songket yang Alan pakai tu, kalau jual, boleh beli sebijik kereta, kau tau tak?"
"Ish, mahal sangat ni. Takutnya nak pakai baju mahal macam ni."
"Takde benda la, Ali. Kan aku dah kata, aku layan kau macam anak aku sendiri. Takat baju Melayu harga camni, aku boleh bayar la. Alah membeli menang memakai, kain dan jahitan Haji Tarmimi ni tahan lama, jadi kau tak payahlah beli baju Melayu banyak kali," kata Faridah sambil keluarkan kad kredit.Badan Ali kemudiannya diukur untuk mendapatkan saiznya.
"Aunty, Alan dengan Aziz tak tempah baju raya ke?"
"Aziz dah tempah dah, Alan tu Tengku Ariffin dah tempahkan baju untuk dia."
"Kenapa Tengku Ariffin tu jaga Alan sampai macam tu sekali?"
"Tengku Ariffin tu kawan baik ayah Alan masa dia kecik. Jadi bila ayah Alan meninggal, dia jagalah Alan. Lagipun, Alan tu bakal dijodohkan dengan anak dia, Tengku Aminah."
"Alan nanti kahwin dengan tuan puteri lah? Untungnya dia..."
"Untung kau cakap? Alan tu kau tengok, dia sampai Wijayapura je, macam-macam tempat dia kena pergi. Kena jenguk kawasan."
"Macam calon pilihan raya pulak," kata Ali.
"Dia tu lebih daripada jadi calon pilihan raya. Dia tu bakal jadi pemimpin utama negara."
"Eh, cakap pasal pilihan raya, Aunty tak mengundi ke?"
"Tak 'punk' la mengundi, Ali! Punk mana ada mengundi," kata Faridah.Ali mengangguk faham bahawa jalur pemikiran 'punk' Azlan ni pun datang dari ibunya juga.
Ketika keluar dari Paragon Mall, Ali terpaling ke arah dua orang pasangan lelaki dan wanita yang dia amat kenal sekali. Dia nampak ibunya bersama dengan Che Husin sedang menjual kacang di tepi jalan.
Ali mahu memanggil ibunya, tetapi dalam masa sama pemandu kereta Faridah dah tiba ke depan mereka. Lidahnya terkelu melihat ibunya berpakaian compang-camping dan dalam keadaan daif.
Ali rasa bersalah, tetapi dalam masa sama merahsiakan perkara tersebut dari Faridah, kerana dia dah mula rasa selesa untuk dekat dengan ibu Azlan.
--
Sepanjang tempoh berkempen pilihanraya ini, Azlan telah diajar untuk memahami sistem politik, serta mengenal faction-faction warlord dalam Parti Persekutuan, Parti Jujur dan Parti Gagasan Ummah.
Parti Persekutuan ada dua faction, iaitu kumpulan Iskandar dan kumpulan Azmi. Kumpulan Iskandar terdiri dari ramai orang-orang ayah Azlan, Mamat, yang mahu mereformasi sistem politik negara agar jadi lebih efisien. Golongan Iskandar ini kebanyakannya disokong oleh golongan muda yang terlalu kecil untuk mengingati zaman Kongmegayu.
Kumpulan Azmi pula adalah golongan hardliners yang berakar umbi dari faction Kongmegayu yang asal, sejak tahun 1923, sebelum menyertai Iskandar apabila Parti Persekutuan menang dalam pilihanraya 1969. Pada awalnya dua kumpulan ini, bersama Parti Hizbul Muslimin bergabung menjadi gabungan Gagasan Ummah, yang memerintah negara dari 1969 hingga krisis politik di Air Putih pada tahun 1977.
Krisis tersebut menyebabkan kumpulan Islamis dari Hizbul Muslimin ini keluar dari gabungan, dan menubuhkan Parti Gagasan Ummah. Parti ini dipimpin oleh Mursyidul Amnya, Haji Syaaban, yang merupakan anak kepada pengasas Parti Hizbul Muslimin iaitu Haji Ramadan.
Sementara itu, Parti Jujur ini terdiri daripada empat faction, iaitu faction Abu Talib yang merupakan kroni Yahya, faction Syed Hamdi yang merupakan anak kepada bekas Menteri Luar, Syed Alwi. Dua faction ini berbeza pandangan tentang sistem politik. Abu Talib seperti juga faction di dalam Kongmegayu, merupakan faction konservatif walaupun Abu Talib ni ada naluri songsang.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Ficción históricaMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.