Wan Zahir dipanggil menghadap Sultan Amiruddin dan Tengku Jaafar untuk menerangkan apa yang sudah berlaku di Jerman. Wan Zahir memberitahu bahawa Adolf telah mengkhianatinya, sehingga beliau masuk penjara. Mujurlah dengan kehebatannya, dia dapat melepaskan diri serta beberapa orang Yahudi yang satu kem dengannya.
Selepas menerangkan apa yang berlaku di Jerman, Sultan Amiruddin tiba-tiba ketawa besar. Tengku Jaafar dan Wan Zahir terpinga-pinga mengapa baginda ketawa besar.
"Ampun tuanku, boleh patik tahu mengapa tuanku ketawa besar?"
"Kuda yang kau tunggang ni, kuda liar, Zahir. Bahaya kuda liar ni, kau silap naik, ditendangnya kau nanti. Tapi bagusnya, kuda liar ni pasti akan mengamuk di seluruh Eropah. Tapi, melalui bank proksi yang aku ada di Switzerland, program pembantaian orang Yahudi dan projek pembangunan jalan raya Autobahn seluruh Jerman menggunakan wang dari aku, hasil dari stock crash yang aku lakukan tahun 1929 dulu," Sultan Amiruddin bertitah sambil silang kaki."Ayahanda, kenapa ayahanda buat projek jalan raya di Jerman, buat projek di Amerika Syarikat, dan melabur dalam industri di Ryukyu, tapi tidak di negara sendiri?" tanya Tengku Jaafar.
"Kalau ikutkan aku, aku nak melabur di negara sendiri. Tapi kenapa aku nak labur pada negara sendiri, sedangkan British yang buat semua ni? Lagipun rakyat kita hampir 90% tak reti baca rumi atau bahasa Inggeris. Tak ada kilang, dan kalau aku dirikan kilang pun, tak guna sebab tak ada pekerja yang benar-benar berilmu untuk mengendalikan mesin."
"Kenapa ayahanda tak dirikan sekolah untuk rakyat?"
"Ada lah, tapi sekolah Melayu ni untuk mereka yang nak ada asas membaca, mengira dan menulis sahaja. Kalau nak sekolah yang boleh melahirkan golongan yang mampu bekerja di kilang atau peringkat yang lebih tinggi lagi, kenalah hantar ke sekolah Inggeris. Sekarang belum masanya lagi, Jaafar. Bukan aku nak rendahkan orang Melayu, tapi orang Melayu sendiri kena ubah sikap.""Tetapi kenapa ayahanda tak lakukannya sekarang?" tanya Tengku Jaafar.
"Sebab tugas aku sekarang ialah melagakan semua kuasa-kuasa Eropah agar mereka jadi lemah. Tugas kau nanti ialah membangunkan negara ini, tugas Aminul Rasyid cucu aku tu nanti ialah menjadikan negara ini negara industri.""Ampun tuanku, patik nak bertanya, mengapa kita sekarang berbaik dengan keluarga Tengku Ishak? Bukankah ramalan Sayyid Muluk mengatakan keturunan ke-16 Tengku Ishak akan memusnahkan kerajaan ini?" kata Wan Zahir pula.
"Kita ni tak boleh ada musuh lebih dari satu kalau kita sendiri tak kuat. Sekarang kita ada British, kita ada komunis, kita ada fasis di Eropah. Lawan Melaut ni nanti dulu, belum masanya lagi," titah Sultan Amiruddin.
"Kalau begitu, siapakah musuh yang perlu kita perangi dulu, tuanku?" tanya Wan Zahir lagi.
"Komunis. Mereka bukan sahaja akan hancurkan pemerintahan kita, tetapi mahu menghancurkan agama kita. Kita mesti utamakan kekuatan kita untuk melawan komunis dahulu," kata Sultan Amiruddin.
"Menjunjung titah, tuanku."
--
Wan Zahir
22 April 1933Di Jerman dah pakai kereta api diesel dah, kita di Gelanggayu ni masih lagi pakai kereta api stim. Jarak antara Wijayapura ke Temasik ni memakan masa hampir dua hari.
Tetapi benar sekali apa yang Tuanku Sultan titahkan. Perjalanan dari Wijayapura ke Temasik ni kalau guna kereta api diesel, mungkin dalam 8-10 jam sahaja. Tapi disebabkan pakai kereta api stim, maka lewatnya berganda-ganda.
Tidak seperti negeri-negeri lain di Gelanggayu, Temasik ini jajahan British, berbanding yang lain cuma naungan sahaja. Maksudnya di sini, di negeri-negeri lain di Gelanggayu, undang-undang British itu tidak meluas, dan masih ada lagi kuasa daripada Sultan.
Di Temasik, kawasan ini menggunakan undang-undang British dan diperintah oleh Gabenor Jeneral. Di Gelanggayu, mereka menggunakan sistem Residen.
Temasik ini merupakan kawasan yang terawal yang berindustri, kerana di sini ada bijih besi yang cukup banyak. Jadi di kawasan ini sebenarnya lebih maju berbanding wilayah yang lain di Gelanggayu.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Historical FictionMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.