Episod 76 - 21 April, 1963

50 8 1
                                    

Hari Kebangsaan Gelanggayu ke-14 buat pertama kalinya di sambut di luar Wijayapura, iaitu di Temasik.

Pada malam hari kemerdekaan, Sultan Jaafar dan Perdana Menteri, Datuk Seri Rizal Samad bersama menteri kabinet disambut oleh Perdana Menteri Temasik, Lim Kuan Yau.

Dalam situasi ini, pihak media jadi keliru untuk melaporkan berita. Gelaran bagi ketua kerajaan negeri di Gelanggayu ialah Menteri Besar, tetapi di Temasik, Lim Kuan Yau tetap mahu mengekalkan nama Perdana Menteri, kerana inilah jawatan yang diberi nama oleh British sejak 1959.

Dari awal lagi nampak kekok, kerana Temasik juga ada Menteri Kabinetnya juga.

Sambutan malam menyambut Hari Kebangsaan pun jadi agak janggal, kerana hampir semua rakyat yang hadir, tidak tahu menyanyi lagu kebangsaan dan tidak tahu bahasa Melayu.

Cuma yang segelintir orang Melayu sahaja yang faham apa ucapan yang disampaikan oleh Datuk Seri Rizal.

Menteri Luar, Datuk Syed Alwi berbisik kepada anaknya, Syed Hamdi.

"Bakal disaster gabungan Gelanggayu-Temasik ni, Di."
"Ye lah. Sebenarnya apa plan Pengetua ni?"
"Tak pasti. Tapi kalau tak dijaga dengan baik, boleh jadi political and geopolitical disaster. I'm sure Arroyoan and Majapahitian will not going to let this go well."

--

Jangkaan Datuk Syed Alwi ternyata benar. Presiden Arroyo, Diosdado Macapagal dan Presiden Majapahit, Soekarjo telah membuat satu pakatan ketenteraan. Amanilah dan Betawi telah membantah secara rasmi penyatuan antara Gelanggayu dan Temasik di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Semasa di meja Majlis Keselamatan PBB, ketika wakil Arroyo dan Majapahit membentangkan hujah mereka, Yahya sebagai Duta Gelanggayu ke Amerika Syarikat (dan PBB) tersandar sambil tersengih.

Di hadapan kamera, Yahya cuma tersengih dan sekali sekala, ketawa dengan percubaan duta Majapahit bertutur bahasa Inggeris dengan loghat Jawa.

"Apa dia cakap tu, Alwi?" tanya Yahya, berbisik sebelah Datuk Syed Alwi, menteri luar Gelanggayu.
"Dia nak cakap neocolonialism, Yahya."
"Cakap bunyi Jawa, manalah mat salleh ni semua nak faham. Yang si Arroyo ni pulak, cakap English bunyi Tagalog. Now biar aku yang ada British education ni berhujah," kata Yahya.

Dengan menggunakan proper English, dan menggunakan fakta dan data, Yahya dengan mudah menepis hujah duta Majapahit dan Arroyo.

Dan dengan mudahnya, Amerika Syarikat, Britain dan Perancis veto resolusi yang cuba diusulkan oleh Majapahit dan Arroyo.

Selepas keputusan diumumkan, Yahya memaut bahu Duta Amerika Syarikat ke PBB, Adlai Stevenson, kemudiannya menjeling ke arah duta Majapahit dan Arroyo. Sampai depan pintu, Yahya tunjuk jari tengah kepada mereka berdua.

Tindakan provokasi Yahya itu membuatkan duta Arroyo dan Majapahit menjadi panas, dan melaporkan ke pegawai atasan masing-masing. Memang buat Diosdado Macapagal dan Soekarjo panas hati.

Maka secara tidak langsung, bermulalah Konfrantasi antara Majapahit dan Gelanggayu, dengan Arroyo menyokong Majapahit untuk menuntut Sepetang.

--

Sultan Jaafar menitahkan semua orang-orang penting, termasuk Yahya untuk adakan mesyuarat khas tentang Konfrantasi.

Sultan Jaafar melantik Kolonel Jeneral Yahya sebagai Ketua Pengarah Koordinasi untuk berdepan dengan Konfrantasi.

Ini benar-benar mencalar perasaan Tan Sri Sir Wan Husin dan Wan Hamid, yang dah dari dulu memang bengang dengan Yahya ni, tetapi tak berani nak menyanggah Tuanku Sultan.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now